Suami Meninggal Secara Tiba-Tiba...Apa Hak Isteri keatas Harta Peninggalan Suami?

by - Wednesday, February 19, 2020

Kebelakangan ini kita sering dikhabarkan dengan kematian mengejut. Bayangkan jika yang meninggal itu adalah pasangan kita, pasti dunia ini terasa gelap seketika. Aku juga tak mampu nak bayangkan jika suami pergi meninggalkan aku saat aku belum bersedia.


Tapi sebagai seorang isteri, ambil tahu tentang hak-hak kita terhadap harta suami. Hari ini ku nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang hak-hak seorang balu keatas harta peninggal sang suami. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Apa Hak Isteri keatas Harta Peninggalan Suami?

Perlu diingatkan, jika berlaku kematian semua harta yang ditinggalkan si mati adalah harta pusaka. Ia wajib diselesaikan mengikut hukum faraid setelah diselesaikan kewajipan seperti perbelanjaan pengurusan jenazah, hutang-piutang, wasiat, hibah dan harta sepencarian.


Waris terdekat lazimnya mengambil tugas menguruskan pusaka si mati dengan ditunaikan segala kewajipan yang dinyatakan di atas. Sesiapa yang menguruskan harta pusaka si mati tidak bermakna dia boleh melakukan apa yang dikehendakinya.

Begitu juga waris si mati, mereka juga tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati sehingga mengetepikan hak waris yang lain. Pengurusan harta pusaka si mati perlu disegerakan. Tujuannya bagi mengelak terjadinya pertikaian dan perbalahan antara ahli waris, perbuatan tidak amanah dan perkara yang boleh menyebabkan harta yang ditinggalkan menjadi sia-sia kerana gagal dibahagikan kerana waris berlapis selepas kematiannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).” (Surah an-Nisa’, ayat 29)
Berdasarkan ayat itu, Allah SWT memberi peringatan kepada manusia iaitu mengambil dan menggunakan harta pusaka tanpa hak adalah perbuatan yang tidak dibenarkan syarak. Apa saja tindakan untuk menggunakan harta pusaka tanpa hak perlu mendapat persetujuan semua waris kerana mereka juga ada hak ke atas harta pusaka berkenaan.

Harta Sepencarian

Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai sebarang harta alih atau tidak alih yang diperoleh pasangan suami isteri secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh sesuatu perkahwinan yang sah.
Dalil Syara' mengenai harta sepencarian ini boleh dirujuk pada Surah An-Nisa' ayat 32 yang berbunyi

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
 


Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Seksyen 2 (1) mentafsirkan bahawa: Harta sepencarian ertinya harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Berdasarkan Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, dinyatakan berkenaan kuasa mahkamah yang boleh memerintahkan pembahagian harta sepencarian dilakukan.
Dapat disimpulkan, harta sepencarian adalah harta yang terhasil sama ada dengan usaha bersama antara suami isteri atau salah satu pihak.
Di bawah Seksyen 122 itu, isteri yang tidak bekerja atau bersama-sama membantu suami memperoleh sesuatu harta dalam perkahwinan boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan bahagiannya. Penamaan sesuatu harta bukan bermaksud milik mutlak si penama kerana ada sumbangan pihak lain ke atas harta itu juga.
Dalam Seksyen 122 juga memperuntukkan:
l Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
l Dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh Subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:
a. Takat sumbangan yang dibuat pihak yang tidak memperoleh aset itu kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.
b. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah. Walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima kadar yang lebih besar.
Dalam menentukan kadar dalam harta sepencarian, faktor utama yang menjadi pertimbangan mahkamah adalah sumbangan pihak terhadap perkahwinan dan harta berkenaan.
Justeru, sebagai isteri yang tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, dia masih mempunyai hak untuk mendapatkan bahagian mereka dalam harta sepencarian.
Namun, tiada peruntukan khusus tuntutan harta sepencarian selepas kematian dan tidak termaktub secara jelas dalam mana-mana Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
Sebaliknya, ia terkandung dalam Amalan Arahan No 5 Tahun 2003 JKSM yang menyatakan, masa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat ketika tuntutan perceraian, selepas perceraian atau selepas kematian.
Adalah dicadangkan, jika mahu menuntut bahagian dalam harta sepencarian, ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dibuat.
Selepas mahkamah memerintahkan harta itu adalah harta sepencarian atau tidak dan kadar bahagian yang diperoleh isteri, baki daripada harta sepencarian akan dibahagikan secara faraid dan isteri tetap mempunyai bahagian dalam pembahagian secara hukum faraid (Rujukan dari Peguam Syarie)

Bagaimana Pula Pembahagian Terhadap Anak-Anak?


Sebenarnya segala keterangan tentang faraid dan pembahagian harta boleh dirujuk di dalam Al-Quran. Dalam Surah An-Nisa banyak diterangkan tentang pembahagian harta. Surah An-Nisa' ayat 11 Allah telah berfirman :


يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Wallahua'lam..Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Moga pengakhiran kita semua baik, begitu juga tentang pengurusan harta selepas kematian.

 


Artikel berkaitan

19 comments

  1. Sis dalam keluarga dah ada pengalaman bab ni, adik Sis suaminya meninggal dunia tahun lepas. Adik tak bekerja dan memang Suami seorang yang cari duit.
    Bila dah kematian Suami, memang kami semua blur. So kita pergi kepada pihak yang lebih arif..
    Alhamdulilah nasib adik terbela, semuanya berpihak pada adik..dan waris sebelah lelaki pun, bahagian mereka di beri kepada adik..adik Sis anak 5 orang,s emua sekolah lagi..

    So kepada waris, janganlah kata nak urus semua tapi bila tiba masa nampak duit jadi gelap mata..bab ni semua orang boleh jadi gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis..apa2 rujuk pada yang pakar! Saya Alhamdulillah, lepas kematian kedua ibu bapa, kami adik beradik walau ramai sikit tak bergaduh. Harta arwah kami sepakat bahagi sama rata

      Delete
  2. Perkara kebajikan sebegini perlu dipandang dengan teliti agar kebajikan semua yang terlibat terbela dan tidak dizalimi. Penting merujuk kepada yang pakar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Rujuk pada yg arif so boleh settle hal ni

      Delete
  3. Pentingkan amik tahu hal sebegini terutama wanita yg ramai anak dan x bekerja

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak min untuk artikel yang bermanfaat ni. Saya sendiri pun perlu banyak membaca dan mencari tahu topik2 macam ni sebab banyak lagi yang tak faham.

    ReplyDelete
  5. Hurm baca post ni rasa nak nangis pun ada.. thanks sis share benda ni.. atleast kita tahu hak kita dan kita boleh pertahankan hak kita nnt bila suami tiada. Cukup la tgk kes trending terkini pasal perebutan harta.. sedih lah bila adik beradik arwah tak laksanakan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. Artikel ni sangat bermanfaat pada semua. Tapi memang betul bila time duit ramai yang gelap mata. Dan semua mengaku berhak.Kesian yang dah meninggal. Terseksa sbb yg hidup dok berebut harta.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this. It's good for every wives to know about it. To get prepared on what to do if the beloved ones suddenly not there anymore

    ReplyDelete
  8. Allahu. sangat bermanfaat. kalau dulu, para isteri mungkin tak amek kisah. tapi sekarang kena ambil tahu. kena rujuk pada yg pakar

    ReplyDelete
  9. Satu perkongsian yg bagus dan harus dibsca dan dihadam oleh kaum wanita khususnya yg bergelar isteri.

    ReplyDelete
  10. Betul tu sebab duit memang boleh gelap mata. Bagus perkongsian Kak Min tentang isu-isu semasa yang tgh hangat kan. Bagi Bell ikutlah saluran yang betul kan dan rujuk pada yang lebih arif mengikut kaedah pembahagian yg sah disisi Islam.

    ReplyDelete
  11. zul baru juga baca kisah-kisah harta anak yatim diambil darah daging sendiri. ramai yang kurang tahu pasal pembahagian harta dan hak terhadap harta ni sampai sanggup berbuat perkara mencuri harta

    ReplyDelete
  12. pengalaman saya lihat kes adik beradik abah (selepas kematian nenda) cukup menginsafkan saya. Harta pemberian orang pun masih nak rebut, itulah kuasa harta sebenarnya. Mudah-mudahan saya dan adik beradik tidak begitu. Aamiin

    ReplyDelete
  13. Bagus artikel ni. Ramai yg masih tak tahu dan ada yg tahu tapi buat2 tak tahu. Kdg2 rasa sedih tengok hal2 berebut harta ni..sdgkan dah termaktub undang2 ttg hal ini. Seeloknya diselesaikan cara baik dikalangan ahli keluarga..jgn ada org luar masuk campur pun..

    ReplyDelete
  14. artikel sangat bermanfaat. semoga ia menjadi rujukan dan panduan kepada mereka yang memerlukan. Dan didoakan suami kak min di panjangkan umur , inshaAllah...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas artikel yg bermanfaat.. smoga menjadi rujukan yg bermakna kpd kita semua.. Benda2 mcm nie lah kdg org lain andang remeh, bila dah jadi apa2 baru kelam kabut.. So, setiap kita wajib ambil tahu bab2 mcm nie..

    ReplyDelete
  16. Btw sy dah follow blog ini ^^
    Happy blogwalking..

    ReplyDelete