Order Makanan Hanya Dengan myCITTA

by - Sunday, November 29, 2020

Citta Mall yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya memang agak terkenal dengan jolokan syurga makanan. Mana taknya..segala jenis makanan ada di sini. Aku sendiri jika berkelapangan memang suka cari makan di Citta Mall. Namun sejak Covid-19 melanda dunia, segala pergerakan seakan terhenti dan aktiviti jalan jalan cari makan di Citta Mall pun agak terhad.


Tapi baru-baru ini aku dikhabarkan yang Citta Mall mula melancarkan sebuah platform khas untuk mereka yang mengidam makanan yang terdapat di Citta Mall dimana mereka mula membuat penghantaran tempahan hingga ke depan pintu rumah anda. 




Platform yang dinamakan myCITTA ini boleh diakses melalui laman web www.citta.com.my . Lebih menarik lagi untuk 100 pelanggan yang pertama akan menerima RM5 off untuk setiap penghantaran yang dibuat melalui myCITTA dengan memasukkan kod CITTA2U.


Makanan Yang Boleh di Order dari myCITTA

Macam yang aku ceritakan dari awal tadi sinonim dengan jolokan syurga makanan, terdapat pelbagai jenis makanan dari pelbagai restoran yang terdapat di Citta Mall. Berikut adalah antara restoran yang mengambil bahagian ;


1. Deli Wau

Deli Wau adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan asli Malaysia. Antara yang menjadi pilihan dan kegemaran aku ialah Nasi Che Siti, Mee Goreng Mamak dan Nasi Kerabu.


Nasi Che Siti - dihidangkan bersama ayam goreng, kuah kari dan sambal belacan

Mee Goreng Mamak antara makanan pilihan aku..memang sedap sangat!

Nasi Kerabu


Lokasi : G-47 & G-A47 (Ground Floor)

No. Telefon : 012-2850013

Homepage : https://www.facebook.com/deliwaucittamall

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


2. Waroeng Penyet

Dibangunkan sejak Januari 2007, Waroeng Penyet adalah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Indonesia seperti Ayam Penyet, Lele Penyet, Cah Kankong , empal Penyet dan banyak lagi. Tapi aku paling suka makan nasi Ayam Bakar jika ke Waroeng Penyet ni dan yang paling aku suka ialah sambal dia yang pedas menyengat tu..memang sedap!


Ayam Bakar Paha (RM12.90)

Ayam Geprek Hijau (RM9.50)

Ayam Penyet Paha (RM12.50)

Lokasi : F-10 (First Floor)

No. Telefon : 019-8818763

Homepage : http://waroengpenyet.com/index.php/about/my

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


3. Iyakimono

Kalau anda peminat makanan Jepun dan teppanyaki, aku syorkan anda untuk makan di Iyakimono. Makanan di sini boleh dikatakan sedap belaka.




Lokasi : G-K06 (Ground Floor)

No. Telefon : 017-3673310

Homepage : https://www.facebook.com/I-Yakimono-Citta-Mall-116114956441408

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)


Itu adalah antara restoran dan makanan kegemaran aku yang aku syorkan jika anda ingin membuat tempahan secara online di platform myCITTA namun terdapat banyak lagi restoran dan makanan yang boleh ditempah secara online antaranya ialah Jom Laksa, Onde-Onde, Mikey's New York Pizza, Para Thai, Wrappe, Union Roastery, The Barn, A&W, Gajah Mada, Marrybrown, Universal Noodle, Ying Ker Lou dan Beans N Beans.





Bagaimana Cara Membuat Tempahan Melalui myCITTA

Berikut adalah langkah untuk membuat tempahan secara online di myCITTA ;


  1. Pergi ke laman web www.citta.com.my
  2. Tekan butang Order Now di bahagian Best Seller atau klik pada logo kedai yang mengambil bahagian.
  3. Pilih item dan kuantiti kemudian klik Add to Order
  4. Lihat butiran tempahan anda di shopping cart. Pilih masa dan tarikh penghantaran dan isikan detail yang diperlukan
  5.  Tandakan di kotak  'I understand and I'm ready to submit my order' dan klik Submit Order
  6. lengkapkan bayaran dan anda bakal menerima pengesahan tempahan anda melalui WhatsApp dan tunggu tempahan anda sampai ke tangan anda
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari myCITTA di www.citta.com.my


Artikel berkaitan

14 comments

  1. Wow........good thing Citta Mall is doing. I wonder, do they deliver food to Putrajaya and Bangi area? I ada plan nak send food for my bff on her birthday Dec nie. huhuhu..........

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi citta mall sebab pandemic ni. Tapi saya suka makanan di sana. Lepas ni boleh la order untuk delivery.

    ReplyDelete
  3. Wah, makin banyak option untuk order makanan sepanjang PKPB ni. Thanks for sharing this kak!

    ReplyDelete
  4. Yet another food delivery option to give us the customers more choices. Such competition will be good for us the consumers.

    ReplyDelete
  5. Elok juga Citta Mall buat app makanan macam ni ... so tak perlu lagi pergi jauh2 order je kan ... senang.

    ReplyDelete
  6. ha.. senang dah !! semua hujung jari je.. hee~ terliur tengok ayam geprek hijau dia.. aduh !! TER -- install jugak apps ni kang..

    ReplyDelete
  7. Fuiyoo, sedapnya nampak nasi kerabu tu! Tak byk tempat ada jual nasi kerabu yg sedap dan complete. Mesti cuba ni

    ReplyDelete
  8. Perghh dia cover satu mall ek.. bagus betul.. so boleh pilih pilihan menu dengan banyak sekali, tak payah bebanyak apps, cukup satu je mycitta ni..

    ReplyDelete
  9. Senang je dah sekarang kan bila ada apps.. Duk umah je. Klik saja nak beli apa.. Smua ada .. Seronok lah.. Kita suka macam ni. Sebab malas nak mencari parking bagai kalau kat mall..

    ReplyDelete
  10. Senangkan nak makan-makan kat citta mall boleh order secara online. Mmg sangat praktikal

    ReplyDelete
  11. Ala sedapnya ayam penyet tu. Bestnye dah boleh order through apps. Boleh delivery je

    ReplyDelete
  12. this is such a cool idea, helping their vendors during hard times. that ayam penyet dish looks super delicious!

    ReplyDelete
  13. dengann situasi sekarang ni lebih baik kita guna food delivery kan? lebih selamat and boleh bantu rider jugak.

    ReplyDelete
  14. uish dekat sangat dengan rumah ni bbila boleh terjah citta mall thanks for sharing :)

    ReplyDelete