AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR & HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK

Sabtu lepas aku berkesempatan berkunjung ke AEON Mall Shah Alam untuk menyaksikan majlis pelancaran kolaborasi antara AEON CO. (M) BHD. atau AEON dan Omar dan Hana bagi memperkenalkan lima pilihan Onigiri untuk kanak-kanak.


Onigiri iaitu makanan yang berasal dari Jepun, kini sangat terkenal di Malaysia. Justeru itu bagi memperkenalkan Onigiri untuk pasaran kanak-kanak, terdapat 5 perisa yang diperkenalkan  dan turut diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana. Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana, Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra. 


Majlis tersebut turut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi AEON CO. (M) BHD.; Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON CO. (M) BHD.; Sinan Ismail, CEO & Pengasas Digital Durian dan Izrol Izuddin Ahmad, Pengurusan IP Tempatan & Pembangunan Perniagaan Astro.

Menurut Sunny Setiawan, 

Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan animasi terkenal Omar & Hana untuk memasarkan rangkaian onigiri dengan perisa terbaharu kami. Usaha sama ini merupakan salah satu langkah AEON untuk menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia-Jepun dan kami yakin produk ini mampu mendapat sambutan yang baik dari para pelanggan AEON dan peminat Omar & Hana sendiri

 

AEON BERKOLABORASI DENGAN OMAR & HANA PERKENALKAN LIMA PILIHAN ONIGIRI UNTUK KANAK-KANAK


Ketika ditanya mengapakah Onigiri yang menjadi pilihan? Menurut beliau, pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi ini juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Onigiri juga merupakan makanan dari Jepun yang bukan sahaja boleh dimakan segera malah mengenyangkan. Justeru, AEON ingin membawa corak dan budaya pemakanan yang sihat ini di negara kita.
 
Kami ingin jadikan AEON sebagai duta kecil Jepun di Malaysia yang dapat memperkenalkan dengan lebih dekat budaya positif masyarakat Jepun. Produk yang akan dihaslkan oleh AEON Delicatessen ini juga adalah disahkan halal oleh JAKIM.
 ujar beliau lagi.

Tambahan lagi, Onigiri yang diperkenalkan kepada kanak-kanak ini tidak direndam dengan cuka sepertimana biasanya dan hanya direndam dengan garam bagi memastikan rasanya tidak terlalu tajam buat kanak-kanak  dan memastikan kanak-kanak suka dengan rasa Onigiri ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot Omar dan Hana yang mempromosikan rangkaian onigiri tersebut serta aktiviti kuiz bersama pengunjung. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan perdana video dan lagu onigiri Omar & Hana. Menurut Sinan Ismail pula, “Bagi melaksanakan kerjasama ini, kami ingin memperkenalkan makanan yang berkhasiat dan senang dimakan oleh kanak-kanak. Kami yakin onigiri adalah produk yang paling tepat. Ianya berasal dari Jepun dan merupakan antara makanan yang amat digemari waktu kini,”


“Kami juga berasa amat bertuah dapat berkolaborasi dengan pihak AEON, sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya yang luas. Melalui rangkaian ini, sudah tentu onigiri Omar & Hana dapat dinikmati oleh ramai pelanggan di seluruh negara, bukan sahaja kanak kanak, malah orang dewasa.” ujar beliau.

Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua. 


Mengenai AEON Runcit 


AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia 
dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. 

AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di 
Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. 

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. 
Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan 
pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui 
jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah 
untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

LinkedIn: AEON Group Malaysia


Mengenai Omar & Hana


Omar & Hana adalah animasi berteraskan islamik Nombor 1 di Malaysia. Bermula pada tahun 2017, 
Omar & Hana kini telah berjaya mendapatkan lebih dari 6 Juta langganan di YouTube dalam semua 
bahasa.

Selain di Malaysia, Omar & Hana juga ditonton di serata dunia dan telah dialih suara ke Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan juga Bahasa Urdu.

Jom ikuti media sosial Omar & Hana di:



Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik juga ni. Rasa nak beli onigiri jugak lah. Nyummmss

    ReplyDelete
  2. Pnigiri ni kalau makan satu memang boleh kenyang kalau anak-anak kan. Anak kita memang suka

    ReplyDelete
  3. Bagus betul, so anak-anak makan tak perlu risau pedas ke apa ke, sebab banyak pilihan tu haaaa...

    ReplyDelete