Perbicaraan Natrah
Tanggal 2 Dec 1950, keputusan perbicaraan diumumkan selepas mendengar keterangan daripada Che Aminah dan Adeline Hertogh bermula 20-24 November 1950.
Natrah memakai sepasang kebaya kuning lengkap dengan perhiasan barang kemas pada hari berkenaan. Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi kelihatan sugul pada hari tersebut. Sugul kalau-kalau keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka sudah kekeringan air mata.
Peguam mewakili kedua-dua belah pihak hadir pada pagi itu. Kelihatan John Eber mewakili Mansor, Sardon mewakili Che Aminah dan Kenneth Seth bagi pihak keluarga Hertogh. Orang ramai juga hadir memberi sokongan, tak kurang pihak media membanjiri perkarangan mahkamah bagi membuat liputan.
Hakim Brown muncul dengan hujah penghakiman setebal 24 halaman dan memakan masa selama 45 minit untuk membentangkan hujah tersebut. Antara hujah penting hakim Brown ialah :
“..setelah menimbangkan dengan teliti segala keterangan berkaitan dengan perkahwinan ini, umur budak ini, serta peluang mengenali Mansor, serta tarikh perkahwinan sehubungan dengan tarikh keputusan Mahkamah Rayuan, saya terpaksa merumuskan bahawa perkahwinan yang dimaksudkan itu sebenarnya satu muslihat yang ternyata perbuatan ini memalukan semua pihak terlibat.
Dalam hal ini saya ingin menegaskan bahawa saya berpuas hati dengan budak ini tidak dipaksa atau ditipu berkahwin. Saya telah menemuinya di kamar saya. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak Eropah, dia lebih dewasa daripada umurnya yang sebenar.
Dan tidak ada sebab kenapa saya tidak mempercayai kenyataan di dalam afidavitnya yang mengatakan dalam pertemuannya dengan Mansor di York Hill Home, mereka terpikat.
Tetapi perasaan terpikat inilah yang memungkinkan terjadinya muslihat. Dan apakah yang boleh diperkatakan terhadap mereka yang membiarkan minat yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak berumur 13 tahun terhadap pemuda yang jarang-jarang ditemuinya untuk digunakan sebagai asas bagi satu muslihat dalam masa tiga hari sahaja dia menjadi isterinya?
Aminah sudah menyatakan oleh kerana budak ini sudah akil baligh maka dia menganggap dia tidak perlu mengambil berat soal ini. Saya tidak setuju.
Memandangkan Aminah adalah seorang Islam yang lebih menitikberatkan soal akil baligh berbanding dengan diri saya sendiri, saya masih tidak mempercayainya. Dan jika pun saya mempercayainya. Saya harus mengatakan dia TIDAK LAYAK LAGI DIBERI HAK MENJAGA BUDAK INI.
Wanita Melayu ini bukanlah wanita kampung. Di Eropah dia tergolong dalam kelas bangsawan ataupun kelas pertengahan. Walau apa pun diperkatakan tentang dirinya sebagai saksi yang boleh dipercayai, saya percaya dia adalah ibu angkat yang baik dan penyayang.
Saya tidak percaya seorang Islam yang baik dan sentiasa menitikberatkan kepentingan anak perempuannya akan membiarkan anaknya yang berumur 13 tahun berkahwin dalam tempoh 3 hari sahaja dengan lelaki yang pernah ditemuinya hanya dua kali sahaja. Juga saya tidak percaya AMinah tidak membincangkan perkara ini dengan orang lain.
Berdasarkan pandangan saya terhadap Aminah, saya tidak dapat mengelak membuat tanggapan bahawa dia telah dipujuk supaya bersetuju melaksanakan muslihat ini oleh orang lain dan orang lain inilah yang sebenarnya yang mula-mula melahirkan idea ini."
Keputusan Dalam Hal Perkahwinan
Hakim Brown telah membuat keputusan ini :-
"Apa yang saya nampak dalam kes ini, oleh kerana si bapa tidak pernah menggugurkan haknya yang sah atau mempersetujui anaknya menganut Islam. Maka dari segi undang-undang budak ini tidak boleh dianggap sebagai seorang Islam. Sekiranya ini benar, maka untuk sebab ini, peraturan umum mesti dipatuhi dan pengecualian yang ada dalam Dicey adalah tidak diguna pakai dalam kes ini, disebabkan bawah undang-undang domisil dia dan undang-undang Tanah Jajahan ini dia mempunyai hak untuk berkahwin. OLEH ITU SAYA MEMUTUSKAN PERKAHWINAN INI TIDAK SAH.
Sekarang tiba pada soal yang paling rumit dalam kes ini, iaitu siapakah yang berhak untuk menjaga budak ini. SAYA BERPUAS HATI DEMI KEPENTINGAN BUDAK INI ADALAH TIDAK WAJAR DIA DISERAHKAN KEPADA DEFENDAN YANG KETIGA (Mansor) melainkan dia sendiri melucutkan haknya itu dengan cara-cara tertentu, atau dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tetapi dengan cara yang betul yang dia tidak mempunyai peluang untuk menjalankan tanggungjawab, kini dia memohon melalui mahkamah ini. Atas dasar apakah saya harus menolak apa yang undang-undang telah berikan kepadanya?
Dan saya berpuas hati sekiranya saya menolak perintah sepertimana yang dituntutnya itu, saya telah bertindak bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada yang menjadi tanggungjawab saya untuk mentadbirnya."
Kesimpulan Keputusan Penghakiman Hakim Justice Brown
1. Oleh sebab umur Maria Bertha Hertogh masih belum mencapai 18 tahun, maka Maria adalah di bawah tanggungjawab dan penjagaan bapanya (hak penjagaan)
2. Kewarganegaraan Maria adalah mengikut kewarganegaraan/domisil bapanya iaitu Belanda (domisil)
3. Pernikahan Maria dengan Mansor Adabi terbatal dan tidak sah kerana bawah undang-undang Belanda, ikatan/kontrak perkahwinan hanya sah sekiranya seseorang itu melebihi had umur 16 tahun (pernikahan terbatal kerana domisil dan bawah umur)
Bagaimanapun undang-undang Tanah Jajahan (Inggeris), mengiktiraf undang-undang Islam dan boleh memberi substitut undang-undang Belanda dalam menilai sahnya pernikahan mereka, sekira boleh dibuktikan domisil Mansor adalah Singapura dan Maria adalah seorang Islam,
Dalam hal ini, domisil Mansor adalah Kelantan dan bukan Singapura dan Maria tidak mempunyai hak untuk menjadi seorang Islam, kerana dia masih dibawah tanggungjawab bapanya.
Bapanya berhak menentukan agama Maria, dan dalam hal ini agama Maria adalah Kristian. Bapanya juga tidak memberikan kebenaran untuk membolehkan Maria memeluk Islam. Oleh itu, keputusan hakim HUBERDINA MARIA HERTOGH MESTILAH DIKEMBALIKAN KEPADA IBU BAPA KANDUNGNYA." - (semua petikan perintah mahkamah ini daripada buku penulisan Datin Fatini Yaacob : Natrah (1937-2009) Cinta. Rusuhan. Airmata)
Mendengar keputusan itu Mansor terus terduduk..berkecai hatinya..
Natrah meraung sekuat hati..
Che Aminah terus pengsan..
Tau tak korang..aku menangis saat aku taip entri ni. Bayangkan kalau aku yang cuma membaca dan mengahayati kisah ini terasa hancur luluh dengan keputusan hakim..apatah lagi 3 jiwa yang saling mengasihi ini?..hancurnya hati mereka..
Aku akan sambung lagi kisah lara 3 jiwa ini di entri seterusnya.
7 Comments
Kesiannya...
ReplyDeleteKannn..nnt lagi kesian..
Deletekesiannn
ReplyDeletesedihnya, sungguh lara 3 jiwa, kesian che aminah, keputusan hakim pun agak berat sebelah sebelah sebab mengambil kira liputan media yang merapu. hurmm
ReplyDeleteKesiannya dia..
ReplyDeletekesiannn sangat
ReplyDeleteSama la,berderai air mata masa tgk drama siri kat tv tu ....x leh bayang kecewa masa tu...
ReplyDelete