Aku pasti ramai di luar sana pernah dengar tentang Sindrom Down tapi aku tak pasti sejauh mana korang mengetahui tentang Sindrom Down ni. Sebagai orang yang mempunyai ahli keluarga yang Sindrom Down, suka aku nak berkongsi tentang sindrom ini.
Bagi yang mengenali aku pasti mengetahui yang aku mempunyai seorang kakak dan adik Sindrom Down. Kiranya aku memang lahir ditengah-tengah antara mereka. Syukur dilahirkan dalam keluarga yang menyayangi, kami sememangnya dididik dari kecil untuk menyayangi 2 insan istimewa di dalam kelurga kami ini.
Namun, seperti yang diketahui ramai..tak mudah sebenarnya membesarkan dan menjaga mereka yang dilahirkan Sindrom Down ini (terima kasih buat abang-abang aku terutama abang yang sulung juga pada kakak-kakak aku yang sentiasa menjaga kakak dan adik aku ini dengan penuh kesabaran). Perlukan kesabaran dan juga perlu belajar tentang apa kehendak mereka. Tapi sebelum aku menulis lebih lanjut, jom aku terangkan sedikit apakah yang dinamakan Sindrom Down ini.
Mengenali Sindrom Down
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan
kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya
dinamakan sempena John Langdon Down, doktor
British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini
bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering
kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan
tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal
pasti semasa kelahiran.
Kakak (Adah) & Adik aku (Alee) |
Mereka
yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih
rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat
akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan
terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan
kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan
sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.
Banyak
ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang
mempunyai set kromosom piwaian. Ciri-ciri fizikal termasuklah :
- Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan
- Mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata
- Anggota lebih pendek,
- Otot lemah
- Lidah terjulur.
- Pertumbuhan yang lambat
- Pertuturan yang tidak jelas
Masalah kesihatan berkait dengan penghidap Sindrom Down termasuk :
- Risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital
- Penyakit gastroesophageal reflux
- Jangkitan telinga (otitis) berulang
- Obstructive sleep apnea
- Kegagalan thyroid
Campurtangan
zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masalah biasa, rawatan
perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan
vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan
sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak
dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti
kehidupan.
Di Malaysia,
kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan Sindrom Down boleh
mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai
kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM)
dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.
Bagaimana Menghadapi Tantrum Mereka?
Anak-anak yang menghidap Sindrom Down ni sebenarnya sama macam kita. Mereka juga mempunyai emosi mereka sendiri sama seperti kita..tak ada bezanya. Adakala mreka sedih, adakala mereka gembira, marah, sakit hati dan sebagainya.
Mereka juga punya rasa cinta! Sama macam kita yang normal, mereka juga tahu ye tentang perkahwinan dan sebagainya. Sebab tu layan lah mereka selayaknya sepertimana kita dilayan sebab mereka juga manusia macam kita.
Cuma yang membezakan antara mereka dan kita ialah pertumbuhan dan perkembangan mereka agak lambat. Misalnya, adik aku ketika berusia 20-an dia masih lagi bermain kereta mainan sebab mereka memang seakan kanak-kanak. Kakak aku sendiri sehingga kini kalo diberi teddy bear memang gembiranya sama macam masa zaman kanak-kanak kita menerima anak patung dari bapa!
Sebab itu untuk membesarkan dan menjaga anak-anak syurga ini perlukan vitamin C,S dan K. Ha..apa itu vitamin C, S & K ini?
C
- Cinta
|
Cintai
dan sayangilah mereka sepenuhnya sebab mereka juga akan merasai apa yang kita rasa.
|
S
- Sabar
|
Sabar menghadapi kerenah mereka. Mereka tidak
sempurna dan terkadang mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, jadi selaku
orang yang normal kita seharusnya lebih bijak dan bersabar.
|
K
- Kreatif
|
Kreatif adalah kunci untuk membantu mereka untuk bertindak. Sebagai
penjaga mahupun ibu bapa, kita hendaklah selalu kreatif dalam membantu
perkembangan dan pembesaran mahupun ketika mereka tantrum. Kreatif bermaksud
korang perlu lakukan sesuatu bagi membantu mereka.
|
Dulu, kita tidak didedahkan tentang sindrom down. Malah zaman dahulu mereka juga tidak dihantar ke sekolah (sebab masa dulu belum ada sekolah pendidikan khas, kalau ada pun terlalu terpencil jumlahnya atau mungkin terlalu jauh dari kediaman).
Kakak dan adik aku sendiri tidak dihantar ke sekolah tapi mak, abah dan kami membantu mereka. Mereka diajar untuk menjaga didir sendiri seperti mandi, gosok gigi, lipat baju, kemaskan katil dan sebagainya. Yang kami tak ajar cumalah memasak sebab kami ingin mengelakkan mereka dari bahaya api.
Berbalik pada menghadapi tantrum. Sebenarnya ketika mereka tantrum adalah sangat tidak adil sekiranya mereka dihukum atau dimarahi apatah lagi dirotan. Kita boleh meminta mereka untuk bersabar dan mungkin sesekali boleh dimarah (marah sebagai tanda mengajar) tapi kebanyakan masa mereka sebenarnya perlu dibantu.
Kadang mereka tantrum kerana mereka lapar atau bagi yang perempuan terkadang mereka tantrum kerana mereka sedang mengalami fasa-fasa kehadiran haid. Kakak aku dan adik aku dulu memang suka mengamuk kadang-kadang sampai pecah gelas dibaling.
Tapi pokoknya perlu banyakkan bersabar dan bersyukur. Kenapa aku cakap begini? Sebab bila tengok kehidupan mereka yang punya anak autisme terkadang lebih lagi mencabar. Tengok sahaja macam mana Iman Wan membesarkan Adam, pada aku Adam tu memang tahap sangat mencabar. Begitu juga macam mana pelakon Zarina Zainuddin menghadapi Azil dan Azal (Azil lagi mencabar). Kedua mereka memang aku sangat salute! Mereka sampai tahap cedera dek kerana tantrum anak mereka. Jadi aku bersyukur sebab adik dan kakak aku tidak sampai ke tahap itu. Mereka paling tak cuma menjerit (seakan didera walhal tak ada sape sentuh mereka) dan setakat baling-baling barang.
Apa yang aku tulis ini sekadar perkongsian. Harap tulisan ini dapat sedikit membantu mereka yang ingin mengetahui tentang apakah itu dinamakan Sindrom Down. Akhir kata, terimalah mereka seadanya. Ajar anak-anak kita untuk menerima dan menghormati mereka sepertimana anak-anak menghormati kita, ajar pasangan untuk menerima mereka selaku ahli keluarga dan didik hati kita untuk sentiasa bersifat Ihsan pada mereka.
Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl
30 Comments
Done baca
ReplyDeleteTq singgah
Deletesemoga lebih ramai masyarakat kita memahami insan sindrom down ni. inshaAllah :)
ReplyDeleteInsyallah..moga sedikit sebanyak artikel ni membantu
DeleteAlhamdulilah ikmu baru buat Sis pasal sindrom down ni..
ReplyDeleteMoga family Min diberikan kekuatan dan kesabaran maha tinggi untuk hadapi dan menjaga kakak dan adik Min..
Suka nengok mereka senyum cute..
Aminnn..tq sis..diaorang lah penghibur kami sekeluarga
DeleteSatu perkongsian yang bagus. Boleh belajar cara nak handle tantrum mereka. Sebab family sebelah suami ada yang down syndrom
ReplyDeleteCara handle tu akan berbeza tp pastikan bukan dgn cara menghukum atau marah diaorang, nnt akan lebih teruk
Deletepart sabar tu memang wajib kena ada kalau jaga ahli keluarga yang syndrome down sebab perangai diorang macam budak kecik. ilmu baru hari ni, thanks!
ReplyDeleteBetul..
DeleteKak Min, baru saya tau Sindrom Down ada possibility nak dapat penyakit lain. Saya ingat cuma kelewatan pada perkembangan fizikal je. Kak Min up lagi entry macam ni ye
ReplyDeleteHaah sebab diaorg tak sekuat kita. Jarang pun ada pesakit downsyndrome yg usianya panjang berbanding. mereka yang normal. Insyallah memang cari masa utk up lebih lagi mengenai downsyndrome ni
DeleteSememangnya mereka memerlukan kasih sayang yang lebih dari kita dan kita perlu kreatif dalam meladeni mereka. Terima kasih Kak Min atas perkongsian ini
ReplyDeleteTerima kasih wak
Deleteterima kasih berkongsi sis.. bagus dan saya suka.. selain sindrom down.. saya juga ada mengikuti perkembangan seperti autisme.. walaupun ahli keluarga saya tiada masalah ini.. mmg kena byk sabar dan tahu nak tackle sebarang situasi..
ReplyDeleteYe betul..tak salah ambil peduli sebab sekeling kita ramai sebenarnya yg ada pelbagai masalah. Terima kasih sudi baca artikel ni
DeleteDulu Bonde pernah jadi penyelia di Rumah Kebajikan ada menganjar anak-anak Sindrom Down, Alhamdulillah dapat macam-macam ilmu tentang sindrom down, sebenarnya anak2 sindrom down bukan tak pandai malah mereka sebenarnya bijak! lepas tu penyayang... sebelum balik anak2 sindrom down akan peluk cium kite berkali2... Kalau sebut sahaja nama cikgu dia akan cakap sayang cikgu baik
ReplyDeleteBetul tu kak..diaorang ni bukan je penyayang tp juga lembut hati & pemaaf. Kadang kita yg salah tp dia yg minta maaf..sedih tgk
Deleteterima kasih kak min sebab tulis artikel yang sangat bermanfaat. ya, ramai sebenarnya yang hanya tau sindrom down ni secara basic sahaja. :)
ReplyDeleteSama2
DeleteIstimewanya mereka kan kak. Bagi keluarga yang punyai anak or keluarga istimewa begini banyak pahalanya. semoga kak min dan keluarga dipermudahkan segala urusan. tq atas perkongsian.
ReplyDeleteSama2.. Amin ya rabbal alamin..terim kasih sebab baca artikel ni
Deletewalaupun sindrom down, sesetengah tu ada kelebihan yang istimewa. Allah SWT dan tulis akan rezekinya tetapi Liez suka fikirkan yang mereka yang istimewa sangat special dimata ALLAH SWT.. Syurga tetap untuknya
ReplyDeletetu gambar family kak min ek.. muka sama la.. macam family saya muka lain2 ^_^.. Btw tak tau plak kak min ada adik SD. setau sy kak Adah je. Apapun semoga keluarga kak min sentiasa dilindungi rahmat dengan kehadiran insan istimewa ni
ReplyDeleteBetul2... Sabar tu kunci setiap ni kan... Tambah ada anak2 special ni mmg kena bykkan bersabar. Allah nak bagi ganjaran lebih kepada parents yg ada anak2 special ni..
ReplyDeleteAnak istinewa sebenarnya sgt pahala kalau kita dapat menjaga dan msnyayanginya... mereka mudah tersentuhntp berjiwa besar kan
ReplyDeleteAllahu... Good sharing!
ReplyDeleteIlmiah sebegini wajar di ketengahkan. Insan istimewa ni menaikkan darjat buat keluarga mereka. Setiap orang akan tangani dari pelbagai sudut. Semuanya pengalaman yang amat berharga.
Anak istimewa, dia ada kelebihan dia tersendiri. Memang kena sabar kan kalau jaga mereka ni..Tak boleh nak marah sangt sebb sift dia yang tak diduga tu
ReplyDeleteInfo yang sangat membantu.Dari dulu ingin tahu bagaimana ibubapa handle anak2 istimewa ini.Sungguh tabah.
ReplyDeletezaman dulu katanya siapa yang SD ni takleh hidup lama. tapi sekarang ni ramai juga yang nampaknya boleh dewasa wth SD
ReplyDelete