GARIS PANDUAN BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN/ULASAN BAGI PENYEDIAAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PEKERJA MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 446 - AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (PINDAAN)

 

1.0 PENDAHULUAN 

Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan semua pemegang taruh terutamanya pemain industri yang merangkumi majikan, PSP, penyedia penginapan berpusat dan pekerja dalam penyediaan penginapan pekerja yang kondusif, selamat, selesa dan menepati piawaian yang ditetapkan. 

Garis Panduan ini juga bagi memenuhi keperluan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] yang dipinda pada tahun 2019 berkuatkuasa pada 1 Jun 2020. 

Garis Panduan ini terpakai dalam tempoh tiga (3) tahun iaitu bermula tahun 2021 hingga 2023. Bagi tahun berikutnya, penyediaan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dilihat sebagai kaedah terbaik untuk memastikan kawalan dan penyediaan penginapan yang lebih berkualiti dan sistematik 

 

GARIS PANDUAN BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN/ULASAN BAGI PENYEDIAAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PEKERJA MENGIKUT KEPERLUAN AKTA 446 - AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (PINDAAN)

2.0 OBJEKTIF 

1. Menyediakan panduan kepada PSP, majikan dan penyedia penginapan berpusat berhubung dengan kelulusan atau ulasan yang perlu diperolehi daripada Pihak Berkuasa Perancang DBKL terhadap cadangan penginapan pekerja yang disediakan sebelum membuat pendaftaran ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang melibatkan penginapan pekerja diluar tapak bina 

2. Memberikan kefahaman tentang prosedur dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk memohon kelulusan/ulasan 

penginapan pekerja yang dicadangkan. 

 

3.0 PENYEDIAAN PENGINAPAN PEKERJA 

1. JTK Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia telah menerbitkan Buku Panduan Penginapan Pekerja di Bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) 

2. Majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan penginapan yang disediakan mematuhi undang- undang Pihak Berkuasa Tempatan seperti kelulusan pembinaan bangunan, keselamatan, perparitan dan saliran sebelum memohon Perakuan Penginapan 

3. Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 1 Tahun 2021 melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan Prosedur Permohonan bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka untuk membantu PBN, PBT, agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan dalam menyediakan penginapan pekerja yang meliputi pekerja asing dan tempatan terutama dalam waktu pandemic COVID- 19 ini. 

4. Sehubungan dengan itu, majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan atau kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai bangunan yang akan digunakan sebagai penginapan atau penginapan berpusat sebelum mengemukakan permohonan Perakuan Penginapan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja di bawah Akta 446

 

 

4.0 JENIS KEMUDAHAN PENGINAPAN PEKERJA 

Terdapat 2 jenis kemudahan penginapan pekerja iaitu penginapan pekerja dan asrama pekerja, sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku panduan Penginapan Pekerja oleh JKT 

1. Penginapan pekerja 

Penginapan pekerja bermaksud satu unit kediaman di premis rumah kediaman/perniagaan/perindustrian (sama ada diubah suai atau tidak diubah suai) yang digunakan untuk menempatkan beberapa orang pekerja meliputi pekerja asing atau pekerja tempatan dari sektor pekerjaan yang sama atau pelbagai sektor pekerjaan. 

Nota

i.                     Jenis-jenis bangunan untuk penginapan pekerja seperti dalam Buku Panduan Penginapan Pekerja Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia KSM adalah Rumah Teres  Berkembar dan Banglo, Pangsapuri/Flat/Kondominium, Town house. Rumah Kedai, Kedai Pejabat. Rumah kampong. Rumah Kongsi/Kabin dan Soho/Sofo. 

ii.                   Bagi unit-unit Kediaman Kategori Kos Rendah / PA/ PPR/ PPAM dan Mampu Milik adalah tidak dibenarkan. 

2. Asrama pekerja 

Asrama pekerja bermaksud suatu deretan atau kelompok bangunan yang satu atau lebih unit bangunan (sama ada diubah suai atau tidak diubah suai) yang digunakan untuk menempatkan sekumpulan pekerja meliputi pekerja asing atau pekerja tempatan dari sektor pekerjaan yang sama atau pelbagai sektor pekerjaan. 

 

5.0 KRITERIA PENILAIAN PENGINAPAN PEKERJA DAN ASRAMA PEKERJA 

 

PERKARA

PENGINAPAN PEKERJA

ASRAMA PEKERJA

Definisi

Satu unit kediaman di premis rumah kediaman perniagaan/ perindustrian (sama ada diubah suai atau tidak diubah suai) yang digunakan untuk menempatkan beberapa orang pekerja meliputi pekerja asing atau pekerja tempatan dari sektor pekerjaan yang sama atau pelbagai sektor pekerjaan. 

Buku panduan Penginapan Pekerja olen JKT 

 

Suatu deretan/ atau kelompok bangunan yang satu atau lebih unit bangunan (sama ada diubah suai atau tidak diubah suai) yang digunakan untuk menempatkan sekumpulan pekerja meliputi pekerja asing atau pekerja sama atau tempatan dari sektor pekerjaan yang pelbagai sektor pekerjaan 

Buku panduan Penginapan Pekerja oleh JKT 

 

Kriteria 

Khusus 

 

i. Tidak digalakkan berada di dalam 

kediaman sedia ada kerana boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat. 

ii. Walau bagaimanapun, boleh 

dipertimbangkan 

dengan syarat terhad untuk pekerja tempatan sahaja dan mematuhi kapasiti maksimum yang ditetapkan. 

iii. Unit-unit kediaman di Perumahan Awam dan PPR dibawah pengurusan DBKL, rumah kos rendah swasta dan Perumahan Mampu Milik adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan penginapan pekerja. 

 

a. Kawasan Kediaman Sedia Ada 

i. Tidak dibenarkan di kawasan kediaman sedia ada. 

it. Boleh dipertimbangkan: 

Pertukaran keseluruhan blok bangunan kediaman atau sebahagian blok kepada asrama pekerja tertakluk kepada penyediaan laluan secara berasingan ke blok asrama dan tidak berkongsi kemudahan dengan penduduk yang lain. 

Tanah-tanah zon kediaman yang masih belum dibangunkan dan terasing dari kediaman sedia ada 

Penyediaan kemudahan sokongan dan utiliti perlu mematuhi piawaian penyediaan asrama pekerja.

 

b. Kawasan Perdagangan 

 

i. Bangunan Pejabat SOHO/SOFO/SOVO 

Perlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan JMB dan kebenaran yang diberi adalah tempoh terhad 

ii. Bangunan pangsapuri servis/suite 

Tidak dibenarkan dalam bangunan pangsapuri servis/suite kerana aktiviti bangunan ini bercirikan kediaman (risiding). 

Boleh dipertimbangkan jika penukaran keseluruhan blok bangunan atau sebahagian blok kepada asrama pekerja tertakluk kepada penyediaan laluan secara berasingan ke blok asrama dan tidak berkongsi kemudahan dengan penduduk yang lain. 

 

c. Kawasan Industri 

i. Tidak dibenarkan aktiviti asrama pekerja bercampur 

dengan aktiviti industri dalam bangunan yang sama 

ii. Boleh dipertimbangkan: 

Penukaran keseluruhan blok bangunan industri kepada asrama pekerja bagi penempatan pekerja dalam kawasan industri tersebut 

Aktiviti asrama pekerja di dalam bangunan berasingan dalam lot Industri yang sama dengan syarat khusus untuk kegunaan pekerja-pekerja dalam lot industri berkenaan sahaja dan disediakan laluan secara berasingan ke blok 

asrama. 

Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, sistem kumbahan dan sisa pembuangan yang teratur 

 

 

 

 

Zon gunatanah

i. Zon guna tanah yang dibenarkan dengan syarat bagi penukaran guna bangunan kepada Hostel (A3) adalah 

seperti berikut; 

a. Kediaman (R2) (R3) 

b. Kampung Tradisi (TV) 

c. Perdagangan Utama (MC) 

d. Perdagangan (C) 

e. Perdagangan Bercampur (MX) 

f. Industri (1) 

g. Industri Bercampur (MXI) 

b. Institusi (INT) 

Penukaran tukar guna di dalam zon guna tanah selain senarai di perenggan ii adalah tidak dibenarkan 

 

Kriteria

i.                     Penentuan kapasiti maksimum penginapan pekerja

i.                     Syarat penukaran kegunaan kepada asrama 

 

Teknikal 

 

adalah berdasarkan saiz keluasan lantai bagi penginapan bukan bentuk domitori iaitu 3.5 meter persegi setiap pekerja seperti berikut: 

Jaduat 1: Penentuan Kapasiti Tampungan Maksimum Bilangan Pekerja Yang Dibenarkan Mengikut Akta 446 

Bil.

Saiz Bilik 

 

Kapasiti Maksimum

1

3.03m x 3.5m 10.6m2 

 

10.6m2/3.6m2 = 2 pekerja

2

3.5m x 3m = 10.5m2 

 

10.5m2/3.6m2 = 2 pekerja

3

3m x 2.7m = 8.1m2

8.1m2/3,6m2 = 2

KAPASITI MASKSIMUM 

 

6 orang pekerja 

 

ii. Penempatan pekerja berdasarkan 'shift' bekerja adalah tidak dibenarkan dalam unit yang sama kerana akan menyebabkan 'overcrowding' pada hari culi. 

iii. Mematuhi kehendak-kehendak minimum penginapan pekerja berdasarkan kepada Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 2020 

iv. Mendapatkan kebenaran dan persetujuan JMB bagi 

unit strata 

V. Pihak pengurusan perlu memastikan penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik dan tiada kacau ganggu kepada penduduk sekitar dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan. 

 

 

pekerja adalah seperti berikut: 

Penentuan kapasiti maksimum asrama pekerja adalah berdasarkan saiz keluasan lantai bagi penginapan bentuk domitori iaitu 3 meter persegi setiap pekerja (Buku Panduan Penginapan Pekerja, JTK). 

Mematuhi kehendak-kehendak minimum penginapan pekerja berdasarkan kepada Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 2020 

Mendapatkan kebenaran dan persetujuan JMB bagi unit strata 

ii. Pihak 

pengurusan 

perlu memastikan penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik dan tiada kacau ganggu kepada penduduk sekitar dari segi kebersihan dan keselamatan kawasan 

 

Kelulusan 

 

i. Tidak perlu kepada Kelulusan Perintah Pembangunan. 

ii. Kelulusan akan dikeluarkan dalam bentuk surat ulasan tiada halangan pemohon bagi tujuan pendaftaran ke JTK 

iii. Sekiranya melibatkan pengubahsuaian dalaman atau luaran kepada bangunan yang dicadangkan janya tertakluk kepada permohonan kelulusan permit bangunan atau pelan bangunan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan. 

iv. Bagi penginapan pekerja selain daripada unit kediaman perlu mendapatkan kelulusan Perintah Pembangunan dan mengemukakan permohonan rasmi untuk penukaran kelas kegunaan bangunan kepada kediaman pekerja beserta cadangan şuşunatur dalaman bangunan. 

 

 

Penukaran aktiviti kepada asrama pekerja perlu mendapatkan kelulusan Perintah Pembangunan Pembangunan dan mengemukakan permohonan rasmi untuk penukaran kelas kegunaan bangunan kepada Hostel (A3) beserta cadangan susunatur dalaman bangunan.

 

 

 

 

 

 

 


Post a Comment

0 Comments