Natrah ingin membunuh suaminya Wolkenfelt
16 Ogos 1976, Natrah telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya. Di mahkamah Natrah menceritakan bagaimana dia cuba membunuh suaminya menggunakan racun pada mulanya. Namun kerana racun tersebut berwarna biru, suaminya dapat mengesan lalu gagallah percubaan tersebut.
Namun Natrah tidak berputus asa, kali ini dia membuat rancangan pembunuhan dengan 2 orang rakan lelaki yang sering berkunjung ke cafe miliknya dan suami iaitu Tom Ballermans dan Adrie Jansen. Kali ini dia merancang untuk membeli senjata api jenis revolver.
Walau bagaimanapun, perancangan pembunuhan kali ini ntah bagaimana diketahui oleh kakak Natrah yang bernama Corie dan Corie lantas membuat laporan kepada polis. Natrah ditangkap, namun peguam Natrah bijak menggunakan latar belakang Natrah yang tragik sebagai alasan bahawa latar belakang tersebut yang membuatkan Natrah bertindak diluar pertimbangan, lalu pihak mahkamah melepaskan Natrah memandangkan perancangan itu masih diperingkat awal dan tiada sebarang ganjaran diberikan kepada 2 orang rakannya.
Selepas dibebaskan Natrah tidak terus pulang ke rumah tetapi dia mengikut salah seorang rakan subahatnya untuk membunuh Wolkenfelt iaitu Tom Ballermans. Walaupun beberapa kali dipujuk oleh suaminya untuk pulang (ternyata Wolkenfelt benar-benar menyayangi Natrah) tetapi Natrah berkeras untuk memfailkan penceraian.
Akhirnya mereka bercerai dan Natrah mendapat hak penjagaan 4 daripada 10 orang anaknya iaitu Carolien. Theo, Hans dan Huub.
Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Natrah enggan memberitahu tentang kenapakah dia merancang untuk membunuh Wolkenfelt. Pernah ditanya oleh pihak wartawan Dewan Masyarakat tentang kejadian tersebut namun Natrah enggan mengulas malah katanya biarkanlah perkara itu terus berlalu dan dia tidak mahu mengingati peristiwa tersebut lagi.
Natrah berkahwin lagi
Pada Disember 1979, Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans yang sebelum ini mencari rakan subahat dalam merancang pembunuhan Wolkenfelt. Namun jodoh Natrah dengan Tom tidak lama..pada tahun 1983 mereka bercerai.
Sejak penceraiannya pada tahun 1983, Natrah kerap keluar masuk hospital kerana beliau menghidap sakit jantung. Namun ada perkhabaran tentang Natrah sebenarnya mengalami tekanan perasaan dan sakit jiwa.
Selepas penceraiannya, Natrah menyara hidup dengan membantu rakan-rakannya dari Indonesia di pasar malam. Mungkin terasa 'dekat' dan sedikit sebanyak merawat rindunya kepada Tanah Melayu dan bahasa yang menjadi bahasa pertuturannya sebelum 'diculik' ke Belanda, Natrah senang sekali bergaul dengan rakyat Indonesia yang berhijrah ke Belanda.
Akhirnya pada 15 September 1984, Natrah berpindah ke Amerika bersama teman lelaki barunya yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Benjamin Pichel, teman lelaki baru Natrah walaupun berasal daripada Jakarta, Indonesia tetapi dia adalah seorang penduduk tetap Amerika.
Bagaimana kesudahan kisah Natrah? Bahagiakah dia selepas mendirikan rumahtangga buat kesekian kalinya? Insyallah aku akan sambung pada entri seterusnya.
4 Comments
Knp yek dia nak bunuh... syg btul laki dia kt dia...huhu
ReplyDeleteMaybe dia depress..maybe dia hilang pertimbangan dan maybe dia terpikir kalao suami dia dah tak ada dia boleh kembali ke pangkuan Mansor..itu yg kak min pikir laa
Deletehuhu, kesian hidup dia, porak peranda...mmg dia rindukan khdupan dia yg dlu.. done part 11
ReplyDeletekan..hancur hidup dia..sian..anyway thanks IQ
Delete