Aku dan Korea berpisah tiada..hahaha..baik filem, drama mahu pun makanan, memang Korea lah yang menjadi pujaan hati.
Sebab tu, bila baru-baru ni aku di pelawa untuk menjamu selera di SeoulNami Korean BBQ Restaurant..aku langsung tak menolak. Ibarat bagaikan 'kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan'.
Bagi peminat makanan Korea..pasti tahu yang masakan Korea sebahagian besar berasaskan nasi, mi, tauhu, sayuran dan daging. Makanan tradisional Korea terkenal dengan sejumlah besar makanan sampingan (lauk) yang disebut banchan yang dimakan bersama nasi putih dan sup. Setiap makanan dilengkapi dengan banchan yang cukup banyak.
Jadi, bila korang makan di SeoulNami Korean BBQ ni..seriously korang akan rasa macam betul-betul berada di Korea. Kenapa? Sebab mereka menghidangkan makanan yang sememangnya 100% asli Korea dengan hidang lauk dan sayuran yang banyak (orang Korea terkenal dengan suka makan sayuran yang banyak).
Dari dulu, tiap kali aku menonton drama Korea..aku memang selalu terliur tengok diaorang makan daging bakar yang dibalut dengan pelbagai sayuran dan sos. Maka, apabila berkesempatan untuk menikmati sendiri makanan yang aku impikan tu di SeoulNami Korean BBQ memang ibarat tertunai hajat aku selama ni..hahaha..(drama sangat ayat aku ni walau aku sememangnya ikhlas).
Mana taknya, hari tu kami dihidangkan dengan hidangan daging yang dibakar di atas pemanggang yang disediakan di atas meja menggunakan arang sebenar ye! Bukan menggunakan pemanggang elektrik.
Set daging tersebut didatangkan bersama dengan pelbagai jenis sayuran dan sos. Macam mana nak makan?? Ha..senang je, ambil sekeping daging letak di atas sayuran segar, tambahkan sos dan balut..tadaaa..dah siap untuk dimakan!
Pelbagai Menu Menarik di SeoulNami Korean BBQ
Bercerita tentang SeoulNami Korean BBQ yang terletak di The Garden Mall ni, aku agak tertarik dengan dekorasi restorannya yang kemas, bersih dan menarik. Manakala di dindingnya pula dihias dengan nama menu dan tulisan Korea.
Sepanjang menjamu selera di SeoulNami Korean BBQ ni kami turut dimainkan dengan lagu-lagu K-Pop terkini. Hehehe..sambil menjamu selera kita menjamu juga halwa telinga kita.
Kalau korang nak tau apa menu yang menarik di sini, ha..ini antara senarai menu yang dihidangkan di sini ye :
- Chuncheon Chicken (datang dengan 3 perisa)
- Beef Platter
- Spicy Octopus
- Ssam Vege Wrap
- Kimchi Trio (Fried, Fresh, smoke)
- Fist Rice
- Burnt Cheese Cake
- Goguma On Fire
- Signature Drinks
Fist Rice tu aku rasa antara hidangan Korea yang wajib aku makan sebab aku memang sangat suka nasi Korea. Fist Rice yang dihidangkan di sini memang menarik sebab kita akan dihidangkan dengan nasi yang diletakkan di dalam mangkuk yang kemudiannya dicampurkan dengan bahan-bahan yang disediakan dan kita sendiri dikehendaki untuk menggaulkan bahan dan membentuk nasi tersebut bulat-bulat.
Chuncheon Chicken tu, hari tu aku cuba yang pedas. Seriously memang sedap dan terasa pedasnya. Bagi yang tak makan pedas mungkin agak ekstrem jugak la pedasnya tu. Tapi bagi penggemar makanan pedas macam aku, memang Chuncheon Chicken yang pedas tu la menjadi pilihan aku selain Spicy Octopus.
Tapi yang paling menarik pada aku di sini ialah hidangan 'steam egg' yang dihidangkan dan dimasakkan khas di atas meja pelanggan.
Tapi selain tu yang lagi menarik ialah "Goguma On Fire' iaitu keledek yang dibakar di dalam bara. Ha..camne tu? Ooo..keledek tu di letakkan di dalam api ketika kita memanggang daging. Jadi, sementara kita menikmati hidangan daging balut, keledek pun dah sedia di makan.
Manakala untuk hidangan Kimchi pula, buat pertamanya dihidangkan hanya di SeoulNami Korean BBQ ialah Kimchi Trio iaitu kimchi yang didatangkan dengan 3 jenis perisa iaitu smoke, fresh & fried. Perghhh..memang sedap tau kimchi kat sini dan yang paling aku suka ialah fried kimchi tu..hehe..sedap betul pulak-pulak bila dimakan dengan daging balut tu sebab kruk krak rangup kimchi tu menambahkan feel kenikmatan makanan tu hahaha..
Sebenarnya makanan kat sini secara jujurnya memang antara restoran Korea yang menghidangkan makanan paling sedap yang pernah aku cuba. Makanannya cukup rasa dan betul-betul memikat selera. Antara hidangan lain yang aku suka ialah Odeng.
Halal ke Makanan Yang dihidangkan di SeoulNami Korean BBQ ni?
Berbicara soal HALAL, SeoulNami Korean BBQ Restautant ini masih dalam proses untuk mendapatkan pensijilan Halal dari JAKIM (restoran ini baru beroperasi dan untuk pengetahuan, antara syarat untuk memohon pensijilan halal ialah restoran mestilah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan ketika permohonan di buat).
Tapi semua bahan tidak berpunca atau mengandungi bahagian atau bahan dari binatang yang diharamkan oleh undang-undang Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarayk. Dengan kata lain, sememangnya hidangan di sini adalah HALAL.
Jika korang berminat untuk mencuba hidangan Korea yang lazat dan diyakini halal ni, korang boleh la datang ke SeoulNami Korean BBQ Restaurant yang terletak di The Gardens Mall (bersebelahan dengan Robinsons) atau korang boleh cuba tengok-tengok media sosial mereka :
Facebook : www.facebook.com/seoulnamikoreanbbq
Instagram : www.instagram.com/seoulnamikoreanbbq
20 Comments
bestnya cikmin..bila tengok restoran ni teringat ada dalam cite2 drama korean..diorg panggang guna benda tu..alahh teringinlah nak rasa..ada tak branch kat penang..
ReplyDeleteNampak sedap semua makanan korea ni ye kak .Te gok kawan kawan yang lain makan buka selera betul .Tapi saya tak tahulah saya boleh ke tak makan makanan korea ni. Nanti mungkin satu hari nanti saya try makan
ReplyDeleteseriuslahhhh dah lama nk try kedai ni cuma x berkesempatan je!! mmg menarik nmpk daging dia pun fresh huhu terliur nya!!! btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)
ReplyDeleteI like Korean food too and yet to try out Seoulnami Korean BBQ. Will bring my children this weekend to try it out.
ReplyDeletewow, sedapnya. dengan gambar yg diambil begitu cantik. teringin sebenarnya nak pgi sini. sebelum ni selalu pgi seoul garden je kalau nak feeling2 korea. terima kasih share :)
ReplyDeleteYa allah, terliur laaa! Kene try dengan suami ni. Makanan korea semua sedap! Do follow my blog, www.silverpinkhijab.blogspot.com
ReplyDeleteMenariknya tempat dia. Nampak macam sebijik orang korea makan dekat dalam tv tu. Nanti nak pergi try la one day
ReplyDeleteSedapnya!! Daging pun nmpk fresh.. Nnti hujung mggu nie pun nak ke sana, bersama dgn adik AM.. X sabar menanti.. Sbb dah tergoda nie
ReplyDeleteYa Allah kak min, sedapnya nampak menu menu kat sini. Kat mid kan? Nak try la pi makan sekali kat sana. Teringin nak try burnt cheesecake tu. Fuh, telan air liur tengok menu yang ada ni. Dapnyeee
ReplyDeleteOmg the food looks great, I see so many of my favorite dishes in your post, can't wait to visit this place and try it out for myself.
ReplyDeletesuka makanan korea , spicy octopus tu sebijik macam kat korea cuma kata sana halalnya diragui sebab ada campur bahan lain ..tapi kalau macam ni kompom jamin halal dah ...nanti bolehlah try makan kat sini pulakkkk..yummmm
ReplyDeleteLaaa dekat Garden Mall ke? Mmg dekat dengan office SR laa. Haha. Kena cuba ni nanti. Thanks for sharing!
ReplyDeleteYa ampun..sedapnya tengok..apa ni apa ni..ala melelh tau..hehee..kita dah la suak makan makanan korea..arghhh..daging tu nampak sedap..dipanggang lagi
ReplyDeletefancy rupanya restoran Seoul Nami ni. betul-betul style makan restoran kat korea. Makanan dia pun, terliur Iza tengok. Alaaaa nak try jugak. Kalau dah cakap dia dalam proses nak dapat sijil halal tu tak was was dah nak pergi ni.
ReplyDeleteoo kat mid valley je ni.. ok lah dekat je
ReplyDeleteAlaaa....dahlah fav kita.. Lama tak makan makanan korea ni.. Kalau dulu selalu pi kfry je sbb sini ada tu je... Mesti sdp2 kat sini kan
ReplyDeleteSeleksi makanan korea dia semua nampk sedap dan menarik. Paling suka yang ada keju... sedap betul rasanya
ReplyDeleteAlaa tengok korang makan kat Seoulnami ni teringin balik nak makan kat sana, kita nak cheese kek dia, sedap yang amat. Nanti free2 nak gi lagi lah
ReplyDeletengilerr akak tau nengok pic foodie tu, octopus tu cam sambal sotong ekk hihi, sedap mesti tau tu
ReplyDeleteSedap ya nampak nasi ngn grill tu semua.kat Penang ni xda mmc tu lgi. .Kalau ada pun semua non halal... Hrp2 diorg buka 1 kat Penang nnt
ReplyDelete