Lagenda Bola Sepak England Robbie Fowler Akan Hadir ke AEON MALL

Wah..demam Piala Dunia makin terasa apatah lagi tinggal beberapa hari je lagi dunia bakal menyaksikan bintang-bintang utama dunia akan beraksi di padang bagi merebut Piala Dunia. Bagi peminat-peminat bola sepak, pastinya tarikh 20 November sehingga 18 December 2022 menjadi tarikh yang amat penting.


Kehangatan demam Piala Dunia ini juga turut dirasakan di AEON. Bermula 15hb hingga 25hb ini pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza untuk anda berpeluang memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang ekslusif. 


Terdapat banyak pilihan barangan pasukan kegemaran anda. Meriahkan PIala Dunia anda kali ini dengan penuh ceria dan bergaya. Bukan itu sahaja! AEON bakal membawakan lagenda bola sepak England, Robbie Fawler ke AEON Mall jadi  jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Lagenda Bolasepak England, Robbie Fowler di AEON Mall Tebrau City, Johor pada 21hb Nov ini. 

Lagenda Bola Sepak England Robbie Fowler Akan Hadir ke AEON MALL



Bagi peminat-peminat yang berada di Ipoh dan juga Shah Alam pula, jangan lupa hadir ke AEON Mall Ipoh Klebang pada 20hb November dan AEON MALL Shah Alam pada 22hb Nov untuk sesi ramah mesra Robbie Fowler bersama penyokong dan peminat.Anda juga dapat menonton perlawanan antara England dan Iran secara live bersama lagenda tersebut.


Jom ke AEON Goal Bonanza. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).

Post a Comment

2 Comments