Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Merancang perkahwinan dalam masa terdekat? Aku cadangkan untuk korang adakan majlis korang di Royale Palace Skyview, Cyberjaya. 


Semalam aku berkesempatan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat Royale Palace Skyview. Ternyata sangat berbaloi untuk adakan majlis di sini. Tempatnya selain luas, dekorasinya sangat cantik dan nampak mewah. Aku pasti kalau korang adakan majlis perkahwinan di sini, mesti majlis korang akan diingati dan dikagumi.




Terletak di aras 10, Skytech Tower 2, pemandangan di sini pastinya indah dan sebab itulah digelarkan 'skyview'. 


Pakej Yang Disediakan Royale Palace Skyview

Terdapat beberapa pakej yang disediakan di sini. Jom aku tunjukkan korang 'Basic Pakage' dahulu sebelum aku pergi lebih lanjut.

BASIC PACKAGE

Catering
·         Nasi Hujan Panas/Nasi Minyak
·         Nasi Putih
·         Ayam Goreng Rempah/Ayam Berlada
·         Daging Kurma/Rendang
·         Dalca Sayur/Jelatah
·         Acar Buah & Papadom
·         Fruits
·         Cordial Water & Plain Water
Coffee Corner (300 pax)
·         2 Type of Kuih
·         Teh O
Decoration
·         Pelamin by RP Team
·         Walkway Decoration
·         High Table Decoration
·         Arch Decoration
Wedding Bridal Attire
·         Busana B&G by Altelia Amani
·         Basic accessories & shoes
·         One Make up Session
Hall Equipment
·         30 Table & 300 Victorian Ghost Chair
·         2 Unit Buffet Line
·         1 High Table Set
·         1 Unit of Cake Table
·         1 Unit of Doorgift Table
·         1 Unit of Gift Table
·         Main Stage 28 feet x 12 feet
·         Stage Meja Adab 28 feet x 8 feet
·         2 Set of VVIP table
·         Uniform Waiter
Package Inclusive
·         Garden area
·         Sound System
·         Wedding Cake
·         Parking Space
·         Lobby Area
·         Holding Room
·         Surau (Level 1)
·         Grand Photowall by RSVP
FOC
·         Fresh Hand Bouquet

Selain Pakej Asas (Basic Package), terdapat beberapa lagi pakej mengikut bajet korang. Antaranya :


  • Full Package
  • Dome Package
  • Corporate Package
  • Grand Hall Nikah Package
  • Rental Hall (for Nikah only)
  • Full Nikah Package
Oh ye! Selain untuk adakan majlis perkahwinan, di sini turut menerima tempahan untuk majlis makan malam, majlis pelancaran produk dan pelbagai majlis. Pendek kata, bukan hanya majlis perkahwinan yang sesuai diadakan di sini.



Pakej Buffet Yang Menarik Dan Enak

Aku dah cuba merasai makanan yang disediakan dalam pakej buffet dan aku pasti rasanya sangat tidak mengecewakan. Paling aku suka semalam ialah acar buah dan daging masak hitam! Perghhh..seriously sangat sedap ye. Dah la dagingnya sangat lembut. 




Antara makanan lain yang aku cuba semalam ialah ayam masak merah, dalca, kuih muih dan banyak lagi la.





Sedikit Tentang Royale Palace Skyview

Sebenarnya Royale Palace telah diasaskan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ Venture Sdn.Bhd. Mereka bermula di Seksyen U6 Shah Alam. Setelah 4 tahun beroperasi, kini Royal Palace mengembangkan sayap mereka dengan membuka Royale Palace Skyview yang terletak di Cyberjaya pula.

Menurut Zaileen Yusnita iaitu Board of Royale Palace Directors
"Lokasi kami yang tiada tandingan di tengah-tengah Cyberjaya. Sama ada majlis perkahwinan, makan malam atau pelancaran produk, kami dilengkapi dengan kemahiran dan komited untuk memastikan pelanggan kami menikmati acara yang perlu diingati. Kami amat berbangga dengan semua kerja yang telah dilakukan dan ia jauh lebih daripada sekadar rupa baru. Tempat ini sesuai untuk perkahwinan dan acara yang besar."

Royale Palace Skyview kini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, 5 hari seminggu iaitu Selasa hingga Ahad. Apa yang menarik lagi, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti :

  • Wheelchair accessibility
  • 10 tier parking space
  • Changing room and Holding room
  • Rooftop and garden area
  • Surau (Level 1)
  • Basic decoration and sound system included
  • Ballroom with air conditioned
  • Open air with designated smoking area.


Untuk maklumat lanjut mengenai Royale Palace Skyview ni, korang boleh rujuk di bawah :


Alamat : Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone, 
Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Contact No. : 019-3316728 (Rashman), 016-4450538 (Pogy)

Waze : Skytech Tower 2

Instagram : Royale Palace Cyberjaya
Facebook : Royale Palace Cyberjaya
Website : www.royale-palace.com
Share
Tweet
Pin
14 comments
Singapore merupakan sebuah negara yang berada bersebelahan sahaja dengan negara kita. Populasi penduduknya tidak lah seramai Malaysia, tetapi mereka juga mempunyai pelbagai destinasi-destinasi pelancongan yang seringkali menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan juga dari luar negara. Even dari Malaysia pun, ramai je yang datang melancong ke Singapore. Bagi yang menetap di Johor Bahru, korang boleh je berjalan ke Singapore dengan balik hari sahaja.


So dalam tahun lepas, masa aku dapat bonus, aku dah berazam untuk buat me time then aku survey tiket flight kat Traveloka. Survey punya survey, dapat la aku book Singapore Airlines flights sebagai pengangkutan aku untuk ke Singapore. Sebab nya aku pun jenis yang sangat malas nak berasak-asak tunggu lama kat imigresen. Dengan jem nya lagi. So option aku adalah mengikut pengangkutan udara. So kalau korang nak try cari tiket murah even nak berjalan dalam Malaysia je ke, korang boleh try cari kat Traveloka. Kot la dapat book flights from Kuala Lumpur to Penang yang promo punya kan. Pekena nasi kandar hujung minggu. Adui. Sedapnyaa.
Orait So bila dah beli tiket flight ke Singapore, bercuti la aku di Singapore selama 3H2M. Masa kat Singapore, banyak jugak la tempat-tempat yang aku dah pergi. Dari tempat-tempat bersejarah, taman-taman bunga, taman binatang dan macam-macam lagi la. Contohnya Botanical garden, Jurong Bird Park, Gardens The Bay, Baba House dan banyak lagi. 

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah mengenai Universal Studio Singapore yang terletaknya di Sentosa Island. Bagi aku, Universal Studio ni menarik dan lagi menarik kalau korang datang ramai-ramai. Dalam group atau dengan family. Bak kata omputih. The more the merrier. Gitu. Jadi apa yang kita tunggu lagi, jom kita mulakan.



Entrance ticket, macam biasa la. Aku beli online dah siap-siap. Aku guna Traveloka Apps. So murah sikit daripada korang walk-in beli kat kaunter. Kat bawah aku senaraikan harga ikut umur ye kawan-kawan
Dewasa (13 -59 tahun) – RM 229.55
Kanak – kanak (4 – 12 tahun) – RM 167.26
Warga Emas (60 – 99 tahun) – RM 128.16

So, apa benda je yang korang boleh buat kat Universal Studio Singapore ni? Apa benda yang buatkan dia mahal sangat? Haa. Kat bawah ni aku senaraikan things to do dekat Universal Studio Singapore. Let’s check it out.
Adventure Ride
Zon yang aku panggil adventure ride ni actually tak la adventure sangat pun. Tapi boleh tahan lasak jugak la sebab ada ride yang korang akan basah sesikit, berdebar-debar. Kat dalam Universal Studio ni boleh tahan banyak jugak ride yang korang boleh naik. Siap ikut tema lagi. Bawak budak-budak confirm melompat kegirangan dorang tu. So aku senaraikan mana yang aku sempat naik.


Revenge of The Mummy – Untuk ride ni korang boleh bayangkan tak set up penggambaran dalam cerita The mummy? Haa. Dia punya konsep guna sebijik macam tu. Macam kat Egypt. Yang ni high speed roller coaster, at the some point dia akan laju and slow. Agak berdebar jugak la naik benda ni. Untuk naik ride ni dia memerlukan certain ketiggian untuk lepas tapi aku tak sure berapa. 


Canopy Flyer – Yang ni pulak ride dia macam cable car. Korang akan di bawak jalan-jalan menggunakan cable car dan sepanjang perjalanan tu korang akan nampak la pemandangan dari atas beberapa taman tema yang ada kat bawah tu. Paling obvious Jurassic Park. Tapi percaya la, once korang naik, korang takkan perasan dah apa yang ada kat bawah. Boleh tahan laju oi. Kecuali korang jenis tak takut ketinggian, then should be okay untuk enjoy view.


Jurassic Park Rapid Adventure – Dalam banyak-banyak ride, yang ini paling aku suka. Once korang masuk je taman teme Jurassic Park ni, korang akan disajikan dengan lagu background Jurassic Park dan beberapa replika dinasour. Sepanjang ride ni, korang akan dibawa menyusuri sungai dan jumpa dengan macam-macam dinasour and beware untuk basah. Dia ada sediakan baju hujan but terpulang kat korang nak pakai atau tak. Aku suggest korang wajib naik yang ni.


Enchanted Airways – Untuk ride yang ni konsep dia tak lari macam roller coaster yang lain. Laju dan aku yakin adrenalin korang bakal memuncak. Memerlukan certain of height untuk dibenarkan naik. Tapi untuk kanak-kanak yang lepas had ketinggian tu, perlu diawasi oleh orang dewasa. Yang ni boleh dikatakan family ride la jugak.


Okay gais. Haa. Itu lah dia beberapa adventure ride yang aku dapat sharekan dengan korang. Ada lagi yang lain, tapi tu aku tak masuk sangat sebab lagi seronok kalau bawak anak-anak. Serius aku cakap, korang bawak anak-anak masuk sini, bersinar-sinar mata dorang. Selain adventure ride ni ada je aktiviti lain, korang boleh tengok show dari cartoon animasi macam Shrek, puss in boots, korang boleh bergambar dengan mascot minion, Transformer dan banyak lagi. So make sure kumpul duit dan bercuti ke sini. Sebelah negara je gais. Semoga kita berjumpa lagi. bye




Share
Tweet
Pin
16 comments
Kebelakangan ini kita sering dikhabarkan dengan kematian mengejut. Bayangkan jika yang meninggal itu adalah pasangan kita, pasti dunia ini terasa gelap seketika. Aku juga tak mampu nak bayangkan jika suami pergi meninggalkan aku saat aku belum bersedia.


Tapi sebagai seorang isteri, ambil tahu tentang hak-hak kita terhadap harta suami. Hari ini ku nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang hak-hak seorang balu keatas harta peninggal sang suami. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Apa Hak Isteri keatas Harta Peninggalan Suami?

Perlu diingatkan, jika berlaku kematian semua harta yang ditinggalkan si mati adalah harta pusaka. Ia wajib diselesaikan mengikut hukum faraid setelah diselesaikan kewajipan seperti perbelanjaan pengurusan jenazah, hutang-piutang, wasiat, hibah dan harta sepencarian.


Waris terdekat lazimnya mengambil tugas menguruskan pusaka si mati dengan ditunaikan segala kewajipan yang dinyatakan di atas. Sesiapa yang menguruskan harta pusaka si mati tidak bermakna dia boleh melakukan apa yang dikehendakinya.

Begitu juga waris si mati, mereka juga tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati sehingga mengetepikan hak waris yang lain. Pengurusan harta pusaka si mati perlu disegerakan. Tujuannya bagi mengelak terjadinya pertikaian dan perbalahan antara ahli waris, perbuatan tidak amanah dan perkara yang boleh menyebabkan harta yang ditinggalkan menjadi sia-sia kerana gagal dibahagikan kerana waris berlapis selepas kematiannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).” (Surah an-Nisa’, ayat 29)
Berdasarkan ayat itu, Allah SWT memberi peringatan kepada manusia iaitu mengambil dan menggunakan harta pusaka tanpa hak adalah perbuatan yang tidak dibenarkan syarak. Apa saja tindakan untuk menggunakan harta pusaka tanpa hak perlu mendapat persetujuan semua waris kerana mereka juga ada hak ke atas harta pusaka berkenaan.

Harta Sepencarian

Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai sebarang harta alih atau tidak alih yang diperoleh pasangan suami isteri secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh sesuatu perkahwinan yang sah.
Dalil Syara' mengenai harta sepencarian ini boleh dirujuk pada Surah An-Nisa' ayat 32 yang berbunyi

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
 


Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Seksyen 2 (1) mentafsirkan bahawa: Harta sepencarian ertinya harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Berdasarkan Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, dinyatakan berkenaan kuasa mahkamah yang boleh memerintahkan pembahagian harta sepencarian dilakukan.
Dapat disimpulkan, harta sepencarian adalah harta yang terhasil sama ada dengan usaha bersama antara suami isteri atau salah satu pihak.
Di bawah Seksyen 122 itu, isteri yang tidak bekerja atau bersama-sama membantu suami memperoleh sesuatu harta dalam perkahwinan boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan bahagiannya. Penamaan sesuatu harta bukan bermaksud milik mutlak si penama kerana ada sumbangan pihak lain ke atas harta itu juga.
Dalam Seksyen 122 juga memperuntukkan:
l Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
l Dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh Subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:
a. Takat sumbangan yang dibuat pihak yang tidak memperoleh aset itu kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.
b. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah. Walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima kadar yang lebih besar.
Dalam menentukan kadar dalam harta sepencarian, faktor utama yang menjadi pertimbangan mahkamah adalah sumbangan pihak terhadap perkahwinan dan harta berkenaan.
Justeru, sebagai isteri yang tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, dia masih mempunyai hak untuk mendapatkan bahagian mereka dalam harta sepencarian.
Namun, tiada peruntukan khusus tuntutan harta sepencarian selepas kematian dan tidak termaktub secara jelas dalam mana-mana Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
Sebaliknya, ia terkandung dalam Amalan Arahan No 5 Tahun 2003 JKSM yang menyatakan, masa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat ketika tuntutan perceraian, selepas perceraian atau selepas kematian.
Adalah dicadangkan, jika mahu menuntut bahagian dalam harta sepencarian, ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dibuat.
Selepas mahkamah memerintahkan harta itu adalah harta sepencarian atau tidak dan kadar bahagian yang diperoleh isteri, baki daripada harta sepencarian akan dibahagikan secara faraid dan isteri tetap mempunyai bahagian dalam pembahagian secara hukum faraid (Rujukan dari Peguam Syarie)

Bagaimana Pula Pembahagian Terhadap Anak-Anak?


Sebenarnya segala keterangan tentang faraid dan pembahagian harta boleh dirujuk di dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Nisa banyak diterangkan tentang pembahagian harta. Surah An-Nisa' ayat 11 Allah telah berfirman :


يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Wallahua'lam..Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Moga pengakhiran kita semua baik, begitu juga tentang pengurusan harta selepas kematian.

 


Share
Tweet
Pin
19 comments

Siapa je yang tak pernah dengar tentang novel Ranjau Sepanjang Jalan tulisan Sasterwan Negara Dato’ Shahnon Ahmad. Jujur, aku sendiri membesar dengan karya-karya beliau. Novel ini mengisahkan kegigihan dan sikap pesimis pesawah terhadap kegiatan pertanian . 



Novel garapan Dato’ Shahnon Ahmad ini ditulis ketika Negara kita Malaysia sedang mengalami keadaan ekonomi yang sedang mula membangun pada tahun 1966 iaitu dalam Rancangan Malaysia Pertama selepas Rancangan Malaya Kedua. Semua petani dan penduduk di luar bandar telah digalakkan untuk meningkatkan sektor pertanian melalui kaedah moden. Namun, terdapat segelintir dari mereka yang tetap mempertahankan kaedah lama sebagaimana yang diperlihatkan oleh Dato’ Shahnon Ahmad dalam novel ini.

Novel ini mendapat sambutan hangat hingga difilemkan dengan tajuk yang sama oleh pengarah filem Ahmad Mahmud. Pengarah daripada Kemboja juga telah mengadaptasikan novel ini kepada filem yang bertajuk "Rice People" dan telah mendapat beberapa pencalonan anugerah pada tahun 1996.




Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) Pertaruhkan Teater Ranjau Sepanjang Jalan

Mengambil kira betapa popularnya novel Ranjau Sepanjang Jalan suatu ketika dulu, Joe K.A.S selaku pengarah pementasan teater telah menaikkan semula novel Ranjau Sepanjang Jalan ini dan kali ini mengangkat novel ini ke pentas teater. 

Ternyata usaha Joe K.A.S tidak sia-sia kerana teater Ranjau Sepanjang Jalan telah menjuarai Festival Teater Kedah 2019. Teater yang mengangkat nilai sastera ini mendapat komitmen penuh dari pelakon-pelakon pentas yang melibatkan pelakon kanak-kanak, remaja dan dewasa.






Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

Kisah ini mengisahkan mengenai keperitan petani kecil yang menjadi mangsa kepada penguasa seperti ketua kampung yang bersikap pentingkan diri terlalu berkira-kira dengan anak-anak buah seperti keluarga Lahuma dan Jeha.


keluarga Lahuma dan Jeha mempunyai tujuh orang anak iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Kehidupan keluarga ini amatlah menderita. Namun, Lahuma begitu komited terhadap pekerjaannya mengusahakan sawah padi seluas empat belas relung. Tetapi Lahuma terlalu memegang pada adat dan menolak kaedah pertanian moden. Ketika membajak, Lahuma terpijak duri nibung yang menambah pada keperitan keluarga yang besar ini apabila ia melarat kesakitan itu ke seluruh tubuhnya lalu dia meninggal dunia. Tinggallah Jeha sebagai ibu tunggal menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka di samping mengusahakan sawah padi demi mencari sesuap nasi setiap hari.

Akibat penderitaan yang melampau itu, Jeha telah dilanda kurang siuman dek terlalu tertekan dan mula merayau-rayau keliling kampung sehinggalah pada suatu hari dia ke rumah Tok Penghulu dengan berkelakuan tidak sopan, yang menyebabkan dia dikurung di rumahnya di dalam sebuah kurungan sebelum dihantar ke rumah sakit jiwa di Tanjung Rambutan oleh Tok Penghulu agar dia kembali sembuh.

Tinggallah Sanah yang berusia 16 tahun menggalas tanggungjawab baharu membesarkan adik-adiknya sambil mengusahakan sawah padi mereka. Bermacam-macam ujian juga dihadapi oleh Sanah dan adik-adik tetapi dia berjaya mengatasinya. Sebagai contoh, seperti burung Tiak yang menyerang sawah mereka pada waktu malam dan Sanah berjaya menyelamatkan padinya dengan memasukkan ke dalam kurungan Jeha. Akhirnya Jeha pulang ke rumah. Sanah mengharapkan kepulangan ibunya aitu dalam keadaan sihat sepenuhnya tetapi amat malang sekali. Jeha masih belum lagi sembuh

Pementasan Teater Ranjau Sepanjang Jalan Seterusnya

Berikutan mendapat sambutan yang hangat, teater Ranjau Sepanjang Jalan ini akan dipentaskan lagi di panggung teater pada 14 Mac 2020 bertempat di Auditorium JKKN Kedah sempena Manifestasi Teater Kebangsaan 2020.

Teater hebat ini bakal dipentaskan oleh barisan pelakon yang sangat berwibawa. Korang boleh rujuk maklumat di bawah :

Tajuk Teater
Ranjau Sepanjang Jalan

Arahan
Joe K.A.S

Karya
Adaptasi  Novel Sasterawan Negara Professor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad (Kisah benar dari Kg. Banggol Derdap, Sik, Kedah)

Tarikh
14 Mac 2020

Tempat
Auditorium JKKN Kedah

Masa
8.45 Malam

Harga Tiket
RM10

Barisan Pelakon
Leen Muix(Jeha), Muix METALASIA (Lahuma), Natasha (Sanah), Shaiful Amir (Tok Penghulu), Ayie Haryatie (Isteri Penghulu), Azumi Shazani (budak kampung), Muhammad Mifdhal (orang kampung), Fatin Nisda (Milah), Adam Irfan (budak kampung), Putri Anis (Jenab),  Azrul Izham (Long Kadim),  Aswad (budak kampung), Qistina Falisya (Liah), Qistina Dayana (Semek), Nur Natalia (korus), Emisya Alis Putri (korus), Airill (budak,kampung), Hanees Sofeah (Kiah)





Untuk tempahan tiket korang boleh klik link di bawah :

www.wasap.my/60125159076
www.wasap.my/601126497498
www.wasap.my/60175697045

Jangan lupa untuk sertakan nama, nombor telefon dan bilangan tempahan korang pada link di atas ye.
Share
Tweet
Pin
18 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates