Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini

Teater adalah penggambaran drama di atas pentas. Ia memerlukan ruang, individu yang memainkan watak, dan orang yang melihat perbuatan (penonton). Teater adalah usaha kolektif ramai orang, dramatis atau penulis drama, seorang pengarah, pelakon, dan juruteknik untuk membuat penonton percaya bahawa apa yang berlaku di atas panggung adalah nyata. Teater adalah seni pertunjukan yang sangat penting, dan dengan berlalunya masa, ia telah mengambil banyak bentuk baru seperti opera sabun televisyen dan juga filem, di mana terdapat latihan dan mengambil sementara, di teater, tidak ada kemudahan sedemikian untuk penghibur.


Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini



Setelah agak lama kita sepi dengan dunia teater, kini kerinduan bakal terubat dengan teater semi muzikal kanak-kanak yang berjudul 'Payung' arahan Joe Kas. Bagi yang pertama kali mendengar nama Joe Kas, beliau adalah pengarah bagi pementasan teater Teater Ranjau Sepanjang Jalan Adaptasi Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) sekitar tahun 2020.


Kembali dengan hasil garapan seni yang terkini, teater semi muzikal kanak-kanak bertajuk 'Payung' bakal menemui peminat teater di Langkawi. Terdahulu, teater 'Payung' terlebih dahulu dipentaskan di UUM.


Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini



Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini


Teater semi muzikal kanak-kanak berjudul 'Payung' ini mengisahkan bagaimana penduduk Kota Metro Umbrella yang telah dilanda hujan asid. Bagi mengelakkan diri dari terkena hujan asid yang membawa kepada kematian ini menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada pemakaian payung setiap masa.


Oleh kerana hujan berasid ini masih belum ada penawarnya, maka Doktor Ali, Doktor Teja dan pembantu mereka yang bernama Luthfi telah bertungkus lumus berusaha mendapatkan penawar namun segala usaha mereka menemui jalan buntu hingga akhirnya Doktor Teja mencadangkan agar mereka mencari penawar secara tradisional.


Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini



Mereka merancang untuk masuk ke HutanTerabak bagi mencari penawar. Banyak pokok-pokok di Hutan Terabak telah layu dan mati akibat hujan asid. Hanya tinggal sebatang pohon yang masih hidup segar menghijau. Di situlah mereka bertemu penawar untuk wabak penyakit yang melanda. Mereka kembali ke Metro Umbrella dan berjaya mendapatkan penawar penyakit. Bagaimanapun mereka akan terus menghadapi hujan asid. Doktor Ali dan rakannya mencadangkan agar mereka sama sama menjaga alam sekitar, kebersihan semoga hujan tidak lagi berasid dan kehidupan mereka kembali sihat dan ceria.




Begitulah sinopsis teater semi muzikal kanak-kanak bertajuk 'Payung' ini. Bagi aku, teater ini sangat menarik kerana ianya sarat dengan nasihat dan pengajaran yang meminta agar kita sama-sama menjaga alam sekitar dan kebersihan. 


Tambahan lagi kerana teater ini menggunakan 'wabak' sebagai subjek utama pementasan, maka teater ini terasa seakan hidup kerana secara umumnya kita sekarang masih belum terlepas dari cengkaman wabak yang melanda.


Nyanyian Lagu Hujan


Hujan akan turun lagi

Berhati-hati kita semua

Awas wabak mengacam kita

Menular seluruh kota

Entahlah sampai bila

Kita perlu jaga berjaga

Hujan tak mengira masa

Mungkin hari ini esok lusa...

Payung ini selamat kita

Dari titis mudarat

Resah ini sampai bila

Perlu usaha untuk selamat



Lagu/lirik: Joe K.A.S



Bagi anda yang ingin menyaksikan pementasan teater semi muzikal kanak-kanak bertajuk 'Payung' ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan di Langkawi Writer's Festival (jadual seperti di bawah) ;

Tarikh

 

Tempat

 1-4 September 2022

Panggung Seni Kota Mahsuri,

Langkawi

25 Aug – 30 September 2022

Art Exhibition,

Balai Seni Negara, Langkawi




Teater Semi Muzikal Kanak-Kanak Berjudul Payung Bakal Temui Peminat September Ini

Post a Comment

1 Comments