Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Lev Vygotsky (1896-1934)

Vygotsky adalah seorang ahli psikologi perkembangan yang seangkatan dengan Piaget. Teori perkembangan yang dikemukan olehnya amat berfaedah dalam memberikan gambaran tentang perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial kanak-kanak.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Lev Vygotsky (1896-1934)


Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial di antara kanak-kanak dengan orang di sekelilingnya dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial mereka. Morrison (2001) berpendapat bahawa pendapat Vygotsky ini bertentangan dengan perspektif yang dipegang oleh Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak sendiri yang mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky menyebut bahawa ;


Learning awakens a variety of developmental processes that are able to operate only when the child is interacting with people in his environment and in collaboration with his peers. Once, these processes are internalized they become part of the child's independent developmental achievement (Morrison 2001:82)


Perkara penting yang diketengahkan oleh Vygotsky ialah inetraksi sosial memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Beiau juga menyatakan ;


Every function in the child's development appears twice ; first, on the social level, and later, on the individual level ; first, between people (interpsychological). This applies equally to voluntary attention, to logical memory, and to the formation of concepts. All the higher functions originate as actual  relationships between individuals (Vygotsky 1978:57)


Aspek yang kedua dalam teori Vygotsky ialah potensi perkembangan kognitif terbatas kepada masa-masa tertentu yang dikenali sebagai Zon of Proximal Development (ZPD). Konsep ini menerangkan perbezaan di antara tingkat perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan cara bekerja sendiri atau penyelesaian masalah yang dilakukan oleh kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain dan tingkat potensi perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak di bawah panduan orang dewasa atau dengan kerjasama dengan rakan sebaya yang lebih berkemampuan.


Mengikut ZPD perkembangan sepenuhnya bergantung pada interaksi sosial. Julat kemahiran yang dapat diperkembangkan dengan panduan orang dewasa atau rakan sebaya melebihi apa yang boleh dicapai dengan bekerja sendiri.


Teori Vygotsky mencadangkan supaya kanak-kanak atau pelajar dibantu dengan memberikan penerangan kepada mereka dan menunjukkan cara. Mereka boleh mencapai peringkat pemikiran aras tinggi jika mereka dibantu oleh orang dewasa yang berkebolehan.


Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl


Post a Comment

0 Comments