Tafsiran
|
|
·
|
Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir
|
·
|
Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan Negara Agama Islam
|
·
|
Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi
sekalian hamba Dewata Mulia Raya
|
·
|
Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w Raja Mandalika yang
benar secara Islam Dewata Mulia Raya
|
·
|
Bahumi ini penentu fardhu pada sekalia Raja
Mandalika
|
·
|
Islam menurut sembah Dewata Raja Mulia
|
·
|
Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu
Asma Ilahi Mu
|
Batu Bersurat Terengganu adalah batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi yang pertama di Malaysia. Batu Bersurat Terengganu adalah bukti kemunculan Islam di Terengganu sebelum 1326 atau 1386.
Diukir dengan tulisan jawi dalam bahasa Melayu Purba, tulisan pada batu ini menerangkan tentang Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukum mengikut taraf seseorang. Ini jelas tertulis pada ukiran yang berbunyi :
- Keluarga di benua jauh jika (minta bahagian)
- Datang berikan. Keempat (derma) orang berpiutang
- Jangan mengambil (laba jika diambil) hilangkan emas
- Kelima dema barang orang (laki-laki) merdeka.
- Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas.
- Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang.
- Orang berbuat balacara laki-laki perempuan satitah
- Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu
- Seratus rotan jika beristeri
- Atau perempuan bersuami ditanam hinggakan
- Pinggang di hambalang dengan batu matikan
- Jika ingkar (balacara) hambalang jika anak Mandalika
Aku tahu, memang payah nak fahamkan apa yang dimaksudkan tapi ayat diatas jelas menerangkan tentang hudud. Nah aku kongsikan sedikit tafsiran makna :
Bahasa
Melayu Purba
|
Maksud
|
Santabi
|
Sahabat
|
Asa
|
Amanah
|
Deawata
Mulia Raya
|
Allah
|
Derma
Meraksa
|
Benda betul
|
Mandalika
|
Pembesar
|
Ahumi
|
Agama
|
Raja
Manda
|
Raja Dunia
|
Sejarah Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai pada tahun 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut pada tahun tersebut.
Gambar kredit : Gaya Travel Magazine |
Kemudian, pada tahun 1902, batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari iaitu seorang saudagar di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki di tangga surau berkenaan. Ketika dijumpai, batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.
Saiyed Husin kemudian meminta penguhulu Kampung Buloh iaitu Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu. Batu itu kemudiannya dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu tersebut diletakkan ke atas Bukit Puteri.
Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Mr. H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O Blegden untuk dikaji. Pada tahun 1923, batu ini telah duhantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
10 Comments
Tak pernah pergi terengganu lagi. Seronoknya dapat tengok sejarah2 kt sana.. kalau tk, tak tau la apa maksud batu2 tu time belajar dulu.
ReplyDeleteTerengganu memang ada sejarah yang tersendiri jika sentuh Bab Kedatangan Islam. Kedatangan Islam membawa rahmat kepada penduduk setempat. Beruntung kita yang Muslim sejak lahir lagi. Semoga sejarah ini tidak di lupakan.
ReplyDeleteThis is a good post. All history facts are describe in brief. Teruskan Blog topic2 macam ini ya. Thanx for sharing and have a good weekend.
ReplyDeleteBagus betul... siap dengan translation lagi tu Cik Min... superb... penting untuk kita mengkaji sejarah bukan sahaja untuk waktu ini tetapi lebih untuk generasi akan datang kan... teruskan dengan topik yang menarik ini ya Cik Min... ;)
ReplyDeleteTerengganu sebuah negeri yang penuh dgn sejarahnya. Negeri cantik, indah. Teringin nk pgi lagi lepas ni.
ReplyDeletebatu bersurat ni memang ikon negeri Terengganu. DONE CLAIM..hehe oh rupanya sebelum ni batu bersurat ni ada kat muzium singapura ye.. pada la pelik kenapa lama dah jumpa tapi belum pernah display kat muzium negeri terengganu tu
ReplyDeleteMasa sekolah dulu glemer pasal kisah batu bersurat ni smpai lupa dh, tq Kak min share
ReplyDeleteWah, tak tahu pun yang tersirat di sebalik batu bersurat. Dulu masa kecil ikut mak ayah pergi terengganu, pergi tempat batu bersurat ni, tapi tak tahu pula ada banyak yang tersirat sejarah lama ni. Siap beli keychain batu bersurat dulu masa kecil
ReplyDeleteKita tak tahu pun sejarah detail pasal baru bersurat ini hurmmm. Bila baca kat sini baru tau menarik juga dan sangat begitu klasik. Nanti nak pergi sana nak baca lagi detail...
ReplyDeletekita suka baca entry macam ni. informatif. thankyou cikmin. kadang kita macam tahu apa sejarah batu bersurat tapi kadang kita tak tahu pun disebaliknya. yang ni macam dah lebih faham apa yang batu bersurat sampaikan.
ReplyDelete