Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 7

by - November 28, 2017

Keputusan Mahkamah & Rusuhan

"Saya beragama Islam..Saya tidak mahu ke Belanda.." Itu antara ungkapan kata Natrah ketika di Mahkamah sebelum dia dipindahkan ke gereja..sebelum dia dipisahkan dari suaminya Mansor Adabi dan ibu angkat tercinta Che Aminah.

Berikutan Mansor & Che Aminah memohon untuk memperdengarkan rayuan..pada 11 Disember 1950 seramai 3000 orang mula berkumpul di perkarangan Mahkamah. Provokasi media Inggeris benar-benar menaikkan kemarahan umat Islam. Ye la..mana mungkin kita semua akan membiarkan Natrah murtad..

Tengah hari 11 Disember 1950, keputusan diperdengarkan hakim..keputusan tidak berganjak..Natrah harus dikembalikan kepada keluarga kandungnya. Keadaan mula kecoh..rusuhan mula berlaku daripada tengahari 11 Disember 1950 hingga tengahri 12 Disember 1950.

Orang ramai bergerak ke masjid Sultan dengan teriakan "Allahu Akbar". Laporan rasmi kerajaan Singapura melaporkan seramai 18 orang terbunuh dalam rusuhan tersebut (9 orang berbangsa melayu dan 9 lagi berbangsa eropah), 173 cedera dan kebanyakannya parah manakala 200 kenderaan dibakar dan dirosakkan. Perintah berkurung dikeuarkan 2 hari 2 malam.

Menurut Mansor, ketika kejadian beliau berada di dalam masjid..tidak dibenarkan keluar selama 2 hari. 


Di mana Natrah?

Disebabkan kekecohan berlaku, Natrah dilarikan daripada gereja yang ditempatkan ketika kejadian ke tempat lain. Natrah mula tidak keruan. Dikhabarkan dia menangis tidak berhenti. Merayu-rayu agar tidak dibawa ke Belanda.

Namun kekejaman pihak Belanda dan ibunya sendiri Adeline, Natrah telah dibawa lari ke Belanda menaiki kapal terbang KLM. Tiada seorang yang mengetahui hal tersebut. Pihak akhbar cuma mengetahui tentang 'penculikan' itu sehari kemudian.

Mansor dan Che Aminah tidak menyangka mereka akan bertindak begitu sekali. Hancur luluhlah hati sang suami dan si ibu..berderailah harapan mereka untuk memiliki Natrah buat selamanya.

Natrah di Belanda

Natrah khabarnya telah disuntik ubat penenang ketika dibawa lari ke Belanda. Air matanya sudah kering untuk menangis.

Rupanya di Belanda, bagaikan satu pesta menanti ketibaan Natrah. Seramai 4000 orang telah berkumpul dengan sepanduk "Welcome Home Bertha".

Natrah ketika sampai, disambut dan dipeluk bapanya..namun jelas kelihatan di dalam video tentang kepulangan beliau ke Belanda, Natrah menolak bapanya. Nampak jelas kesugulan muka Natrah. Ketika sampai, Konsul Jeneral Belanda menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Natrah namun tidak diendahkan Natrah hingga mendatangkan kemarahan Konsul Jeneral Belanda tersebut hingga digelarnya Natrah anak tidak mengenang budi


You May Also Like

4 comments