Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Minggu lepas, aku dan suami berkesempatan untuk mengubah angin di bulan puasa ini ke Genting Highlands. Sengaja memilih Genting Highlands memandangkan perjalanan yang dekat, tambahan lagi di bulan puasa aku sebolehnya cuba mengelak dari membuat perjalanan yang jauh.


Untuk percutian singkat kali ini kami memilih Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands sebagai tempat penginapan kami.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Buat pengetahuan, terdapat sebanyak 561 buah bilik di Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands ini dan untuk percutian kali ini aku memilih bilik jenis 1 Bedroom Suite.


Bilik jenis yang aku pilih ini merupakan sebuah suite yang mempunyai sebuah bilik yang sangat luas. Maklumlah, keluasan untuk bilik jenis ini ialah 67sqm/726sqf  yang mampu memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, kiranya sangat sesuailah untuk percutian sekeluarga.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Seperti bilik-bilik hotel yang lain, bilik yang aku menginap ini dilengkapi dengan ;

  • Air conditioning                 
  • Shower
  • Electric Kettle     
  • Minibar
  • Hair Dryer           
  • Iron and board
  • Tea/Coffee Making
Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

Dibahagian ruang tamu disediakan juga sofa dan TV LCD-Flat Screen untuk pelanggan meluangkan masa bersama keluarga menonton filem-filem kegemaran. 


Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Juga disediakan sebuah meja makan bagi memudahkan pelanggan yang menginap di sini menikmati makanan bersama keluarga tersayang bersama-sama.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Pendek kata, memang sangat selesa menginap di sini kerana segala keperluan lengkap ibarat berada di rumah sendiri.


Seperti yang aku telah jelaskan di atas tadi, Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands menyediakan sebanyak 561 buah bilik dengan pelbagai kategori. Anda bolehlah memilih bilik yang sesuai mengikut bajet dan size keluarga anda. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut ;

Category

Bedroom

Size (sqm/sqf)

Bedding

Extra Bed

Maximum Occupancy

No.Of Units

Deluxe

1

37sqm/362sqf

1 King/1 Twin

2 Adults + 2 Children

307

1-Bedroom Suite

1

67sqm/762sqf

1 King/1 Twin

2 Adults + 2 Children

6

Executive 2-Bedroom

2

64sqm/688sqf

1 Queen & 1 Single

3 Adults + 1 Children

2 Adults + 2 Children

69

Premier 2-Bedroom

2

72sqm/783sqf

72sqm/783sqf

4 Adults + 1 Children

2 Adults + 2 Children

179

TOTAL

561




Fasiliti Lain Yang Terdapat Di Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands


Menginap di Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands memang sangat selesa kerana selain biliknya yang luas dan bersih, terdapat pelbagai lagi fasiliti yang disediakan di sini seperti ;

  • Swimming Pool

Swimming Pool seperti menjadi kewajipan untuk beriadah bersama anak-anak dan seisi keluarga jika menginap di hotel. Di Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands, swimming poolnya terletak di aras 41.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Terbahagi kepada pool dewasa dan pool kanak-kanak, terdapat juga jakuzi dan bilik sauna yang disediakan di sini. Cuma malangnya ketika aku ke sana, bilik sauna tidak boleh digunakan kerana tengah dibaikpulih.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Lebih menarik lagi, kolam renang yang disediakan di sini adalah jenis heated pool, maksudnya air yang disediakan suam. Jadi anda tidak perlu bimbang anak-anak akan kesejukan ketika bermain air di sini.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


  • Alcove

Alcove yang menjadi mercu tanda Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands adalah sebuah dewan kecil yang selalunya digunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis istimewa. 

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Alcove hanya akan dibuka ketika majlis berlangsung dan pastinya melalui tempahan sahaja.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


  • Gym

Terletak di aras paling tinggi hotel ini iaitu di aras 42, gym yang disediakan di sini sangat luas dan lengkap dengan segala peralatan bersenam mengikut keperluan pelanggan

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


  • Surau, Bird Cage & Taman Permainan Kanak-Kanak

Bagi mereka yang memerlukan surau, surau terletak di aras 5 hotel ini. Surau sebenar berhadapan dengan Garden Terrace Cafe tetapi sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands telah menyediakan surau yang lebih luas iaitu di ballroom yang terletak di aras yang sama yang lebih luas untuk umat Islam menjalankan solat Terawikh di situ.

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Buat pengetahuan, sepanjang bulan Ramadan ini pihak Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands telah menjemput khas Ustaz dan pelajar Madrasatul QURAN waSunnah pada setiap hari bagi memimpin solat Terawikh di sini.


Selain itu, di aras 5 ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak dan juga bird cage 

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

  • Impiana Foot & Shoulder Massage

Jika anda memerlukan perkhidmatan urut kaki dan bahu, anda boleh ke Impiana yang terletak di aras 3 bersebelahan dengan lobby Swiss-Garden Hotel & Residence, Genting Highlands. 

Hotel Review | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Aku dan suami tempohari, selesai bershopping di GPO terus kami pulang ke hotel dan menuju ke Impiana untuk mendapatkan khidmat urutan kaki. Maklumlah selepas beberapa jam berjalan memang akan terasa lenguh-lenguh di kaki. Kebetulan ternampak ada spa Impiana bersebelahan lobby, jadi tanpa melepaskan peluang kami mencubalah urutan kaki di sini. Memang lega sungguh! Terbaik perkhidmatan di sini.


Lain-Lain Fasiliti & Services


  •  Sauna
  • Parking
  •  24-hour Front Desk
  • 24-hours Security
  • Restricted Lift Access Card
  • Non-Smoking Floors
  • Rooftop Heated Pool
  • Rooftop Jacuzzi
  • Lap Pool
  • Children Pool
  • Fitness Centre
  • Community Hall
  • Squash Court
  • Iron & Ironing Board (upon request) Coffee/Tea Making Facilities
  • Tennis Court
  • Karaoke Room
  • Hairdryer
  •  In-room Dining
  • Work Desk
  • Children Playground
  • Meetings & Seminar Facilities
  • Wi-Fi Access in all rooms
  • Complimentary Bottled Water
  • In-Room Electronic Safe Box
  • Satellite TV (News/Movies/Sports/
  • Travel, Tour and Car Hire Information
  • Laundry and Dry Cleaning Service Individually Controlled Air-Conditioning
  • In-House Movies/Local Stations)
  •  IDD Telephone


Berbuka Puasa Di Garden Terrace Cafe


Memandangkan kami menginap di sini ketika bulan puasa, ketika waktu Maghrib kami berbuka puasa di Garden Terrace Cafe yang terletak di aras 5.


Bertemakan Sajian Warisan Budaya, buffet Ramadan yang disediakan di sini sangat berbaloi. Makanannya walaupun tidak sebanyak hidangan buffet di hotel-hotel lain, tetapi masakannya boleh dikatakan hampir kesemuanya sedap belaka.


Harga buffet Sajian Warisan Budaya di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands adalah seperti berikut ;

✔️ Dewasa : RM65 nett
✔️ Kanak-Kanak : RM35 nett (6-12 tahun)
✔️ Warga Emas : RM35 nett (60 tahun ke atas)
✔️ OKU : RM35 nett


Murahkan? Memang berbaloi sebab makanan di sini semuanya sedap-sedap dan yang paling anda kena cuba ialah kambing bakar dan sos blackpeppernya. Pendek kata aku sangat berpuashati dengan hidangan yang dihidangkan di sini tambahan pula dengan harganya yang murah.


Apa yang lebih menarik lagi, azan akan berkumandang secara langsung dan lantunan azan yang menandakan waktu berbuka puasa dilakukan oleh para pelajar Madrasatul QURAN waSunnah.

Hidangan Buffet Hotel Termurah Di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands



Bersahur Dalam Bilik


Bagi mereka yang memilih untuk menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands sepanjang bulan puasa ini jangan bimbang mengenai sahur kerana pihak Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands turut menyediakan sahur kepada para pelanggan mereka yang beragama Islam.


Makanan bersahur boleh di 'request' sama ada untuk bersahur di dalam bilik atau bersahur di Garden Terrace Cafe (bersahur di cafe bergantung juga pada kapasiti pelanggan).


Aku tempohari, hidangan bersahur di hantar ke bilik mengikut masa yang kita tetapkan. Aku memilih untuk bersahur lewat, jadi aku meminta pihak hotel untuk hantar makanan ke bilik pada pukul 5 pagi. 


Menu sahurnya juga dihidang dalam portion yang banyak dan sudah pastilah enak. Tempohari kami memilih menu mee goreng dan nasi goreng. Setiap hidangan disertakan dengan buah-buahan dan air minuman.



Tempat Menarik di Sekitar Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Oleh kerana Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands terletak di laluan yang strategik, agak mudah bagi para tetamu untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang berada di sekitar hotel. Antaranya ialah ;

  • Genting Skyway Cable Car
  • Genting Premium Outlets
  • Golf Course
  • Chin Swee Cave Temple
  • Gunung Bunga Buah Hiking Trail
  • Happy Bee Farm
  • Orchid Farm
  • Ginger Farm
  • Genting Strawberry Farm
  • Kuala Gandah Elephant Conservation Centre
  • Fashion Forest
  • Bentong Fruit Orchard

Genting Premium Outlets hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari hotel, jadi anda boleh memilih untuk menaiki grab untuk ke sana (hujung minggu biasanya GPO sangat sesak, jadi bolehlah menaiki grab untuk elak dari buang masa mencari parking sambil menjimatkan duit parking yang agak mahal di GPO). Dari GPO, anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke Genting Theme Park atau ke Chin Swee Cave Temple dengan harga tiket pergi dan balik RM18 sahaja.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands , anda boleh hubungi ;

Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands
Windmill Upon Hills, Genting Permai,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur

Tel : +603 92130777



@bebelancikmin lawanyaa dah la selesa, makanan pun sedap 😋 @Swiss-Garden Hotel Residences G #staycation #swissgardengentinghighlands #millionviews #LazadaTambahRaya #BersahurBersamaBerocca #fyp ♬ Che La Luna - Louis Prima

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah..cantiknya..tapi ada kolam kt situ..xsejuk ke kalau mandi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sejuk..hehe kan kat atas saya dah bagi tau airnya suam

      Delete