Lafaz Niat Puasa Di Bulan Ramadan

Esok bermulalah 1 Ramadan dan seluruh umat Islam akan mula berpuasa dan merebut peluang mengumpul pahala berganda. 


Jangan lupa untuk mengajar anak-anak untuk lafaz niat berpuasa.


Maksud Puasa

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.

Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat.


Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Post a Comment

2 Comments