Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 8

by - November 28, 2017

Natrah di Belanda..Sepi..Rindu..Derita

Perjalanan Natrah ke Belanda mengambil masa dua hari untuk sampai. Kapal terbang KLM yang membawa Natrah bersama dukanya tidak dibenarkan mendarat untuk mengisi minyak kerana orang Islam membuat rusuhan, tidak ketinggalan di Pakistan..rusuhan kaum Islam menentang keputusan kes mahkamah Natrah juga berlaku.

Wajah sugul Natrah tidak mahu dipisahkan dengan Che Aminah

Sesampai di lapangan terbang, 4000 orang termasuk media-media penuh menunggu kehadiran Natrah. Media barat mula mengganas dan melabelkan Natrah sebagai 'Jungle Girl'. Malah pada klip video yang aku kongsikan dalam Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 7 jelas kedengaran mereka menggelarkan Natrah sebagai 'Jungle Girl' yang pulang ke tanah air sendiri.

Pada 15 Disember 1950, selepas sidang akhbar diadakan, Natrah bersama ibu bapa kandungnya menaiki kereta menuju ke rumah mereka di Bergen Op Zoom diiringi kereta peronda polis dan kereta-kereta penduduk Bergen Op Zoom.



Perkara pertama yang ditanya Natrah ketika sampai ialah di mana masjid di Bergen Op Zoom dan dia meminta sejadah. Kuatnya rasa cinta Natrah pada ajaran Islam dan betapa bagusnya didikan Che Aminah. Namun apalah daya gadis kecil ini..hidupnya dipaksa untuk menganut Kristian.

Kehidupan di Belanda sangat menyiksakan Natrah. Namanya kini bukan lagi Natrah..tiada siapa yang memanggilnya Natrah. Namanya kini ialah Bertha, di sana sini melaungkan nama Bertha. 24 jam kehidupannya dikawal ketat oleh polis. Wartawan pula sentiasa memburunya. 

Di rumah sahaja terdapat 3 polis yang mengawal, 1 di hadapan rumah, 1 di dalam rumah dan 1 di belakang rumah. Ke sekolah juga diiringi polis malah talian telefon di rumahnya juga disambungkan ke balai polis. Lihatlah betapa mereka takutkan Mansor dan Che Aminah. Takut kalau-kalau Natrah dapat melarikan diri.

Setiap orang asing di Bergen Op Zoom akan ditahan dan disoal polis. Malah menurut wartawan May Steel untuk akhbar "Flustrated Weekly' keluaran 22 September 1951 yang diterbitkan di London, Natrah tidak pernah dibawa oleh keluarga ke tepi pantai untuk mengelakkan Natrah teringatkan Tanah Melayu dan Singapura khususnya Kemaman.

Di sini Natrah bukanlah lagi Natrah yang dulu..Natrah dulu yang ceria dan nakal kini menjadi Natrah yang sangat pendiam. Dia tidak bercakap dengan sesiapa kecuali ibunya. Dia tidak pandai berbahasa Belanda namun dipaksa dan dilarang bercakap menggunakan bahasa Melayu sedangkan kedua ibu bapanya pandai berbahasa Melayu Indonesia.

Dia juga bencikan makanan barat. Seringkali dia menangis meminta nasi sebagai hidangan. Kekecewaan dan penderitaan Natrah ini diceritakan sendiri Natrah Pada Akhbar Het Parool pada 17/01/1959.."Saya tidak pernah walau sehari pun berasa selesa tinggal di rumah sendiri dengan mereka. Saya lebih suka pergi ke sekolah dan diajar oleh paderi, di rumah saya harus membasuh menggunakan air sejuk hingga tangan saya bengkak dan berdarah, saya tidak dibenarkan menggunakan air suam kerana kos gas sangat mahal."

Natrah semasa kehidupannya bersama Che Aminah, sangat dimanjakan. Che Aminah tidak membenarkan dia membuat kerja-kerja rumah kerana Che Aminah mempunyai pembantu rumah.
Di Belanda dia dipaksa membuat semua kerja rumah..kadangkala kakak-kakaknya juga mengambil kesempatan untuk bersenang-lenang dan membiarkan Natrah melakukan semua kerja sendirian.

Tinggal kenangan..

You May Also Like

10 comments

  1. kesiannya natrah, ada lagi sambungannya ke kak min? done part 8

    ReplyDelete
  2. Kesian dia kan.. Kecik lagi, macammanalah perasaan dia masa tu..

    ReplyDelete
  3. sampai macam tu skali kawalan kat natrah..sedihnya

    ReplyDelete
  4. 1 dunia yek thu kes natrah masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. masa tu masih di kenali sebagai malaya..jd semua akhbar ada sebut Malaya..jd masa tu la 1 dunia kenal Malaya

      Delete
  5. Kesiannya dia! Apa nie Kak Min.. I dah terpengaruh baca kisah Natrah nie. Huhuhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..baguskan untuk generasi sekarang tau bab kisah ni..

      Delete