Hidangan Buffet Hotel Termurah Di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Untuk entry kali ini suka aku kongsikan pengalaman aku berbuka puasa di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands.



Kisahnya minggu lepas aku dan suami bercadang untuk tukar angin dan destinasi pilihan kami ialah Genting Highlands. Setelah berbincang, kami akhirnya mengambil keputusan untuk menginap di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Oleh kerana kami menginap selama 2 hari 1 malam di sini, maka kami berkesempatanlah untuk berbuka puasa di sini.



Hidangan Buffet Hotel Termurah Di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Pada tahun ini Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highland telah menyajikan buffet Ramadan yang bertemakan Sajian Warisan Budaya. 


The Garden Terrace Cafe yang terletak di aras 5 hotel ini menghidangkan lebih daripada 50 juadah setiap hari termasuk terdapat live stall yang menghidangkan menu bakar-bakar seperti ikan bakar dan kambing bakar.


Bagi peminat masakan ala kampung, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pelbagai jenis kerabu seperti kerabu kacang botol dan kerabu mangga.


Terdapat juga pelbagai jenis ulam-ulaman yang dihidangkan dengan pelbagai jenis sambal yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti sambal belacan, sambal mangga dan pelbagai jenis sambal lagi yang boleh dicicah bersama ulam-ulaman.



Tidak hanya menyajikan hidangan berat seperti nasi dan lauk pauk, yang paling istimewa dan menarik perhatian aku ialah hidangan roti puri yang menjadi hidangan tradisional masyarakat India turut dihidangkan di sini dan rasanya memang kalah puri di kedai mamak! Memang sedap betul!



Untuk pencuci mulut pula, terdapat pelbagai jenis kuih muih dan manisan dihidangkan di sini termasuklah cendol. Pendek kata apa jenis manisan yang menjadi kegemaran anda seperti bubur turut dihidangkan di sini.




Azan Live Menandakan Waktu Berbuka Puasa



Apa yang lebih menarik lagi, azan akan berkumandang secara langsung dan lantunan azan yang menandakan waktu berbuka puasa dilakukan oleh para pelajar Madrasatul QURAN waSunnah.



Para pelajar Madrasatul QURAN waSunnah ini didatangkan khas oleh pihak hotel setiap hari dari Batang Kali  kerana di sini turut disediakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Zainal dan para pelajar Madrasatul QURAN waSunnah.


Solat berjemaah ini diadakan di ball room yang telah diubahsuai menjadi surau yang mampu menempatkan lebih 100 jemaah pada satu-satu masa. Ball room ini terletak di aras 5, bertentangan dengan The Garden Terrace Cafe.



Sesuatu yang aku rasa sangat jarang dilakukan oleh pihak hotel yang bukan hotel Islamik. 


Harga Buffet Sajian Warisan Budaya



Seperti yang aku highlightkan dari awal lagi, harga buffet Ramadan di sini adalah yang termudah di antara hotel-hotel yang aku pernah cuba.


Harga buffet Sajian Warisan Budaya di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands adalah seperti berikut ;

✔️ Dewasa : RM65 nett
✔️ Kanak-Kanak : RM35 nett (6-12 tahun)
✔️ Warga Emas : RM35 nett (60 tahun ke atas)
✔️ OKU : RM35 nett


Murahkan? Memang berbaloi sebab makanan di sini semuanya sedap-sedap dan yang paling anda kena cuba ialah kambing bakar dan sos blackpeppernya. Pendek kata aku sangat berpuashati dengan hidangan yang dihidangkan di sini tambahan pula dengan harganya yang murah.


Bagi mereka yang berminat untuk berbuka puasa di sini, anda boleh menghubungi ;

Reservation : 012-3930294 / 03-92130777


@bebelancikmin Sajian Warisan Budaya di @Swiss-Garden Hotel Residences G #buffetramadan #buffetramadhan #buffetramadhan2022 #buffetmurah #gentinghighlands #swissgardengentinghighlands ♬ Arabic Music - TimTaj

Post a Comment

1 Comments

  1. Juadah dia walau tak banyak beratus tapi berbaloi laa dengan harganya, bukan makan banyak nau pun kann.. Ya Allah selesanya surau diaa.....

    ReplyDelete