Ada Iklan Tapi Tak Dapat Bayaran : Update Terma Terbaru YouTube Bakal Mengganggu YouTuber Pemula?

Sebagai seorang YouTuber, mendapat updates terbaru daripada pihak YouTube sedikit sebanyak mengganggu perasan. Ini kerana YouTube sudah mula mengubahsuai beberapa terma dan syarat terutama dibahagian monetization atau lebih dikenali sebagai bahagian menjana wang melalui YouTube.


Ubahsuai ini mungkin tidak akan menjejaskan YouTuber yang sudah mula menjana pendapatan melalui saluran mereka namun pada pendapat aku sendiri, updates terbaru dari YouTube yang berkuatkuasa November 2020 ini bakal mengganggu YouTuber pemula yang baru ingin berjinak dalam bidang ini. Apakah ubahsuai atau updates terbaru YouTube? Jom aku kongsikan.


Updates to YouTube’s Terms of Service (November ‘20)


Ini adalah yang terkandung di dalam update terma terbaru YouTube. Aku salinkan semula semua yang tertulis dan kemudian aku akan huraikan untuk anda lebih faham secara lebih detail.

-- Adding a new section to our Terms of Service: Right to Monetize --

 

New section:

Right to Monetize

You grant to YouTube the right to monetize your Content on the Service (and such monetization may include displaying ads on or within Content or charging users a fee for access). This Agreement does not entitle you to any payments. Starting November 18, 2020, any payments you may be entitled to receive from YouTube under any other agreement between you and YouTube (including for example payments ​under the YouTube Partner Program, Channel memberships or Super Chat) will be treated as royalties.  If required by law, Google will withhold taxes from such payments.

Hak untuk Menjana Wang

Anda memberikan hak kepada YouTube untuk mengewangkan Kandungan Anda di Perkhidmatan (dan pengewangan tersebut mungkin termasuk menampilkan iklan di atau di dalam Kandungan atau mengenakan biaya untuk pengguna). Perjanjian ini tidak memberi anda sebarang pembayaran. Mulai 18 November 2020, sebarang pembayaran yang mungkin berhak anda terima dari YouTube berdasarkan perjanjian lain antara anda dan YouTube (termasuk misalnya pembayaran di bawah Program Rakan YouTube, keahlian Saluran atau Super Chat) akan dianggap sebagai royalti. Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, Google akan menahan cukai dari pembayaran tersebut.

 

What changed: We’ve added a new section to our Terms of Service: “Right to Monetize” containing two updates.

 

Apa yang anda faham melalui terma di atas? Maksudnya begini..bagi mereka yang YouTube Channelnya belum memenuhi syarat untuk menjana wang / monetize, pihak YouTube kini akan meletakkan iklan di saluran YouTube anda namun anda tidak akan menerima sebarang pembayaran dari pihak YouTube.



Dalam maksud lain ialah YouTube akan menggunakan channel anda untuk mereka mendapatkan iklan yang mereka letakkan di video-video yang terdapat dalam saluran / channel YouTube anda atau dalam bahasa lebih mudah difahami..pihak YouTube akan menumpang meletakkan iklan di saluran YouTube mereka yang belum monetize dan hasil pendapatan melalui iklan tersebut tidak akan dibayar walau 1 sen kepada anda!


Buat pengetahuan untuk saluran / channel YouTube yang sudah layak menjana pendapatan / monetize, pihak YouTube akan membayar kesemua pendapatan melalui iklan yang ditayangkan di saluran YouTube mereka. Semakin banyak subscriber mereka dan semakin banyak view disetiap video mereka maka semakin tinggi pendapatan mereka. Baca tentang syarat untuk monetize di sini https://www.bebelancikmin.com/2020/07/monetize-dalam-masa-3-bulan-apa.html




Ini sangat berlainan dengan polisi terbaru YouTube dimana mereka yang belum monetize kini mula akan mempunyai iklan di saluran Youtube meraka namun mereka tidak akan mendapat bayaran melalui iklan-iklan tersebut dan bagi aku keadaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan mereka untuk terus berkembang. Kenapa? Kerana menurut pandangan peribadi aku sendiri, kebanyakan penonton akan terganggu dengan iklan dan seringkali penonton ini akan skip iklan-iklan yang keluar. Bagi mereka yang mempunyai niche tau content yang kuat (apatah lagi jika mempunyai pengikut tersendiri) keadaan ini mungkin tidak akan mengganggu kerana walau berapa banyak iklan yang keluar penonton tetap akan setia untuk melihat kesudahan content video mereka.


Namun keadaan akan sedikit berbeza untuk mereka yang mempunyai saluran yang pengikutnya baru ingin berkembang (kerana belum mempunyai pengikut tersendiri) kerana kemungkinan iklan-iklan yang keluar tersebut akan 'menganggu' penonton dan kemungkinan untuk mereka terus keluar dari video dan channel tersebut adalah tinggi. Maksud aku begini.. jika orang klik ke saluran YouTube yang mungkin contentnya tidak banyak dan subsribernya sedikit ditambah lagi dengan kandungan kurang menarik, apabila iklan keluar penonton akan secara automatik akan menghentikan tontonan mereka dan mula mencari video dan channel di saluran lain. 




Apa pun, doa dan harapan aku bagi semua YouTuber pemula agar jangan patah semangat dan gandakan usaha anda. Insyallah suatu hari nanti anda juga bakal menjana pendapatan melalui saluran YouTube anda.





Post a Comment

12 Comments

  1. Cabaran untuk youtuber pemula. Kekal positif dan jangan putus asa. Kalau content menarik akan ada yang tetap tengok :) InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. yg ada channel youtube kena paham la terma ni..semoga lps ni dpt menjana pendapatan yg lebih lagi. good luck utk smua youtuber

    ReplyDelete
  3. sebab makin ramai yang jadi youtuber sekarang ni. harap harapnya semua youtube tak patah semangat la

    ReplyDelete
  4. hari tu rajin juga buat video, tapi sekarang sudah timbul urat malasnya hahaha, harapnya dengan terms yang baru ni tak patahkan semangat sayalah hendaknya

    ReplyDelete
  5. Biasa lah semua orang akan ambil untung daripada orang lain macam youtube juga dan kerajaan Malaysia dah kenakan cukai pada penyiaran secara social media nikan itu lah tak apa lah untuk kebaikan semua Husnuzon jer waahhhhh

    ReplyDelete
  6. sedih jugak macam tu, takut baru nak start dah hilang audience sebab terma dan syarat youtube yang baru ni.

    ReplyDelete
  7. wah ada syarat-syarat baharu, lepas ni nak update kena follow yang ni, terima kasih saya dapat ilmu youtube disini

    ReplyDelete
  8. Nak kena faham dan belajar mengenai youtube ni.. walaupun acc Sis tu saje jee tu buat ada-ada, tapi kalau boleh mendatangkan money, apa salahnya kan kita cuba..

    ReplyDelete
  9. Aiya they always upgrade the terms and condition pulak. Till now I have not received any fees from my youtube haha

    ReplyDelete
  10. Hurmmm... Nak buat lagu mana? Finally kena jugak follow the rules. So yang mana berminat nak teruskan bidang YouTube kena laa tingkatkan lebih lebih lebih usaha.

    ReplyDelete
  11. Untuk mrk yg baru nak bermula mmg agak terkesan. Tapi once dah capai.. ok rasanya

    ReplyDelete
  12. sekarang youtuber baru dah tumbuh macam cendawan lepas ramai share 'gaji youtube' masing-masing sebab tu kot diorang buat policies baru macam ni

    ReplyDelete