Untuk artikel kali ini, aku memilih untuk menulis tentang filem arahan Hasan Karacadag berjudul Dabbe: Cin Carpmasi (DCC) atau Curse of Jinn yang dikeluarkan pada 2013. Sinopsis ringkas, ketika majlis perkahwinan, seorang gadis bernama Kubra telah dirasuk oleh sesuatu.
Seorang psikiatris yang juga rakan lama Kubra iaitu Dr Ebru telah datang untuk membantu. Dalam masa yang sama, Ebru dibantu oleh seorang pengamal perubatan Islam bernama Faruk. Ketika semuanya hampir selesai dan kelihatan lancar, mereka sebenarnya merungkai satu misteri yang lebih gelap dari apa yang disangkakan.
Buat pengetahuan, filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi di Turkiye. Kisah ini terjadi di sebuah kampung bernama Kibledere. Hodja Faruk yang merawat di dalam filem Dabbe ini juga dikatakan masih lagi hidup namun telah hilang ingatan manakala Ebru (doktor yang merakam setiap insiden di dalam filem ini) dikatakan tidak diketahui di mana keberadaan beliau sehingga kini.
Daripada tengok Incantation, aku lebih suka mencadangkan filem Dabbe sebuah filem seram Turkiye. Daripada filem Siccin lagi aku memang tertarik dengan filem-filem seram dari sana sebab ianya ada penceritaan tersendiri.
Bukan hanya berkisar kepada kisah hantu di rumah tinggal seperti kebanyakan filem seram lain tetapi mereka lebih kepada expose tentang ilmu sihir dan jin. Buat pengetahuan, negara-negara belah timur sememangnya masih mengamalkan ilmu sihir (ye ilmu sihir memang kuat di sana dan diamalkan sejak zaman berzaman, itu yang terjadi ketika zaman Firaun hinggakan Nabi Musa dituduh mengamalkan ilmu sihir).
Bacaan surah Yasin, ayat Kursi memang kedengaran jelas dalam filem Dabbe ini dan juga bacaan-bacaan doa yang lainnya ketika menghalau jin.
Permulaan cerita mungkin agak sedikit bosan, namun agak menarik bila watak Kubra (watak utama) keluar. Aku paling suka scene Kubra di depan cermin dan scene ketika Hodja Faruk keluarkan barang-barang sihir dari tandas, pada aku scene tu agak realistik dengan segala patung dan kepala lembu dikeluarkan.
Apa pun ni pendapat peribadi aku. Jik anak rasa vibe seram boleh tonton Dabbe di Netflix
1 Comments
Selamat menonton
ReplyDelete