Jimat Jumaat Promosi Berbaloi di Marrybrown

Aku pasti hari Jumaat adalah hari yang paling dinantikan oleh semua orang terutama oleh mereka yang bekerja dan student! Maklum la bila Jumaat menjelma maka itu tandanya hari cuti hujung minggu pun menjelma.


Macam aku pulak, ingat sangat time bekerja dulu..hari Jumaat paling best sebab hari Jumaat masa rehat makan tengahari lebih panjang dan time tu la biasanya plan dengan kawan-kawan untuk makan ‘besar’ sama-sama..hahaha..

Bagi yang suka makan ‘besar’ sama-sama time rehat di hari Jumaat, apa kata korang serbu Marrybrown sebab sekarang Marrybrown tengah buat promosi Jimat Jumaat!


Pergh..memang berbaloi-baloi wei!! Dengan promosi ni korang akan dapat 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget pada harga RM21.10 sahaja. Fuh!! Jimat sangat tu sebab korang for sure tak mampu nak habiskan 10 ketul ayam tu kan? Kalau aku hanya mampu telan paling banyak pun 2 ketul je. Jadi boleh la share dengan rakan-rakan sekerja.

Bagi yang memang bercuti pada hari Jumaat pula, inilah masanya korang nak habiskan masa bersama keluarga dan time ni la korang boleh makan bersama dan berjimat dengan promosi Jimat Jumaat di Marrybrown ni.



Tapi promosi ini tertakluk pada terma dan syarat seperti berikut :

✅ Promosi ini hanya sah pada hari Jumaat sahaja - 20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 dan 1/11.
✅ Makan di restoran sahaja.
✅ Tawaran ini sah di semua cawangan Marrybrown kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.
✅ 5 ketul ayam goreng rangup & 5 ketul nuget ayam dari harga RM19.90. 
✅ Harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan).
✅ Sementara stok masih ada.

Jadi tunggu apa lagi?? Jom la serbu mana-mana cawangan Marrybrown berdekatan amda sekarang!



Post a Comment

5 Comments

  1. Alahaii..mlm2 tgok plak ayam rangup marrybrown nie..trus craving..nk kna tggu jumaat nie baru boleh bli.

    ReplyDelete
  2. For those who like to eat 'big' at the same time on a Friday, what do you think Marrybrown is doing now because Marrybrown is in the middle of promoting Friday Save!

    ReplyDelete
  3. Memang teruja betul dengan promosi MB kali ni...

    ReplyDelete
  4. Dah dua kali makan set ni. Minggu depan nak pi lagi sebab jimat banyak. Ayam MB mmg sedap

    ReplyDelete