Che' Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam Kini Bergelar Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam

Pada 31 Disember 2023, Jumaah Majlis DiRaja melalui Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 telah melantik, mengurniakan, dan menggelar suri Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam. 

Che' Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam Kini Bergelar Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam



Mulai 1 Januari 2024, wajib untuk menggunakan gelaran Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam atau dalam bahasa Inggeris "Her Highness Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam" dalam semua urusan, sebutan, dan persuratan rasmi. 



Gelaran Che' Puan Besar tidak lagi digunakan. Tahniah atas pelantikan bersejarah ini kepada Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.

 

Post a Comment

0 Comments