Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Macam dah lama tak kongsi resipi kat blog ni. Hehe..maklum la kadang biasa ada resipi terus share di channel YouTube https://www.youtube.com/c/BebelanCikmin

Jadi hari ni rasanya nak berkongsi resipi kat sini la pulak. Dan untuk resipi hari ni aku nak kongsikan hidangan yang menjadi kegemaran aku kalau ke kedai mamak atau kedai nasi kandar iaitu Sotong Masak Hitam Ala Mamak




Resipi Sotong Masak Hitam Ala Mamak


Bahan-bahannya ;

1. 6 ekor sotong dibersihkan
2. 1 labu bawang besar
3. 4 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 1 sudu besar cili giling
6. Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga
7. 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
8. Kicap manis secukupnya
9. 1 batang serai (diketuk)
10. Daun kari secukupnya
11. 1 biji tomato dibelah 4
12. Minyak untuk menumis
13. Garam secukup rasa

Cara-cara memasak ;

1. Kisar bawang besar, bawang putih & halia. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumis bahan dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk ketumbar
5. Masukkan serai dan daun kari. Tumis seketika.
6. Masukkan cili giling dan tumis hingga cili betul-betul masak.
7. Masukkan sotong
8. Masukkan kicap manis + garam 
9. Masukkan tomato dan biarkan seketika sehingga sotong masak. Tak perlu tambah air sebab sotong sendiri akan mengeluarkan air. 
10. Padamkan api & sedia dihidang

Sotong Masak Hitam Ala Mamak ni memang sedap dihidangkan dengan nasi putih panas-panas. Dah tak perlu lauk lain dah jika masak resipi ni.



Oh ye! Cantikkan bekas yang aku hidangkan Sotong Masak Hitam Ala Mamak ni? Bekas ni aku beli di website MyCookingStory. Bekas ni memang sangat berbaloi untuk dibeli sebab selain cantik untuk hidangkan masakan, ia juga mempunyai penutup kedap udara. Jadi, bila dah siap makan hanya tutup je..dah tak perlu nak guna tudung saji. Sangat jimat ruang di atas meja makan. Tambahan lagi bekas ni dari kaca yang sangat tahan panas. Jika ada lebihan makanan, simpan saja dalam peti dan boleh terus panaskan dalam microwave tapi pastikan penutupnya dibuka terlebih dahulu.



Jika berminat dengan bekas ini, anda boleh klik link ini untuk membeli https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin jangan lupa masukkan kod MCSMIN untuk dapatkan 10% diskaun. Bermula 23 November sehingga 31 Disember 2020 ni terdapat promosi Giler-Giler Sale dimana harga untuk 1 set bekas ni (ada 3 size berbeza) dijual pada harga hanya RM48 sahaja (dapat ketiga-tiga size tersebut), harga asal untuk set ini ialah RM143. Jadi jika anda berminat, lebih baiklah anda serbu sekarang kerana jika anda memasukkan kod MSCMIN, anda akan membayar pada harga cuma RM43.20 sahaja dan penghantaran adalah percuma!

Disini aku sediakan juga video jika anda ingin melihat dengan lebih terperinci. Juga boleh klik di sini jika ingin membaca lebih lanjut tentang promosi yang dijalankan https://www.bebelancikmin.com/2020/11/tips-beli-barang-branded-pada-harga.html


Jangan lupa untuk klik link ini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin
Share
Tweet
Pin
22 comments

Citta Mall yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya memang agak terkenal dengan jolokan syurga makanan. Mana taknya..segala jenis makanan ada di sini. Aku sendiri jika berkelapangan memang suka cari makan di Citta Mall. Namun sejak Covid-19 melanda dunia, segala pergerakan seakan terhenti dan aktiviti jalan jalan cari makan di Citta Mall pun agak terhad.


Tapi baru-baru ini aku dikhabarkan yang Citta Mall mula melancarkan sebuah platform khas untuk mereka yang mengidam makanan yang terdapat di Citta Mall dimana mereka mula membuat penghantaran tempahan hingga ke depan pintu rumah anda. 




Platform yang dinamakan myCITTA ini boleh diakses melalui laman web www.citta.com.my . Lebih menarik lagi untuk 100 pelanggan yang pertama akan menerima RM5 off untuk setiap penghantaran yang dibuat melalui myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U.


Makanan Yang Boleh di Order dari myCITTA

Macam yang aku ceritakan dari awal tadi sinonim dengan jolokan syurga makanan, terdapat pelbagai jenis makanan dari pelbagai restoran yang terdapat di Citta Mall. Berikut adalah antara restoran yang mengambil bahagian ;


1. Deli Wau

Deli Wau adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan asli Malaysia. Antara yang menjadi pilihan dan kegemaran aku ialah Nasi Che Siti, Mee Goreng Mamak dan Nasi Kerabu.


Nasi Che Siti - dihidangkan bersama ayam goreng, kuah kari dan sambal belacan

Mee Goreng Mamak antara makanan pilihan aku..memang sedap sangat!

Nasi Kerabu


Lokasi : G-47 & G-A47 (Ground Floor)

No. Telefon : 012-2850013

Homepage : https://www.facebook.com/deliwaucittamall

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


2. Waroeng Penyet

Dibangunkan sejak Januari 2007, Waroeng Penyet adalah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Indonesia seperti Ayam Penyet, Lele Penyet, Cah Kankong , empal Penyet dan banyak lagi. Tapi aku paling suka makan nasi Ayam Bakar jika ke Waroeng Penyet ni dan yang paling aku suka ialah sambal dia yang pedas menyengat tu..memang sedap!


Ayam Bakar Paha (RM12.90)

Ayam Geprek Hijau (RM9.50)

Ayam Penyet Paha (RM12.50)

Lokasi : F-10 (First Floor)

No. Telefon : 019-8818763

Homepage : http://waroengpenyet.com/index.php/about/my

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


3. Iyakimono

Kalau anda peminat makanan Jepun dan teppanyaki, aku syorkan anda untuk makan di Iyakimono. Makanan di sini boleh dikatakan sedap belaka.




Lokasi : G-K06 (Ground Floor)

No. Telefon : 017-3673310

Homepage : https://www.facebook.com/I-Yakimono-Citta-Mall-116114956441408

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


Itu adalah antara restoran dan makanan kegemaran aku yang aku syorkan jika anda ingin membuat tempahan secara online di platform myCITTA namun terdapat banyak lagi restoran dan makanan yang boleh ditempah secara online antaranya ialah Jom Laksa, Onde-Onde, Mikey's New York Pizza, Para Thai, Wrappe, Union Roastery, The Barn, A&W, Gajah Mada, Marrybrown, Universal Noodle, Ying Ker Lou dan Beans N Beans.





Bagaimana Cara Membuat Tempahan Melalui myCITTA

Berikut adalah langkah untuk membuat tempahan secara online di myCITTA ;


  1. Pergi ke laman web www.citta.com.my
  2. Tekan butang Order Now di bahagian Best Seller atau klik pada logo kedai yang mengambil bahagian.
  3. Pilih item dan kuantiti kemudian klik Add to Order
  4. Lihat butiran tempahan anda di shopping cart. Pilih masa dan tarikh penghantaran dan isikan detail yang diperlukan
  5.  Tandakan di kotak  'I understand and I'm ready to submit my order' dan klik Submit Order
  6. lengkapkan bayaran dan anda bakal menerima pengesahan tempahan anda melalui WhatsApp dan tunggu tempahan anda sampai ke tangan anda
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari myCITTA di www.citta.com.my


Share
Tweet
Pin
14 comments

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah meluluskan permohonan pengeluaran wang simpanan dari akaun 1 KWSP untuk membantu golongan yang terjejas. i-Sinar mula diperkenalkan setelah negara kita dilanda wabak Covid-19.

Semalam 26 November 2020, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah mengumumkan ketika menyampaikan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bahawa 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak.


Gambar kredit : Infografik Bernama


Tambah Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz lagi, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan kebawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Apa yang lebih menggembirakan ialah segala syarat-syarat ketat pengeluaran Akaun 1 KWSP dimansuhkan dengan mengambil kira semua pencarum yang pendapatannya terjejas iaitu kira-kira 8 juta orang berbanding hanya 2 juta orang sebelum ini melalui program yang sama.


Berikut adalah petikan dari laman web rasmi KWSP


i-SINAR: TERBUKA KEPADA LEBIH RAMAI AHLI DENGAN PENGELUARAN MAKSIMUM ANTARA RM10,000 DAN RM60,000 DARIPADA AKAUN 1

Permohonan bermula pertengahan Disember 2020

 

KUALA LUMPUR, 26 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.


Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.


i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk

Jabatan Hal Ehwal Korporat

26 November 2020


Jika sebelum ini, berikut adalah pengiraan untuk kelayakan pengeluaran. Namun kini pengeluaran diluluskan sehingga RM10,000

Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah

Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000

Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100)

10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM4,500

RM4,400

RM10,000

RM9,000

RM70,000

RM9,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM100,000

RM10,000

RM500,000

RM50,000

RM800,000

RM60,000

 

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Share
Tweet
Pin
No comments

Sebagai seorang YouTuber, mendapat updates terbaru daripada pihak YouTube sedikit sebanyak mengganggu perasan. Ini kerana YouTube sudah mula mengubahsuai beberapa terma dan syarat terutama dibahagian monetization atau lebih dikenali sebagai bahagian menjana wang melalui YouTube.


Ubahsuai ini mungkin tidak akan menjejaskan YouTuber yang sudah mula menjana pendapatan melalui saluran mereka namun pada pendapat aku sendiri, updates terbaru dari YouTube yang berkuatkuasa November 2020 ini bakal mengganggu YouTuber pemula yang baru ingin berjinak dalam bidang ini. Apakah ubahsuai atau updates terbaru YouTube? Jom aku kongsikan.


Updates to YouTube’s Terms of Service (November ‘20)


Ini adalah yang terkandung di dalam update terma terbaru YouTube. Aku salinkan semula semua yang tertulis dan kemudian aku akan huraikan untuk anda lebih faham secara lebih detail.

-- Adding a new section to our Terms of Service: Right to Monetize --

 

New section:

Right to Monetize

You grant to YouTube the right to monetize your Content on the Service (and such monetization may include displaying ads on or within Content or charging users a fee for access). This Agreement does not entitle you to any payments. Starting November 18, 2020, any payments you may be entitled to receive from YouTube under any other agreement between you and YouTube (including for example payments ​under the YouTube Partner Program, Channel memberships or Super Chat) will be treated as royalties.  If required by law, Google will withhold taxes from such payments.

Hak untuk Menjana Wang

Anda memberikan hak kepada YouTube untuk mengewangkan Kandungan Anda di Perkhidmatan (dan pengewangan tersebut mungkin termasuk menampilkan iklan di atau di dalam Kandungan atau mengenakan biaya untuk pengguna). Perjanjian ini tidak memberi anda sebarang pembayaran. Mulai 18 November 2020, sebarang pembayaran yang mungkin berhak anda terima dari YouTube berdasarkan perjanjian lain antara anda dan YouTube (termasuk misalnya pembayaran di bawah Program Rakan YouTube, keahlian Saluran atau Super Chat) akan dianggap sebagai royalti. Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, Google akan menahan cukai dari pembayaran tersebut.

 

What changed: We’ve added a new section to our Terms of Service: “Right to Monetize” containing two updates.

 

Apa yang anda faham melalui terma di atas? Maksudnya begini..bagi mereka yang YouTube Channelnya belum memenuhi syarat untuk menjana wang / monetize, pihak YouTube kini akan meletakkan iklan di saluran YouTube anda namun anda tidak akan menerima sebarang pembayaran dari pihak YouTube.



Dalam maksud lain ialah YouTube akan menggunakan channel anda untuk mereka mendapatkan iklan yang mereka letakkan di video-video yang terdapat dalam saluran / channel YouTube anda atau dalam bahasa lebih mudah difahami..pihak YouTube akan menumpang meletakkan iklan di saluran YouTube mereka yang belum monetize dan hasil pendapatan melalui iklan tersebut tidak akan dibayar walau 1 sen kepada anda!


Buat pengetahuan untuk saluran / channel YouTube yang sudah layak menjana pendapatan / monetize, pihak YouTube akan membayar kesemua pendapatan melalui iklan yang ditayangkan di saluran YouTube mereka. Semakin banyak subscriber mereka dan semakin banyak view disetiap video mereka maka semakin tinggi pendapatan mereka. Baca tentang syarat untuk monetize di sini https://www.bebelancikmin.com/2020/07/monetize-dalam-masa-3-bulan-apa.html




Ini sangat berlainan dengan polisi terbaru YouTube dimana mereka yang belum monetize kini mula akan mempunyai iklan di saluran Youtube meraka namun mereka tidak akan mendapat bayaran melalui iklan-iklan tersebut dan bagi aku keadaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan mereka untuk terus berkembang. Kenapa? Kerana menurut pandangan peribadi aku sendiri, kebanyakan penonton akan terganggu dengan iklan dan seringkali penonton ini akan skip iklan-iklan yang keluar. Bagi mereka yang mempunyai niche tau content yang kuat (apatah lagi jika mempunyai pengikut tersendiri) keadaan ini mungkin tidak akan mengganggu kerana walau berapa banyak iklan yang keluar penonton tetap akan setia untuk melihat kesudahan content video mereka.


Namun keadaan akan sedikit berbeza untuk mereka yang mempunyai saluran yang pengikutnya baru ingin berkembang (kerana belum mempunyai pengikut tersendiri) kerana kemungkinan iklan-iklan yang keluar tersebut akan 'menganggu' penonton dan kemungkinan untuk mereka terus keluar dari video dan channel tersebut adalah tinggi. Maksud aku begini.. jika orang klik ke saluran YouTube yang mungkin contentnya tidak banyak dan subsribernya sedikit ditambah lagi dengan kandungan kurang menarik, apabila iklan keluar penonton akan secara automatik akan menghentikan tontonan mereka dan mula mencari video dan channel di saluran lain. 




Apa pun, doa dan harapan aku bagi semua YouTuber pemula agar jangan patah semangat dan gandakan usaha anda. Insyallah suatu hari nanti anda juga bakal menjana pendapatan melalui saluran YouTube anda.





Share
Tweet
Pin
12 comments

Berikutan kenyataan sesetengah pihak yang terus meletakkan hukum haram tentang membeli likes di Facebook, pada 12 Jun 2020 yang lepas Pejabat Mufti Wilayah telah mengeluarkan kenyataan dilaman web mereka yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-520 : HUKUM MENCARI LIKES DI FACEBOOK UNTUK MENDAPATKAN HADIAH.




Berikut adalah petikan yang diambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  ;


Assalamualaikum wrm. wbt.,

Apakah hukum mencari “like” atau “sukaan” bagi hantaran dalam akaun Facebook untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan? Contohnya, seorang isteri menjanjikan suaminya hadiah sebuah topi keledar motosikal berjenama jika hantarannya yang bergambar hidangan masakan disukai oleh 50,000 orang? Bukankah itu merupakan pertaruhan yang dilarang?

 


Jawapan:

 

Waalaikumussalam wrm. wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.

 

Hukum mencari “Like” dengan bilangan tertentu di Facebook bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan, dan bukanlah pertaruhan dalam erti kata judi. Jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya adalah berdasarkan kontrak ju`alah. Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah.


Huraian Jawapan:


Konsep Like di Facebook

Menurut laman rasmi Facebook, perbuatan mengklik Like atau Suka di bawah hantaran di Facebook ialah sarana untuk membolehkan orang ramai menunjukkan rasa suka terhadap hantaran berkenaan tanpa meninggalkan komentar. Seperti fungsi komentar, sesiapa sahaja yang boleh melihat pos itu boleh juga melihat sukaan yang dibuat oleh orang tadi. Contohnya, kalau seseorang mengklik Suka di bawah hantaran video seorang rakan, orang lain yang boleh melihat hantaran tadi boleh juga melihat kesan Suka daripada orang tadi. Begitu juga, pemilik pos berkenaan akan mendapat notifikasi bahawa rakannya tadi telah mengklik Suka pada hantaranya. Rujuk What does it mean to "Like" something on Facebook?




Secara ringkas, konsep Like di Facebook adalah suatu tindakan seseorang untuk menghargai nilai yang ada pada suatu hantaran dengan menyukainya. Tindakan itu juga boleh digunakan sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap kandungan hantaran tersebut.

 

Pertaruhan yang diharamkan

Definisi “taruh” dalam Bahasa Melayu merujuk kepada beberapa makna berikut:


  • Wang, dan lain-lain barang, yang dipasang dalam perjudian atau tagan;
  • Cagaran untuk barang yang digadai atau sandaran, atau tanggungan;
  • menaruh yakni menempatkan, meletakkan, atau membubuh
  • menaruh yakni menyimpan;
  • menentukan atau meletakkan harga;
  • mengamanahkan, atau menitip;
  • merahsiakan sesuatu;
  • mempunyai minat atau kepercayaan,
  • menyabung nyawa atau mengorbankan
  • memberi petaruh, menasihat, berpesan,atau berwasiat.

Berdasarkan konteks soalan, makna yang difahami daripada penanya ialah makna pertama, yakni adakah perbuatan mencari Like itu adalah suatu bentuk perjudian. Perjudian adalah haram di dalam Islam kerana ia mengingkari konsep ijab dan kabul, atau tawaran dan penerimaan dalam hukum hakam berjual beli. Apabila pihak pembeli menawarkan harga untuk suatu barang atau manfaat, dia tidak tahu sama ada penjual menerima tawaran itu dengan memberi barang yang diminta.

 

Kami merujuk kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/36) yang menyebut seperti berikut:

 

“Jual beli yang mengandungi unsur perjudian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas, atau wujud perbuatan yang menafikan kehendak salah satu pihak.”

 

Antara dalil pengharamannya ialah firman Allah ﷻ:

 

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

 

(Surah al-Ma`idah: 90)

 

Menurut Imam Fakhruddin al-Razi judi boleh membawa kepada kepada permusuhan, mengutuk-ngutuk dan pertelingkahan; serta merupakan suatu bentuk mengambil harta orang lain secara batil; di samping melalaikan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan solat. Tambah beliau lagi, pertaruhan menimbulkan perasaan ingin cuba menang, terutama setelah mengalami kekalahan sehingga semua harta akhirnya habis digunakan untuk berjudi sehinggakan sanggup menggadaikan isteri dan anak-anak pula. Tentunya si kalah judi ini akan jatuh miskin dan menyimpan dendam kesumat terhadap lawannya yang telah menang dan merampas harta bendanya, sehingga berlakulah permusuhan dan benci-membenci yang berpanjangan di dalam masyarakat. Dari segi agama pula, si penjudi akan jauh hatinya dari mengingati Allah dan mengerjakan solat kerana disibukkan dengan harapan untuk menang, atau marah kerana kalah judi. Bahkan sekiranya dia menang sekalipun, nescaya kemenangannya itu akan terus menenggelamkannya di dalam kesibukan demi kesibukan, sehingga tidak ingat selain dari harta yang dimenanginya itu sahaja.

 

Lihat Mafatih al-Ghaib (6/49) dan (12/82)

 

Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan dengan katanya:

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْمُلاَمَسَةُ وَالْمُنَابَذَةِ فِي البَيْعِ

 

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang jual beli secara sentuh menyentuh (mulamasah) dan campak-mencampak (munabazah).”

 

Riwayat al-Bukhari (5482) dan Muslim (1512)

 

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ada dinyatakan:

 

“Dalam menafsirkan kedua-dua istilah ini, periwayat hadith ini berkata: Mulamasah ialah seorang lelaki menyentuh sehelai pakaian dengan tangan pada waktu malam atau siang dan dia tidak boleh mengambil selain daripada barangan yang disentuhnya itu. Munabazah pula ialah seorang lelaki mencampakkan bajunya kepada lelaki lain dan lelaki itu mencampakkan pula bajunya kepada lelaki lain dan lelaki itu mencampakkan pula bajunya kepada lelaki pertama, dengan itu berlakulah jual beli tanpa melihat atau saling meredhai.”


Hukum memberi upah atas usaha
 

Kami berpendapat jawapan ini tidak akan lengkap melainkan disebut juga hukum ju`alah atau memberi upah atau suatu pekerjaan. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/161):

 

“Menurut Syara’ ju'alah atau sagu hati ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui, oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali.”



Dalil terhadap pensyariatan konsep ini ialah firman Allah ﷻ:

 

قَالُوا نَفْقِدُ صُوَاعَ الْمَلِكِ وَلِمَن جَاءَ بِهِ حِمْلُ بَعِيرٍ وَأَنَا بِهِ زَعِيمٌ

 

Maksudnya: “Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu".

 

(Surah Yusuf: 72)

 

Walaupun ayat ini menyebut tentang syariat sebelum kita, namun ada sumber daripada syariat kita yang membenarkannya seperti yang dinyatakan oleh hadith Abu Sa’id al-Khudri RA katanya:

 

انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفْرَةٍ سَافَرُوهَا حَتَّى نَزَلُوا عَلَى حَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ، فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمْ، فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ الْحَىِّ، فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ شَىْءٌ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِينَ نَزَلُوا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَىْءٌ، فَأَتَوْهُمْ، فَقَالُوا: يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ، إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ، وَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ، فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَىْءٍ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: نَعَمْ وَاللَّهِ إِنِّى لأَرْقِى، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضِيِّفُونَا، فَمَا أَنَا بِرَاقٍ لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلاً. فَصَالَحُوهُمْ عَلَى قَطِيعٍ مِنَ الْغَنَمِ، فَانْطَلَقَ يَتْفِلُ عَلَيْهِ وَيَقْرَأ:ُ (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) فَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ، فَانْطَلَقَ يَمْشِى وَمَا بِهِ قَلَبَةٌ، قَالَ: فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِى صَالَحُوهُمْ عَلَيْهِ، فَقَالَ بَعْضُهُمُ: اقْسِمُوا. فَقَالَ الَّذِى رَقَى: لاَ تَفْعَلُوا، حَتَّى نَأْتِىَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَذْكُرَ لَهُ الَّذِى كَانَ، فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا. فَقَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرُوا لَهُ، فَقَالَ: وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ، ثُمَّ قَالَ: قَدْ أَصَبْتُمُ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِى مَعَكُمْ سَهْمًا فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

 

Maksudnya: “Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ berangkat dalam suatu perjalanan. Apabila tiba di sebuah perkampungan Arab, mereka memohon untuk menumpang tetapi penduduk kampung tersebut enggan menerima mereka. Ketika itu ketua kampung tersebut telah disengat dan mereka telah menggunakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi sedikitpun tidak berkesan. Beberapa orang di kalangan mereka berkata: “Mungkin kamu patut berjumpa dengan orang-orang yang singgah itu. Mereka mungkin ada sesuatu sebagai ubat. Lantas mereka datang menemui para sahabat dan berkata: “Wahai kamu sekalian, ketua kami telah disengat. Kami telah gunakan segala-galanya untuk menyembuhkannya, malangnya tidak berkesan. Adakah ada di kalangan kamu yang boleh mengubatinya. Sebahagian sahabat menjawab: "Ya, demi Allah aku boleh menjampi. Cuma demi Allah, kami telah mohon izin untuk menumpang di tempat kamu tetapi kamu menolak aku hanya akan menjampi untuk kamu jika kamu berikan kami sagu hati. Setelah berbincang, mereka bersetuju memberikan sekawan kambing. Sahabat ini pun pergi menghembus ketua tadi dan membaca ayat bermaksud, "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam" (surah al-Fatihah). Tiba-tiba ketua kampung bangun seolah-olah baru terlepas daripada ikatan. Lalu bangkit tanpa sebarang kesan penyakit. Abu Sa'id RA berkata: "Lalu penduduk kampung itu memberikan sagu hati seperti yang mereka setujui. " Sebahagian para sahabat berkata: "Bahagikan". Namun sahabat yang menjampi tadi berkata: "Tunggu sehingga kita bertemu Nabi ﷺ dan kita ceritakan kepada Baginda. Kita tunggu perintah Baginda. Selepas itu mereka menemui Rasulullah ﷺ dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda bersabda: "Bagaimana engkau tahu ia adalah jampi?" Kemudian Baginda bersabda: "Kamu benar, bahagi-bahagikanlah dan letakkan satu bahagian untuk aku bersama kamu". Lalu Nabi ﷺ tertawa.”

 

Riwayat al-Bukhari (2156) dan Muslim (2201)

 

Kontrak ju`alah adalah lazim, ertinya wajib dibayar apabila selesai tugasan. Namun, jika dibatalkan sebelum kerja bermula, maka itu adalah hak pemberi. Disebut lagi:

 

“Kontrak ini bersifat harus dan bukan wajib. Malah ia boleh dibatalkan oleh pemberi sagu hati pada bila-bila masa. Begitu juga pekerja boleh membatalkan kerjanya pada bila-bila masa. Sama ada dipersetujui oleh pihak satu lagi atau tidak. Sama ada diketahui atau tidak. Ini kerana kontrak ini ialah kontrak bagi melakukan suatu kerja yang tidak diketahui bagi mendapatkan bayaran tertentu. Dengan ini mana-mana pihak berhak membatalkannya.

 

Jika kontrak ini dibatalkan oleh pekerja, dia tidak berhak mendapat apa-apa walaupun dia telah melakukan sebahagian kerja tersebut. Ini kerana dia hanya layak menerima upah apabila kerja tersebut selesai. Dalam hal ini, pekerja yang membatalkannya, dengan itu haknya digugurkan.

 

Jika kontrak ini dibatalkan oleh pemberi sagu hati, jika dibatalkan sebelum kerja dimulakan, pemberi tidak perlu membuat sebarang bayaran kerana ia dibatalkan sebelum khidmat pekerja digunakan.

 

Dengan itu, dia tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jika dibatalkan selepas kerja dimulakan, pemberi perlu membayar mengikut upah sepadan bergantung kepada kerja yang telah dilakukan. Ini kerana sebahagian khidmat pekerja telah digunakan dengan syarat bayaran. Ini bermakna pemberi wajib membayar upahnya.”

 

Hukum menjanjikan hadiah dengan syarat


Dalam perbincangan sebelum ini, kontrak ji`alah ialah pemberian upah atas pekerjaan yang dilakukan. Adapun dalam konteks janji memberikan hadiah, maka perbincangannya berbeza. Kami telah menghuraikan isu melunaskan janji dalam Bayan Linnas Siri Ke-149: Status Pelangsaian Pinjaman Ptptn Menurut Perspektif Syarak yang menyentuh isu pelaksanaan manifesto dalam Pilihan Raya Umum. Secara ringkas, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum melaksanakan janji. Jumhur ulama mengatakan hukumnya adalah sunat kerana ia merupakan komitmen untuk berbuat baik. Sebahagian ulama mewajibkan pelaksanaan jika janji itu dibuat secara bertaklik contohnya, jika seseorang melakukan suatu maka dia dapat sesuatu. Sebahagian lagi mewajibkan secara mutlak kerana memungkiri janji ialah sifat orang munafik. Pendapat terakhir inilah yang dipilih dalam artikel tersebut, tetapi perlulah pelaksanaan itu berdasarkan kemampuan pemberi hadiah.

 



Kesimpulan

 

Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, kami cenderung untuk mengatakan hukum mencari Like dengan bilangan tertentu di Facebook bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan. Perbuatan tersebut bukanlah pertaruhan dalam erti kata judi. Jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya adalah berdasarkan kontrak ji`alah. Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah. Wallahua`lam.

 

Semoga penjelasan ini memberikan jawapan kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa agar Allah ﷻ mengurniakan kita rezeki daripada sumber yang halal supaya memudahkan kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Amin.

Demikianlah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga dengan fatwa yang telah dikeluarkan dapat menenangkan hati-hati mereka yang selama ini dituduh secara melulu tentang pendapatan yang haram. Bagi aku sendiri secara peribadi, tidak salah jika sebagai sesama umat Islam kita ingin menegur perbuatan yang mungkin salah pada pandangan kita namun jangan terus meletakkan hukum. Nasihatlah dengan penuh adab supaya nasihat kita mungkin akan lebih didengari berbanding memberi nasihat dalam bentuk menyindir, memerli malah mengecam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Taha ayat 44:

 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

 

فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

 

صدق الله العظيم

 

“Maka kamu katakan kepadanya kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia beringat (sedar) atau takut (kepada Tuhan)”

 

Share
Tweet
Pin
No comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates