Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.

Siapa yang tak kenal novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Profesor Emeritus Dato'  Haji Shahnon Ahmad seorang sastererawan negara kelahiran dari Kampung Banggul Derdap Sik, Kedah Darul Aman. Bagi yang tak pasti, korang boleh baca artikel aku yang bertajuk Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS)  Juara Dalam Pertaruhkan Teater Ranjau Sepanjang Jalan

Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.

Gara-gara penangan dari karya hebat tersebut dan kejayaan teater Ranjau Sepanjang Jalan yang menjadi juara pada tahun 2019, tiket pementasan teater Ranjau Sepanjang Jalan yang akan diadakan pada 14hb Mac 2020 ini telah pun habis terjual.

Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.
Profesor Emeritus Dato'  Haji Shahnon Ahmad 


Gabungan karya seniman negara dan hasil garapan dari Joe Kas selaku pengarah teater Ranjau Sepanjang Jalan telah mendapat pengiktirafan dari penonton dan telah pun dibuktikan dengan kemenangan teater ini sebagai juara pada tahun lalu.


Ranjau Sepanjang Jalan Garapan Dari Kisah Benar


Buat pengetahuan, penulis novel Ranjau Sepanjang Jalan telah menulis novel ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di negeri kelahiran penulis iaitu Kedah Darul Aman. Novel ini telah diterjemah dalam perbagai bahasa seperti Jepun, Belanda, Rusia, Sweden dan Iceland. Novel ini juga pernah diangkat ke layar perak pada tahun 1983 oleh Dato Jamil Sulong dan pengeluar filem Kemboja-Perancis dengan judul" Rice People" atau dalam bahasa Kemboja "Neak Sre" pada tahun 1994 yang juga telah diangkat sebagai filem terbaik.




Pementasan Teater Ranjau Sepanjang Jalan Bakal Berlangsung 14 Mac 2020


Seperti yang aku telah uar-uarkan dalam entri, facebook dan instagram aku sebelum ini..pementasan teater Ranjau Sepanjang Jalan bakal berlangsung di Auditorium JKKN Kedah sempena Manifestasi Teater Kebangsaan 2020 pada 14hb Mac 2020 ini.

Teater hebat ini bakal dipentaskan oleh barisan pelakon yang sangat berwibawa. Korang boleh rujuk maklumat di bawah :

Tajuk Teater
Ranjau Sepanjang Jalan

Arahan
Joe K.A.S

Karya
Adaptasi  Novel Sasterawan Negara Professor Emeritus Dato’ Dr. Shahnon Ahmad (Kisah benar dari Kg. Banggol Derdap, Sik, Kedah)

Tarikh
14 Mac 2020

Tempat
Auditorium JKKN Kedah

Masa
8.45 Malam

Harga Tiket
RM10

Barisan Pelakon
Leen Muix(Jeha), Muix METALASIA (Lahuma), Nursyafiqah (Sanah), Shaiful Amir (Tok Penghulu), Ayie Haryatie (Isteri Penghulu), Azumi Shazani (budak kampung), Muhammad Mifdhal (orang kampung), Fatin Nisda (Milah), Adam Irfan (budak kampung), Putri Anis (Jenab),  Azrul Izham (Long Kadim), Qistina Falisya (Liah), Qistina Dayana (Semek),  Hanees Sofeah (Kiah)

Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.
Watak Lahuma yang dibawakan oleh Muix METALASIA


Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.

Teater ini juga mengajak penonton untuk menyelami penderitaan pasangan Lahuma dan Jeha dalam meniti ranjau kehidupan mereka sebagai petani. Aku sendiri, saat membaca dialog rintihan Lahuma yang berbunyi " Bisa duri nibong ini, menghukum aku dengan kesakitan yang amat sangat..semenjak duri ini tertanam dalam kaki aku.." buat aku turut menyelami penderitaan itu. Betapa kesakitan yang tak tertahan yang ditanggung oleh Lahuma. Namun begitu, untuk lebih mendalami korang kena la tengok sendiri pementasan teater Ranjau Sepanjang Jalan ini.

Penangan Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tiket Teater Pementasan Ranjau Sepanjang Jalan Habis Terjual.

Tapi, sepertimana tajuk entri aku ni..TIKET TELAH PUN HABIS TERJUAL. Tahniah buat Pentas Teater Alor Setar. Bagi mereka yang bertuah yang telah mendapatkan tiket teater Ranjau Sepanjang Jalan ini, jumpa korang di sana ya!

Post a Comment

0 Comments