Resipi Lengkap Nasi Dagang Atas Tol

by - Sunday, October 18, 2020

Nasi Dagang Atas Tol memang agak viral kebelakangan ni. Aku pernah makan Nasi Dagang Atas Tol ni di cawangan pertamanya pada tahun 2018. Memang sedap! Tapi baru-baru ni aku dapat tahu dah ada jual set lengkap Nasi Dagang Atas Tol di Shopee, jadi tanpa berlengah terus aku order.

Paling menarik  melalui pembelian 1 set lengkap Nasi Dagang Atas Tol ni, penjual turut menyediakan resipi lengkap macam mana cara nak masak Nasi Dagang Atas Tol. Jom aku kongsikan resipi lengkap Nasi Dagang Atas Tol.


1. Cara Nak Masak Nasi Dagang

Oh ye..sebelum aku lanjutkan dengan resipi, aku cuma nak kongsikan yang sangat berbaloi jika anda membeli set ini sebab beras yang dibekalkan adalah beras basmathi. Aku dah cuba masak dan makan..memang sangat sedap tambahan pula beras basmathi buatkan rasa nasi dagang langsung tak muak. Dan yang aku kongsikan ini adalah resipi asli yang aku terima dari pihak penjual.

Nasi Dagang


Bahan-bahan :

1 pek beras nasi dagang (disediakan)

3 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

1-2 inci halia (dihiris halus)

1 pek halba (disediakan)

2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil gula


Cara-cara memasak

  • Cuci dan rendam beras selama 1-2 jam (masukkan 1 sudu kecil garam halus)
  • Panaskan periuk pengukus, bila air rebusan dah mendidih masukkan beras (alaskan atau lapik dengan kain pengukus)
  • Kukus selama 20 minit atau nasi separuh masak.
  • Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas dan masukkan santan cair yang telah dipanaskan tapi jangan mendidih (supaya nasi dagang tahan lama serta lambat basi)
  • Biarkan nasi selama 5 minit atau lebih supaya santan meresap.
  • Kemudian kukus lagi selama 20 minit.
  • Angkat dan masukkan nasi ke dalam bekas dan taburkan garam, gula, halba dan hirisan bawang serta halia.
  • Masukkan santan pekat yang telah dipanaskan sekejap.
  • gaul nasi dan kukus lagi selama 10 minit,
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
beras hendaklah direndam 1-2 jam terlebih dahulu


2. Cara Nak Masak Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol
1/2 liter santan
1 pek rempah nasi dagang (disediakan)
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci lengkuas dikisar
3 sudu besar cili kisar, sekira nak pedas lebihkan.
1 asam keping
1 batang kayu manis
1 inci belacan
5-10 biji cili api untuk ditabur ke dalam gulai
1 sudu besar keriik (disediakan)
Garam halus dan nisan/gula melaka secukup rasa

Cara-cara memasak

  • Rebus ikan tongkol bersama 3 keping asam keping, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula.
  • Tumiskan cili kisar biar naik minyak kemudian masukkan kulit kayu manis bersama bahan kisar, belacan dan rempah. masakkan selama 10 minit kemudian masukkan santan.
  • Biarkan selama 20 minit masukkan air rebusan ikan dan ikan tongkol.
  • Masukkan kerisik dan nisan/gula melaka
  • Masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak dan taburkan cili api.
  • Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.


3. Cara Buat Acar/Jelatah Nasi Dagang


Bahan-bahan :

2 biji timun (dipotong panjang)
1 batang lobak merah (dipotong panjang)
1 biji cili merah
2 ulas bawang merah
2 sudu besar cuka
Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya 

Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama cuka, garam dan gula

Inilah hasilnya Nasi Dagang Atas Tol yang aku masak


Aku beli set lengkap Nasi Dagang Atas Tol ni melalui Shopee je. Sekiranya anda berminat ingin mencuba boleh la klik link ini https://t.productlink.io/a52iqg



Artikel berkaitan

23 comments

  1. Replies
    1. Dekat Penang ni susah nak dpt nasi dagang, klu ada pun belum tentu sedap.. maybe lepas ni should try buat sendiri kan....

      Delete
  2. mudahnya dah boleh beli di shopee dan tak perlu berjalan jauh ke Kuala Terengganu untuk nikmati nasi dagang. Bagi yang mengidam nak makan bolehla cuba cara dan resepi kat atas, sedapnya ikan tongkol tu

    ReplyDelete
  3. pakej lengkap terus tu..sekali ngn bahan2 nak buat nasi dagang tu.. nk try beli la kat shopee tu ;-)

    ReplyDelete
  4. tu diaaa aihh tak payah nak pi sana yer nak makan nasi dagang atas tol , beli set dia kat shoppee pun boleh....tapi itulah malas pulak nak masak tapi ingat nak belimpastu suh orang lain masak aci tak ..?

    ReplyDelete
  5. Oh ni first time actually Qeela dengar nama Nasi Dagang Atas Tol ni, nampak sedap dan mudah jugak yea nak buat since dah di pre packed kan bahan2 semua. Kiranya boleh pos out ke luar negeri seller tu la yea? Nanti nak tengok2 laa boleh try jugak nnt hehee

    ReplyDelete
  6. Semalam dah klik dan tengok, memang nak order gak nanti, nak cuba buat sendiri..tapi nasib baik juga sini ada perjiranan yang jual nasi dagang...

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing the recipe. Guess I need to order the package of all-in-one ingredients too. This will make life easier and of course food tastier. Thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  8. LH ni tak berapa gemar sangat makan nasi dagang. Tapi family LH memang gila nasi dagang ni

    ReplyDelete
  9. Ai lain macam efisien kan sejak PKP. Semua benda jadi mudah dan cepat. Tak caya plak ada set lengkap masak di rumah. Ok madam beli online jer. Syukran sharing.
    Ps. Madam ada rezepi Kuzi tradisi. Ada masa nak sharelah.

    ReplyDelete
  10. vass ya sekarang semua ad dalam shopee tak payah gi ganu doh. tapi kamin kalau tak makan ikan tu, boleh ke kalau kite ganti dengan ayam? ahhaah pelik tak? sedapnya nasi dageee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh wak..ada setengah tu diaorang letak telo sbb kan bukan semua org makan ikan hehe..

      Delete
  11. Senang kalau nak masak macam ini. Nanti saya pun nak beli juga.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi dengar nama nasi dagang atas tol ni. Mudah betul nak masak kalau dah bagi siap dengan sukatan dia

    ReplyDelete
  13. Awak masak Nasi Dagang atas Tol patut lah jem saya balik tadi wakakakkaka. Memang famous Nasi Dagang ni hehehe nak cuba lah sekarang ada yang senang di masak macam ni lagi best...

    ReplyDelete
  14. wah dah ada yang segera punya, senanglah nak makan nasi dagang lepas nie. takyah gi Terengganu dah. Tetibe teringat sarapan nasi dagang terengganu haritu sblm PKPB. sedapnya !!

    ReplyDelete
  15. Rajin betul ko kak kan. Kalau tak PKPB, memang daku tak malu terjah rumah kak sebab nak makan hehehe

    ReplyDelete
  16. Teringat masa duduk kat Kota Bharu dulu, selalu makan nasi dagang ikan tongkol untuk sarapan pagi.

    ReplyDelete
  17. Za pernah makan sekali je masa kt ganu dulu. Sedap sgt tapi tu la za lg ske nasi kerabu.. Ada resepi takkk

    ReplyDelete
  18. Oh maiiii nampak mcm senang nak masak sebab ada 3 bahagian jer.. Boleh la Nell cuba try test masak my favorite foods ni.. Hehee...

    ReplyDelete
  19. Sedapnyaaa tengok. Sebelum ni beli kat tepi jalan je.. Tapi ada macam ni.. Senang boleh buat dekat rumah erk..

    ReplyDelete
  20. Wow senang kan, kalau nak masak nasi dagang kat rumah boleh beli pakej ni siap semua ada.

    ReplyDelete
  21. favorite akak ni...nanti boleh try beli kat shopee..

    ReplyDelete