Akademi Diyana Dan SME Corp Malaysia Bekerjasama Dalam Program Women Beauty Preneur Di Bawah Inisiatif Program Micro Connector

Khamis lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Penutup Program Women Beauty Preneur Akademi Diyana. Bagi pembaca blog aku, pasti anda sudah mengetahui serba sedikit tentang Akademi Diyana ini melalui artikel yang pernah aku tulis mengenai Akademi Diyana.



Bagi mereka yang mungkin belum pasti apakah Akademi Diyana, Akademi Diyana adalah sebuah akademi kecantikan yang membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa untuk mendalami dunia kecantikan.


Selain itu, Akademi Diyana turut bekerjasama dengan SME CORP, HRD CORP, JPK dan PERKESO bagi membuka peluang kepada usahawan baru, peniaga yang terdiri dari golongan B40/M40, ibu tunggal, asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja semasa pendemik Covid 19 berumur 18 tahun ke atas untuk menjalani latihan kemahiran jangka pendek bagi membantu golongan ini untuk menjana pendapatan sendiri. Akademi Diyana akan melatih mereka dari segi kemahiran, permulaan perniagaan dan juga cara pemasaran produk/perkhidmatan. Mereka mensasarkan pembelajaran jangka pendek seluruh negeri bagi memberi peluang kepada semua golongan ini tidak kira jauh atau mahupun dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka.


Akademi Diyana Dan SME Corp Malaysia Bekerjasama Dalam Program Women Beauty Preneur Di Bawah Inisiatif Program Micro Connector


Bertempat di Spaceseven Setia Avenue, Setia Alam baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penutup Program Women Beauty Preneur Akademi Diyana. Program ini adalah usahasama antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia dalam Program Beauty Preneur di bawah inisiatif Program Micro Connector.



SME Corp, Malaysia selaku agensi penyelaras pusat pembangunan PMKS di Mo laysia turut memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro untuk berkem bang maju dan berdaya saing dalam pasaran. Program Micro Connector meru pakan program induk yang dilaksanakan khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan secara lebih cekap serta membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40, OKU, Orang Asli, bekas banduan dan sebagainya dalam mempelajari teknik serta memperoleh kemahiran baharu, sekaligus menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.


Bagi merealisasikan hasrat ini, SME Corp. Malaysia mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk dilantik sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan bagi mem bimbing kumpulan sasaran.


Sejak Program Micro Connector mula dilaksanakan pada tahun pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, seramai 19,171 peserta termasuk perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif telah menerima manfaat dengan jumlah bantuan bernilai RM11 juta. Program Micro Connector telah melakar kejayaan seperti ada antara peserta merekodkan peningkatan purata pendapatan bulanan sehingga 100% setelah menyertai program ini.


Syarikat Akademi Kecantikan Artistik Diyana merupakan salah sebuah Rakan Penyedia Perkhidmatan di bawah bagi Program Micro Connector yang telah di lantik pada tahun ini (2022) yang menganjurkan Program Women Beauty Preneur. Program ini memberi manfaat kepada 400 orang peserta wanita dengan mem bantu mereka mempelajari teknik dan kemahiran solekan khusus bagi acara Day, dinner Occasion, professional Ethics dan latihan pemasaran serta memberikan pe serta kit permulaan perniagaan seterusnya menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.



Akademi Diyana telah pergi ke setiap negeri yang terpilih untuk menjayakan Pro gram Woman Beauty Preneur(Program Micro Connector) dan kini merancang un tuk melanjutkan program bagi peserta Women Beauty Preneur (Program Micro Connector) dengan memilih seramai 200 orang peserta terbaik dalam program sebelum ini untuk diberi pemantauan penuh selama 6 bulan sehingga mereka berjaya menjana membantu mereka mendapatkan dana pinjaman untuk melanjutkan pelajaran pendapatan sendiri. Pihak Akademi Diyana juga akan turut kemahiran ke peringkat advance sehingga mendapat sijil yang diiktiraf serta dana pinjaman sebagai modal awal perniagaan.


Akademi Diyana juga akan menjelajah ke setiap negeri memberi latihan jangka pendek kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang kemahi ran sebagai platform perniagaan. Dalam kursus jangka pendek ini kami akan lebih menekankan persediaan para peniaga dengan dandanan diri (imej groom ing).pemasaran luar talian (off line marketing).bercakap dikhalayak ramai (public speaking).asas perakaunan dan ilmu pembayaran tax bagi setiap
perniagaan. 



Bagi golongan yang kurang berkemampuan, Akademi Diyana mensasarkan ker jasama dengan jabatan kerajaan negeri seperti pusat zakat dan kebajikan masyarakat untuk mengeluarkan dana bagi belia,ibu tunggal,anak yatim,asnaf serta OKU untuk menceburkan diri dalam pembelajaran bidang kemahiran se hingga mendapat sijil yang diiktiraf sekurang-kurangnya SKM level 2. Ini sebagai usaha membantu mereka menjana pendapatan sendiri dan menaik taraf dalam kehidupan harian golongan ini.


Program yang  dirancangkan ini adalah untuk mencapai Visi Akademi Diyana bagi melahirkan golongan berilmu, mahir dan profesional ke arah memban gunkan nilai usahawan dalam industri kosmetik, rawatan kecantikan/spa, salon rambut serta juru make up.


Akademi Diyana sasarkan pembelajaran jangka pendek di seluruh negeri, bagi memberi peluang kepada semua golongan ini tanpa mengira jauh atau dekat untuk dapat turut serta menceburi peluang yang dibuka.


Akademi Diyana yang terletak di Setia Alam menyediakan kelas yang kondusif dan selesa buat para pelajar. Kelas berdasar kepada permintaan pelajar kerana kelas akan berlangsung secara 'one to one'. 



Bagi sesiapa yang ada sebarang pertanyaan atau berminat ingin menyertai bidang kemahiran kecantikkan, kursus jangka pendek, bengkel-bengkel anjuran Akademi Diyana, bolehlah hubungi mereka di talian ;


Tel : 017-3309063/012-3009037




Post a Comment

1 Comments

  1. Bagusnya dia tubub akdemi macam ni, bagi mereka yang kinat ke arah bidang ni, boleh masuk dalam akademi Diyana ni kan...

    ReplyDelete