Belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca. Berbeza dengan tahun lepas, Ramadan 2021 nampaknya sedikit bersinar apabila kita dibenarkan untuk menunaikan Solat Terawih.
Bercerita tentang Solat Terawih, rasanya rata-rata pembaca blog aku mengetahui tentang slipped disc yang pernah aku alami. walaupun hampir 4 tahun berlalu namun kesannya masih ada hingga ke hari ini. Antara kesan yang aku alami ialah kaki sebelah kiri masih terasa kebas malah otot kaki sebelah kiri kerap kejang terutama ketika berdiri terlalu lama.
Itu masalah yang aku hadapi. Pembuka tahun 2021 pula, suami aku terjatuh dari tingkat 1 dan mengakibatkan patah 2 tulang belakangnya. Selepas 2 bulan terlantar kini Alhamdulillah suami sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa namun masih dalam keadaan berjaga-jaga, tidak boleh terlalu membongkok, tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama apatah lagi untuk mengangkat barang berat. Namun bersyukur kerana masih boleh menjalani solat Terawih pada tahun ini.
Tidak Mampu Solat Terawih Kerana Sakit Otot? Jangan Bimbang..Ini Solusinya
Seperti yang aku katakan di atas, Alhamdulillah walaupun dalam keadaan tidak seperti dahulu namun Alhamdulillah kami mampu menunaikan solat Terawih dengan selesa pada tahun ini.
Jika anda pembaca setia blog aku pasti anda pernah membaca 1 artikel yang aku keluarkan sekitar tahun lepas mengenai Garci Pro. Dengan Izin Allah, asbab menggunakan Garci Pro Gel kami suami isteri mampu tunaikan solat terawih dengan sempurna.
Buat pengetahuan, Garci Pro Gel telah diformulasikan menggunakan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Produk ini mampu membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf dan ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana ia telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.
Umum mengetahui bahawa minyak kayu putih terlalu banyak khasiatnya untuk kesihatan. Daun kayu putih yang disulami wap untuk menghasilkan minyak
kayu putih mengandungi eucalyptol. Dalam daun minyak kayu putih, terdapat
flavonoid dan tanin. Bahan ini termasuk antioksidan nabati dan dapat membantu
mengurangkan keradangan.
Oleh kerana itulah minyak kayu putih sangat terkenal sejak berkurun lamanya bagi merawat pelbagai jenis penyakit terutama yang melibatkan sakit badan dan otot.
Antara bahan lain yang terkandung di dalam Garci Pro Gel ini ialah ;
Daun Lidah Buaya
Minyak Argan
Peppermint
Epal Hijau
Menthol Crystal
Manfaat Garci Pro Gel
Bagi yang tertanya apakah manfaat Garci Pro Gel ini, berikut aku senaraikan manfaat produk yang serasi dengan aku sekeluarga ;
Manfaat
Garci Pro
·Melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
·Membantu proses rawatan kebas pada anggota
badan
· Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
·Melegakan kekejangan otot dan sendi
·Melegakan sakit urat dan sakit lutut
·Membantu mencegah risiko strok dan serangan
jantung mengejut
·Melegakan selsema dan pening kepala
·Melegakan sakit perut/senggugut
·Membuang angin dalam badan
Ciri-ciri Gel
Sepanjang Ramadan ini aku dan suami memang menjadi pengguna tegar Garci Pro Gel . Maklumlah, rata-rata tahu kan yang kami giat kembali menjalankan perniagaan sambal hitam pahang kami? Bekerja hampir 20 jam sehari sebagai pengeluar sambal hitam pahang memang sangat memenatkan. Tambahan pula kami suami isteri dalam keadaan kesihatan bukan sempurna seperti dahulu.
Sakit-sakit badan adalah perkara biasa ditambah pula dengan keadaan semasa seperti suami yang dalam proses penyembuhan patah tulang belakang dan aku yang masih bergelut dengan kesan slipped disc. Jadi, tanpa sokongan dari Garci Pro nak berdiri tegak menunaikan solat Terawih pun agak sukar tambahan dengan betis yang sering kekejangan.
Sebab itu, setiap kali sebelum memulakan solat Terawih kami pasti akan sapu Garci Pro Gel kebahagian yang terkesan seperti betis, belakang badan, tengkuk dan sebagainya.
Tambahan pula dengan ciri-ciri gel yang ;
Bertekstur ringan dan lembut
Sejuk dan berangin
Tidak melekit
Lebih pantas menyerap
Berasaskan air dan tidak berminyak
Tidak panas
Bau yang menyegarkan
Memang sangat sesuai untuk dibawa solat. Sepanjang solat Terawih berlangsung kami sentiasa berasa segar, nyaman dan tidak lagi sakit-sakit. Cara penggunaanya pula sangat mudah, hanya perlu picitkan sedikit gel dan sapu pada bahagian yang rasa sakit atau kebas dan urut perlahan.
Siapa Yang Sesuai Amalkan Produk Ini?
Secara umumnya Garci Pro Gel ini sesuai untuk semua golongan terutama ;
Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya.
Ahli sukan yang aktif bersukan
Berikut sedikit tips bagi pemakaian produk Garci Pro Gel ini ;
Bagi mereka yang menghadapi saki kebas kurang dari 6 bulan, anda dinasihatkan untuk menggunakan produk ini 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.
Bagi mereka yang mengalami sakit kebas lebih dari setahun dan strok pula dinasihatkan supaya sapu gel setiap 4 jam sekali.
Semoga dengan asbab ini sembuh segala penyakit yang kita hadapi.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk keluaran MISG Global ini, anda bolehlah mendapatkan produk ini melalui :
Asbab guna Garci.pro ye kak min dah boleh terawih. Kinah ni pun tak boleh nak berdiri lama sekarang ni, berdiri lama je mula kaki lenguh dan sengal. Bolehlah kot cuba Garci.Pro ni
Garci Pro ni bagus juga kan! Nell macam nak beli juga.. sejak work from home ni, ergonomic pun terabai.. lenguh2 ni biasa la skrg.. kaki pun kerap cramp bila sejuk sangat malam2...
Banyak baca dan lihat testimoni semua kata bagus, terus rasa nak mencuba, bila dah cuba, memang bagus, kesan tu tak serta merta tapi kalau amal dan guna selalu, ianya mengurangkan kesakitan.. syukurlah ada Garci ni.. mudah nak bawa kemana-mana..
Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.
24 Comments
Asbab guna Garci.pro ye kak min dah boleh terawih. Kinah ni pun tak boleh nak berdiri lama sekarang ni, berdiri lama je mula kaki lenguh dan sengal. Bolehlah kot cuba Garci.Pro ni
ReplyDeleteibu mmg dah lama suruh belikan dekat dia, tapi sejenis yg mudah ragu...ni dah baca pengalaman kak min, mmg patut la ibu berzikir mintak belikan.
ReplyDeleteUntuk minyak urut memang akan pakai minyak kayu putih kan. Bau dia sedap takde menyengat sangat.
ReplyDeleteZati sendiri kerap sakit kaki kalau diri lame n bnyk brjln.. Blh lh cuba ni..
ReplyDeleteSaya pun guna gel ni. memang higly recommended kalau nak bawa drive jauh2
ReplyDeletenot bad. sebab dah guna memang rasa best lepas sapu..rasa dingin dan lega
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sy pun pengguna garci pro gel.best juga guna time senggugut
ReplyDeleteMarsha nak belikan untuk abah ma supaya senang nak solat...sendi lega
ReplyDeleteMemang berbaloi untuk dibeli. Lepas guna tu berangin dan nyaman je rasa
ReplyDeleteElok sgt bg org yg ada masalah sakit2 lutut dan kebas2 kaki/tangan guna garci. Pro ni mng baik
ReplyDeleteterbaik gel ni, aritu sakit pinggang sebab berdiri lama solat terawikh, bila dah sapu tu berangin je, solat pun selesa
ReplyDeleteGarci Pro Gel ni, memang bagus sekali, bila sapu pd tempat yg kebas dan lengguh2 sangat melegakan yg sakit tu.. berangin wangi
ReplyDeleteNak solat lama2 bulan puasa ni best juga kalau ada solusi dia. Kena beli jugak la produk ni untuk buat spare.
ReplyDeletedah banyak baca pasal garci ni, menarik gak untuk standby kat rumah.
ReplyDeletethat's a very useful gel that every house should have one at least! Like the ingredients they use
ReplyDeleteRamai jugak geng dah cuba produk ni. Makna sis kena cuba gak ni..maklum lutut sis ni pun bukannya elok sgt ni, nanti nak beli lah
ReplyDeleteRawlins nak belikan untuk my parents yang mengadu sengal-sengal badan dan sendi diorang. Kita usahakan je, mana tau elok dan serasi kat diorang kan.
ReplyDeleteAbah dan mak Marsha pun guna Garci Pro ni. Bantu legakan lenguh2 badan dan kaki. Alhamdulillah serasi
ReplyDeleteGarci Pro ni bagus juga kan! Nell macam nak beli juga.. sejak work from home ni, ergonomic pun terabai.. lenguh2 ni biasa la skrg.. kaki pun kerap cramp bila sejuk sangat malam2...
ReplyDeleteRamai ug kata elok garci pro ni. Pun syu memang suka balm panas yang ada myk kayu putih / eucalyptus ni
ReplyDeleteBanyak baca dan lihat testimoni semua kata bagus, terus rasa nak mencuba, bila dah cuba, memang bagus, kesan tu tak serta merta tapi kalau amal dan guna selalu, ianya mengurangkan kesakitan.. syukurlah ada Garci ni.. mudah nak bawa kemana-mana..
ReplyDeleterasanya dah komen hr tu..tapi nak komen lagi.sebab mmg best sangat produk ni
ReplyDeletethanks for recommending this cream from your own experience, I wanna check out to help soothing bodyache of family members. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya pun dah guna produk ini , memang berkesan
ReplyDelete