Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa. Part 3

by - November 26, 2017

Permulaan Kes Pertama Natrah di Mahkamah

Selepas pertemuan A.A Locke (pada aku Locke la punca segala kejadian..aku kalau dapat jumpe mereka-mereka yang terlibat dalam kes ni, Locke ni aku lempang dulu..haha emo pulak) antara Locke dan Che Aminah, Che Aminah bersetuju untuk membawa Natrah ke Singapura.

Mungkin kerana Che Aminah berniat dan yakin dia akan memenangi hak pemilikan Natrah sebagai anak angkat, dia tekad membawa Natrah walau dihalang keras oleh ahli keluarga beliau.

Pada 12 April 1950, mereka telah sampai ke Singapura dan tinggal di rumah kenalan Che Aminah yang beralamat di No.94, Syed Alwi Road, Singapura. Di rumah inilah beberapa kali Pegawai Konsul Belanda datang kononnya untuk berbincang tentang Natrah namun bukan perbincangan yang berlaku tetapi Che Aminah cuba disogokkan dengan S$500 bagi melepaskan Natrah.

Tentu saja Che Aminah menolak sogokan tersebut kerana sayangnya pada Natrah bukan kepalang. Kerana menolak sogokan tersebutlah maka pada 22 April 1950  Che Aminah telah menerima surat daripada Ketua Hakim Mahkamah supaya Natrah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura. Arahan dibuat atas surat saman bernombor 124 daripa Konsul Jeneral Belanda kerana enggan menerima S$500 yang ditawarkan (nampak tak agenda jahat Belanda?)

Dipendekkan cerita, selepas melalui perbicaraan. Che Aminah memenangi kes hak pemilikan dan penjagaan Natrah. Ye..Che Aminah telah menang pada kes yang pertama. Keputusan itu sangat menggembirakan hati Natrah yang memang sangat menyayangi Che Aminah. Natrah sememangnya tidak menyenangi ibu kandungnya Adeline. Perasaan itu digambarkan ketika pertemuan pertama Natrah dan Adeline selepas beberapa tahun terpisah. Natrah enggan menemui Adeline dan menyorok dibelakang Che Aminah.



Mansor Adabi

Mansor Adabi adalah anak tunggal kepada penulis dan sasterawan terkenal sebelum perang dunia kedua di Kelantan iaitu Abdul Kadir Adabi.

Lahir pada tahun 1928 di Kelantan. Pada tahun 1947 telah pergi ke  Singapura untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Ketika itulah beliau telah berkenalan dengan M.A Majid Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Singapura dan menjadi bapa angkat beliau.

Selepas tamat peperiksaan Senior Cambridge, Mansor telah menjadi guru pelatih. Disinilah bermulanya perkenalan antara ibu Mansor Adabi dengan Che Aminah.

Pernikahan Antara Mansor Adabi dan Natrah

 Mansor Adabi dan Natrah telah menikah tidak lama selepas Che Aminah memenangi kes hak penjagaan Natrah.

Menurut Mansor, pertemuan pertama antara beliau dan Natrah adalah di Girl Homecraft Centre, York Hill, Singapura ketika Natrah dihantar ke sana ketika proses perbicaraan. Pertemuan pertama itu memang memggetarkan jiwa mereka berdua. Mansor ke sana kerana menemani Che Aminah melawat Natrah.

Pernikahan mereka berlangsung pada tahun 1950. Ketika diwawancara tentang pernikahan tersebut oleh penulis buku Voices of Asia, Mansor telah di tanya tentang adakah perkahwinan tersebut dilakukan secara paksa. Mansor menjawab ‘Yes..force of attraction’ menggambarkan betapa dia benar-benar jatuh cinta dengan Natrah.

Namun pernikahan tersebut adalah nikah gantung. Menurut Natrah, mereka bersetuju hanya akan bersama ketika Natrah mencapai usia 21 tahun (ketika pernikahan berlangsung usia Natrah baru 13 tahun)



Permulaan Kisah Lara 3 Jiwa

Siapa sangka, ikatan pernikahan yang dibayangkan akan menamatkan segala derita Natrah mengenai perebutan hak akan menjadi penyebab permulaan kisah lara 3 jiwa insan ini. Bukan saja Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi juga lara ke akhirnya.

Berita pernikahan Mansor Adabi dan Natrah menaikkan rasa amarah keluarga kandung Natrah dan kerajaan Belanda. Liputan media barat menambah bara di dada. Media mula membesar-besarkan cerita penikahan itu kononnya Natrah dipaksa bernikah dengan Mansor Adabi.

Walaupun Che Aminah memenangi kes pertama, namun kewarganegaraan Natrah masih mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda.

Dua hari selepas pernikahan Natrah dan Mansor, Che Aminah menerima surat saman peguam Sisson and Delay, Kuala Lumpur bagi pihak ibu bapa kandung Natrah. Surat saman tersebut mengatakan mereka tidak lagi mahu Che Aminah menjaga Natrah dan mereka mahu Natrah diserahkan kepada Konsul Jeneral Belanda pada 10 Ogos 1950.

Mansor Adabi juga mendapat surat yang sama namum mereka tidak mengendahkan surat saman yang dikeluarkan sehingga tarikh 10 Ogos 1950 berlalu. Perbuatan ini menyebabkan keluarga kandung Natrah memperbaharui tuntutan hak penjagaan selepas mereka kalah kali pertama. Mereka disokong kuat oleh kerajaan Belanda 

You May Also Like

2 comments