GKB PERKENALKAN 5 PRODUK MENGANDUNGI PROBIOTIK DAN PREBIOTIK UNTUK KESIHATAN MENYELURUH TERMASUK UNTUK KESIHATAN KULIT

Jika selama ini kita hanya biasa dengan minuman probiotik jenama terkenal yang sering kita lihat di kaca TV sejak kecil, kali ini terdapat 5 produk dipasarkan oleh GKB (GK BIO International Sdn.Bhd yang mengandungi probitik dan prebiotik untuk kesihatan menyeluruh termasuk untuk kesihatan kulit.




Apakah Probiotik & Prebiotik?


Walaupun bunyinya seakan sama tetapi Probiotik & Prebiotik adalah 2 benda yang berbeza. Namun begitu, kedua-duanya adalah komponen makanan yang mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kita. Probiotik adalah bakteria baik manakala Prebiotik pula ialah makanan kepada bakteria baik ini. Kedua-dunya mempunyai peranan yang tersendiri.

Kebaikan prebiotik mempunyai perkaitan dengan kebaikan probiotik. Prebiotik boleh membantu menyokong usus yang sihat, penghadaman yang lebih baik dan lain-lain lagi.

Prebiotik yang terdiri daripada karbohidrat kompleks (serat) dan polisakarida tumbuhan ini menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus. Daripada prebiotik ini, bakteria usus akan menghasilkan asid lemak rantaian pendek seperti asetat, propionat dan butirat 

Asid lemak ini mempunyai beberapa peranan yang menyumbang kepada kesihatan badan secara amnya. 


Antara Kebaikan Probiotik

  • Memperbaiki sistem pencernaan
  • Meningkatkan ketahanan bada
  • Bagus untuk kesihatan mental

Kebaikan Prebiotik
  • Mengawal selia keutuhan penghadang epitelium
  • Mengawal selia homeostasis glukosa (keseimbangan antara insulin dan glukagon untuk mengekalkan gula darah)
  • Memberi kesan terhadap metabolisme lipid (lemak) dan tisu adipos (tisu lemak)
  • Mengawal selera makan
  • Menguatkan sistem imun (sistem pertahanan badan)


GKB Perkenalkan 5 Produk Mengandungi Probiotik Dan Prebiotik Untuk Kesihatan Menyeluruh Termasuk Untuk Kesihatan Kulit


Menyedari betapa bagusnya gabungan probiotik dan prebiotik untuk kesihatan manusia, GK Bio International Sdn.Bhd (GKB) iaitu sebuah syarikat hasil usahasama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan yang telah ditubuhkan pada 2018 telah memperkenalkan 5 produk yang mengandungi probiotik dan prebiotik untuk kesihatan menyeluruh termasuk untuk kesihatan kulit.

GKB telah menggunakan lebih 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan sudah pastilah GKB memastikan produk mereka 100% semulajadi, bebas sisa dan bahan kimia, tiada kesan sampingan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.


Maka tidak hairanlah setiap produk kesihatan keluaran GKB ini diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, Sijil Kawalan Kualiti Tahap 2 TFDA, Pensijilan Standard Pembuatan Cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025 dan yang paling penting ada Pensijilan HALAL dari JAKIM.

Berikut adalah 5 produk tersebut ;

GKB Probio+

Untuk memperbaiki usus

 

GKB Probio+ sangat sesuai untuk mereka yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut kerana GKB Probio+ ini mengandungi 5 jenis bakteria probiotik aktif dan 4 jenis prebiotic.

 

Setiap sachet mengandungi 20 bilion bakteria probiotik hidup yang baik untuk kesihatan usus.

 

Cara pengambilan : ambil 1 sachet 2 kali sehari selepas makan.

 


GKB PERKENALKAN 5 PRODUK MENGANDUNGI PROBIOTIK DAN PREBIOTIK UNTUK KESIHATAN MENYELURUH TERMASUK UNTUK KESIHATAN KULIT

GKB Probizymes

Untuk mengurangkan Gastritis

 

GKB Probizymes sangat sesuai buat mereka yang ingin mengurangkan gejalas gastritis kerana ia diformulasikan daripada probiotik, prebiotic, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang mampu mengurangkan symptom gastrik, gerd dan kembung perut.

 

Cara pengambilan : ambil 1 sachet 2 kali sehari selepas makan

 


GKB PERKENALKAN 5 PRODUK MENGANDUNGI PROBIOTIK DAN PREBIOTIK UNTUK KESIHATAN MENYELURUH TERMASUK UNTUK KESIHATAN KULIT

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Untuk Kesihatan Kulit

 

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus direka khas buat Wanita yang mementingkan kesihatan kulit dan produk ini mampu membantu mencegah jangkitan alat kelamin Wanita.

 

Cara pengambilan : ambil 1 sachet 2 kali sehari selepas makan

 


GKB PERKENALKAN 5 PRODUK MENGANDUNGI PROBIOTIK DAN PREBIOTIK UNTUK KESIHATAN MENYELURUH TERMASUK UNTUK KESIHATAN KULIT

GKB G-Pro Gold

Untuk Mengurangkan Sembelit

 

GKB G-Pro Gold direka khas buat mereka yang mengalami masalah sembelit kerana GKB G-Pro Gold yang mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotic ini mampu memperbaiki usus.

 

Setiap kapsul mengandungi 80 bilion bakteria hidup yang boleh meningkatkan flora usus.

 

Cara pengambilan : ambil 1 kapsul 1 kali sehari selepas makan

 




GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Untuk Membantu Mengurangkan Berat Badan

 

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum yang mampu menyerap minyak dalam badan, asid urik dan lipid darah.

 

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mampu mengurangkan rasa ‘craving’ untuk makan dan sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan.

 

Bukan itu sahaja, produk ini juga mampu meningkatkan kelembapan kulitdan mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran ultraviolet.

 

Cara pengambilan : ambil 1 kapsul 1 kali sehari selepas makan

 




Pengalaman Aku Mengambil Produk-Produk Keluaran GKB


Tidak mahu ketinggalan dalam mencuba produk-produk yang mengandungi probiotik dan prebiotik keluaran GKB ini, (kebetulan aku memang membuat sedikit kajian tentang kebaikan produk yang mengandungi pro dan pre biotik ini) maka aku telah mencuba kelima-lima produk mengandungi probiotik dan prebiotik keluaran GKB ini.

Umum mengetahui bahawa probiotik dan prebiotik sememangnya baik untuk kesihatan usus. Usus yang sihat akan memperbaiki keseluruhan sistem dalam badan. Sejak pengambilan kelima-lima produk mengandungi probiotik dan prebiotik keluaran GKB ini, proses membuang air besar lebih lancar dan tiada lagi rasa senak perut atau 'bloated' akibat angin berlebihan dalam badan.

Aku sememangnya mengalami masalah gastrik dan juga gerd tetapi Alhamdulillah setelah mengambil GKB Probizymes terutamanya aku tidak lagi mengalami sebarang serangan gastrik dan gerd. Keadaan ini sangat-sangat melegakan aku.

Sejak balik dari Umrah pula, jerawat naik dengan meriah di muka. Jadi aku cuba consume GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus. Selepas beberapa hari boleh nampak yang jerawat-jerawat di muka mula mengecut. 


Secara jujur, aku sangat sukakan produk-produk ini kerana ianya bukan sahaja mudah untuk diconsume (kerana datang dalam bentuk serbuk dan kapsul) tetapi juga ia tidak mengganggu perut seperti sesetengah produk. 


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk-produk keluaran GKB, anda boleh pergi ke mana-mana farmasi berdekatan anda kerana produk-produk GKB ini ada di jual di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy.


GKB Official Selling Platform:

All major pharmacies in Malaysia, including


Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy


For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk GKB bolehlah layari laman media sosial mereka di ;

Laman Web : https://www.mygkb.com/

Facebook : https://web.facebook.com/mygkb

Instagram : https://www.instagram.com/mygkb/

TikTok : https://www.tiktok.com/@gkbmsia

YouTube : https://www.youtube.com/@mygkb01

Post a Comment

0 Comments