Sah Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM10,000 Kini diPerluaskan Buat Golongan Terjejas

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah meluluskan permohonan pengeluaran wang simpanan dari akaun 1 KWSP untuk membantu golongan yang terjejas. i-Sinar mula diperkenalkan setelah negara kita dilanda wabak Covid-19.

Semalam 26 November 2020, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah mengumumkan ketika menyampaikan penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bahawa 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sama ada mereka dibuang kerja atau tidak, dikurangkan gaji atau tidak.


Gambar kredit : Infografik Bernama


Tambah Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz lagi, bagi pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 sebanyak RM90,000 dan kebawah layak mengeluarkan wang sehingga maksimum RM10,000 berbanding RM9,000 yang diumumkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.

Apa yang lebih menggembirakan ialah segala syarat-syarat ketat pengeluaran Akaun 1 KWSP dimansuhkan dengan mengambil kira semua pencarum yang pendapatannya terjejas iaitu kira-kira 8 juta orang berbanding hanya 2 juta orang sebelum ini melalui program yang sama.


Berikut adalah petikan dari laman web rasmi KWSP


i-SINAR: TERBUKA KEPADA LEBIH RAMAI AHLI DENGAN PENGELUARAN MAKSIMUM ANTARA RM10,000 DAN RM60,000 DARIPADA AKAUN 1

Permohonan bermula pertengahan Disember 2020

 

KUALA LUMPUR, 26 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.


Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.


i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan Kerajaan lain dan juga inisiatif-inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik ini, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk

Jabatan Hal Ehwal Korporat

26 November 2020


Jika sebelum ini, berikut adalah pengiraan untuk kelayakan pengeluaran. Namun kini pengeluaran diluluskan sehingga RM10,000

Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah

Simpanan Akaun 1 lebih RM90,000

Maksimum sehingga RM9,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100)

10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM4,000

Pendahuluan bulan pertama maksimum hingga RM10,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM4,500

RM4,400

RM10,000

RM9,000

RM70,000

RM9,000

Contoh:

Baki Akaun 1:

Amaun pendahuluan dibenarkan:

RM100,000

RM10,000

RM500,000

RM50,000

RM800,000

RM60,000

 

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Post a Comment

0 Comments