Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) Juara Dalam Pertaruhkan Teater Ranjau Sepanjang Jalan


Siapa je yang tak pernah dengar tentang novel Ranjau Sepanjang Jalan tulisan Sasterwan Negara Dato’ Shahnon Ahmad. Jujur, aku sendiri membesar dengan karya-karya beliau. Novel ini mengisahkan kegigihan dan sikap pesimis pesawah terhadap kegiatan pertanian . 



Novel garapan Dato’ Shahnon Ahmad ini ditulis ketika Negara kita Malaysia sedang mengalami keadaan ekonomi yang sedang mula membangun pada tahun 1966 iaitu dalam Rancangan Malaysia Pertama selepas Rancangan Malaya Kedua. Semua petani dan penduduk di luar bandar telah digalakkan untuk meningkatkan sektor pertanian melalui kaedah moden. Namun, terdapat segelintir dari mereka yang tetap mempertahankan kaedah lama sebagaimana yang diperlihatkan oleh Dato’ Shahnon Ahmad dalam novel ini.

Novel ini mendapat sambutan hangat hingga difilemkan dengan tajuk yang sama oleh pengarah filem Ahmad Mahmud. Pengarah daripada Kemboja juga telah mengadaptasikan novel ini kepada filem yang bertajuk "Rice People" dan telah mendapat beberapa pencalonan anugerah pada tahun 1996.




Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) Pertaruhkan Teater Ranjau Sepanjang Jalan

Mengambil kira betapa popularnya novel Ranjau Sepanjang Jalan suatu ketika dulu, Joe K.A.S selaku pengarah pementasan teater telah menaikkan semula novel Ranjau Sepanjang Jalan ini dan kali ini mengangkat novel ini ke pentas teater. 

Ternyata usaha Joe K.A.S tidak sia-sia kerana teater Ranjau Sepanjang Jalan telah menjuarai Festival Teater Kedah 2019. Teater yang mengangkat nilai sastera ini mendapat komitmen penuh dari pelakon-pelakon pentas yang melibatkan pelakon kanak-kanak, remaja dan dewasa.






Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

Kisah ini mengisahkan mengenai keperitan petani kecil yang menjadi mangsa kepada penguasa seperti ketua kampung yang bersikap pentingkan diri terlalu berkira-kira dengan anak-anak buah seperti keluarga Lahuma dan Jeha.


keluarga Lahuma dan Jeha mempunyai tujuh orang anak iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Kehidupan keluarga ini amatlah menderita. Namun, Lahuma begitu komited terhadap pekerjaannya mengusahakan sawah padi seluas empat belas relung. Tetapi Lahuma terlalu memegang pada adat dan menolak kaedah pertanian moden. Ketika membajak, Lahuma terpijak duri nibung yang menambah pada keperitan keluarga yang besar ini apabila ia melarat kesakitan itu ke seluruh tubuhnya lalu dia meninggal dunia. Tinggallah Jeha sebagai ibu tunggal menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka di samping mengusahakan sawah padi demi mencari sesuap nasi setiap hari.

Akibat penderitaan yang melampau itu, Jeha telah dilanda kurang siuman dek terlalu tertekan dan mula merayau-rayau keliling kampung sehinggalah pada suatu hari dia ke rumah Tok Penghulu dengan berkelakuan tidak sopan, yang menyebabkan dia dikurung di rumahnya di dalam sebuah kurungan sebelum dihantar ke rumah sakit jiwa di Tanjung Rambutan oleh Tok Penghulu agar dia kembali sembuh.

Tinggallah Sanah yang berusia 16 tahun menggalas tanggungjawab baharu membesarkan adik-adiknya sambil mengusahakan sawah padi mereka. Bermacam-macam ujian juga dihadapi oleh Sanah dan adik-adik tetapi dia berjaya mengatasinya. Sebagai contoh, seperti burung Tiak yang menyerang sawah mereka pada waktu malam dan Sanah berjaya menyelamatkan padinya dengan memasukkan ke dalam kurungan Jeha. Akhirnya Jeha pulang ke rumah. Sanah mengharapkan kepulangan ibunya aitu dalam keadaan sihat sepenuhnya tetapi amat malang sekali. Jeha masih belum lagi sembuh

Pementasan Teater Ranjau Sepanjang Jalan Seterusnya

Berikutan mendapat sambutan yang hangat, teater Ranjau Sepanjang Jalan ini akan dipentaskan lagi di panggung teater pada 14 Mac 2020 bertempat di Auditorium JKKN Kedah sempena Manifestasi Teater Kebangsaan 2020.

Teater hebat ini bakal dipentaskan oleh barisan pelakon yang sangat berwibawa. Korang boleh rujuk maklumat di bawah :

Tajuk Teater
Ranjau Sepanjang Jalan

Arahan
Joe K.A.S

Karya
Adaptasi  Novel Sasterawan Negara Professor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad (Kisah benar dari Kg. Banggol Derdap, Sik, Kedah)

Tarikh
14 Mac 2020

Tempat
Auditorium JKKN Kedah

Masa
8.45 Malam

Harga Tiket
RM10

Barisan Pelakon
Leen Muix(Jeha), Muix METALASIA (Lahuma), Natasha (Sanah), Shaiful Amir (Tok Penghulu), Ayie Haryatie (Isteri Penghulu), Azumi Shazani (budak kampung), Muhammad Mifdhal (orang kampung), Fatin Nisda (Milah), Adam Irfan (budak kampung), Putri Anis (Jenab),  Azrul Izham (Long Kadim),  Aswad (budak kampung), Qistina Falisya (Liah), Qistina Dayana (Semek), Nur Natalia (korus), Emisya Alis Putri (korus), Airill (budak,kampung), Hanees Sofeah (Kiah)





Untuk tempahan tiket korang boleh klik link di bawah :

www.wasap.my/60125159076
www.wasap.my/601126497498
www.wasap.my/60175697045

Jangan lupa untuk sertakan nama, nombor telefon dan bilangan tempahan korang pada link di atas ye.

Post a Comment

15 Comments

  1. kisah penulis hebat kelahiran daerah kami ni, orang sik kedah ^_^

    ReplyDelete
  2. Astaga. Teringat masa membaca novel nie - menangis ye. Kesian kehidupan anak-anak ini yang melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan harian mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..novel Dato’ Shahnon Ahmad tak pernah mengecewakan

      Delete
  3. Bestnya kita memang dah lama teringin nak tengok teater. Harga tiket pun murah tapi tu laaa jauhhhhh

    ReplyDelete
  4. lama tak tgk teater..nampak menarik sangat bila ada teater macam ni..menegmbalikan cerita klasik lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak! Pulak2 garapan dari novel famous Ranjau Sepanjang Jalan

      Delete
  5. wah mesti best ni. all the best semua ya! anda lakukan yang terbaik

    ReplyDelete
  6. Sis suka tengok teater, kalau di Johor ni takde, tapi kalau teater kehidupan macam ni, alahaii kompomlah menarik kann..rugilah siapa yang dekat sana taknak pergi...

    ReplyDelete
  7. Menariknya teater ni, saya memang suka tengok teater dan biasa juga ke Istana Budaya.

    ReplyDelete
  8. Ingatkan kak min dah mula start join berlakon teater hahha. apapon tahniah atas kemenangan diorang.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tengok teater. Bila baca sinopsis mesti hebat semua pelakon PENTAS untuk bawak watak yang ada sampai boleh jadi Juara.

    ReplyDelete