Adventure Ride di Universal Studio Singapore

by - Thursday, February 20, 2020

Singapore merupakan sebuah negara yang berada bersebelahan sahaja dengan negara kita. Populasi penduduknya tidak lah seramai Malaysia, tetapi mereka juga mempunyai pelbagai destinasi-destinasi pelancongan yang seringkali menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan juga dari luar negara. Even dari Malaysia pun, ramai je yang datang melancong ke Singapore. Bagi yang menetap di Johor Bahru, korang boleh je berjalan ke Singapore dengan balik hari sahaja.


So dalam tahun lepas, masa aku dapat bonus, aku dah berazam untuk buat me time then aku survey tiket flight kat Traveloka. Survey punya survey, dapat la aku book Singapore Airlines flights sebagai pengangkutan aku untuk ke Singapore. Sebab nya aku pun jenis yang sangat malas nak berasak-asak tunggu lama kat imigresen. Dengan jem nya lagi. So option aku adalah mengikut pengangkutan udara. So kalau korang nak try cari tiket murah even nak berjalan dalam Malaysia je ke, korang boleh try cari kat Traveloka. Kot la dapat book flights from Kuala Lumpur to Penang yang promo punya kan. Pekena nasi kandar hujung minggu. Adui. Sedapnyaa.
Orait So bila dah beli tiket flight ke Singapore, bercuti la aku di Singapore selama 3H2M. Masa kat Singapore, banyak jugak la tempat-tempat yang aku dah pergi. Dari tempat-tempat bersejarah, taman-taman bunga, taman binatang dan macam-macam lagi la. Contohnya Botanical garden, Jurong Bird Park, Gardens The Bay, Baba House dan banyak lagi. 

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah mengenai Universal Studio Singapore yang terletaknya di Sentosa Island. Bagi aku, Universal Studio ni menarik dan lagi menarik kalau korang datang ramai-ramai. Dalam group atau dengan family. Bak kata omputih. The more the merrier. Gitu. Jadi apa yang kita tunggu lagi, jom kita mulakan.



Entrance ticket, macam biasa la. Aku beli online dah siap-siap. Aku guna Traveloka Apps. So murah sikit daripada korang walk-in beli kat kaunter. Kat bawah aku senaraikan harga ikut umur ye kawan-kawan
Dewasa (13 -59 tahun) – RM 229.55
Kanak – kanak (4 – 12 tahun) – RM 167.26
Warga Emas (60 – 99 tahun) – RM 128.16

So, apa benda je yang korang boleh buat kat Universal Studio Singapore ni? Apa benda yang buatkan dia mahal sangat? Haa. Kat bawah ni aku senaraikan things to do dekat Universal Studio Singapore. Let’s check it out.
Adventure Ride
Zon yang aku panggil adventure ride ni actually tak la adventure sangat pun. Tapi boleh tahan lasak jugak la sebab ada ride yang korang akan basah sesikit, berdebar-debar. Kat dalam Universal Studio ni boleh tahan banyak jugak ride yang korang boleh naik. Siap ikut tema lagi. Bawak budak-budak confirm melompat kegirangan dorang tu. So aku senaraikan mana yang aku sempat naik.


Revenge of The Mummy – Untuk ride ni korang boleh bayangkan tak set up penggambaran dalam cerita The mummy? Haa. Dia punya konsep guna sebijik macam tu. Macam kat Egypt. Yang ni high speed roller coaster, at the some point dia akan laju and slow. Agak berdebar jugak la naik benda ni. Untuk naik ride ni dia memerlukan certain ketiggian untuk lepas tapi aku tak sure berapa. 


Canopy Flyer – Yang ni pulak ride dia macam cable car. Korang akan di bawak jalan-jalan menggunakan cable car dan sepanjang perjalanan tu korang akan nampak la pemandangan dari atas beberapa taman tema yang ada kat bawah tu. Paling obvious Jurassic Park. Tapi percaya la, once korang naik, korang takkan perasan dah apa yang ada kat bawah. Boleh tahan laju oi. Kecuali korang jenis tak takut ketinggian, then should be okay untuk enjoy view.


Jurassic Park Rapid Adventure – Dalam banyak-banyak ride, yang ini paling aku suka. Once korang masuk je taman teme Jurassic Park ni, korang akan disajikan dengan lagu background Jurassic Park dan beberapa replika dinasour. Sepanjang ride ni, korang akan dibawa menyusuri sungai dan jumpa dengan macam-macam dinasour and beware untuk basah. Dia ada sediakan baju hujan but terpulang kat korang nak pakai atau tak. Aku suggest korang wajib naik yang ni.


Enchanted Airways – Untuk ride yang ni konsep dia tak lari macam roller coaster yang lain. Laju dan aku yakin adrenalin korang bakal memuncak. Memerlukan certain of height untuk dibenarkan naik. Tapi untuk kanak-kanak yang lepas had ketinggian tu, perlu diawasi oleh orang dewasa. Yang ni boleh dikatakan family ride la jugak.


Okay gais. Haa. Itu lah dia beberapa adventure ride yang aku dapat sharekan dengan korang. Ada lagi yang lain, tapi tu aku tak masuk sangat sebab lagi seronok kalau bawak anak-anak. Serius aku cakap, korang bawak anak-anak masuk sini, bersinar-sinar mata dorang. Selain adventure ride ni ada je aktiviti lain, korang boleh tengok show dari cartoon animasi macam Shrek, puss in boots, korang boleh bergambar dengan mascot minion, Transformer dan banyak lagi. So make sure kumpul duit dan bercuti ke sini. Sebelah negara je gais. Semoga kita berjumpa lagi. bye




Artikel berkaitan

16 comments

  1. subhanallah. teringinnya nak pi. hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Ini tempat yang terigin sangat nak pergi, sebab anak-anak dah besar, so kalau bawa mereka mesti happening gilee..tapi tu lee susahnya nak semua cuti...asyik tak jadi ajeee huhuhu

    ReplyDelete
  3. Masha Allah cantiknya foto foto Kak Min kat Singapore. Weehhh nak naik canopy flyer dan Revenge of The Mummy tuuu...

    ReplyDelete
  4. teringin nak pegi. tak dapat pi dekat US, singapore pun jadi la. heheh. semua ride nampak best

    ReplyDelete
  5. bestnya.. sebenarnya da mula buat tabungan tuk next travel ke sini.. semoga berhasil lah tahun ini.. aminn...
    #newblogger #cikimahmai.blogspot.com #donefollow

    ReplyDelete
  6. tak pernah pergi lagi ke USS ni. Semua ride nampak menyeramkan sebab tak suka roller coaster tapi jurassic park tu macam nice je haha

    ReplyDelete
  7. wow, enjoy your holiday babe! I have been to Universal Studio Singapore when it's open. long time never go, shall plan a trip with kids again

    ReplyDelete
  8. Syok nyer dpt visit Singapore. Saya dah lame x visit sana. I miss Singapore. Tunggu after Corona virus settle Baru leg visit kot.

    ReplyDelete
  9. Bestnya kita tak pernah sampai lagi walaupun negara jiran dekat sebelah jer hehehe kannn.. Tengok tempat pelancongan yang ada kat sana sangat kreatif mereka tapi mereka ekonomi nak banding dengan kita jauh walaupun rakyat mereka sikit hehehehe..

    ReplyDelete
  10. best giler tengok maianna yang ada tu..harga pun murah je..tapi tu la entah bila dapat pergi..huhu

    ReplyDelete
  11. Menariknya tempay ni. Akk pernah masuk Singapore tapi x pernah lagi sampai sini

    ReplyDelete
  12. Ni bukan setakat anak-anak je bersinar-sinar mata, silap2 mak pak pun sama. Tapi kalau sis macam biasa la. Lebih rela jadi penjaga beg. Hahahaha... takut pening weiiii

    ReplyDelete
  13. fuh boleh tahan jugak kan harga tiket masuk dia. Dulu pernah brgambar depan globe besar tu je. Next time ke singapore boleh try masuk sane dgn anak2. Seronok sikit bawak anak2 bile dorg dh besar sikit utk join aktiviti adventure mcm tu.

    ReplyDelete
  14. fuh best tempatnya. kalau datang ke singapore mesti singgahla tempat ni

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat me time dekat singaore kak. teringin sangat nak jalan-jalan sana n masuk USS tu, tak sabar nak tunggu bonus zul pula. hehe

    ReplyDelete
  16. wah bestnya. hari tu pegi singapore sempat bergambar je kt depan tu :) in shaa Allah lepas ni dapat main dalam tu pulak :)

    ReplyDelete