Hotel Review | Royale Chulan Seremban

Minggu lepas aku berkesempatan untuk menginap selama 3 hari 2 Malam di Royale Chulan Seremban. Walaupun hotel Royale Chulan Seremban ini hotel lama yang mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan namun suka aku untuk berkongsi pengalaman menginap di sini.  


Hotel Review | Royale Chulan Seremban

    

Hotel Review | Royale Chulan Seremban


Aku jarang ke Seremban, kalau ke Negeri Sembilan pun sebelum ni aku asyik menuju ke Port Dickson. Jadi kali ini aku mengambil peluang untuk meneroka tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan. Dan untuk trip 3 hari 2 malam ini, aku menginap di Hotel Royale Chulan Seremban.

Terletak di Jalan Dato A.S Dawood, Seremban menawarkan 7 jenis bilik penginapan iaitu ;

  • Superior Room
  • Deluxe room
  • Executive Room
  • Executive Suite
  • Alcove Suite
  • Grand Duplex
  • Duplex Suite

Hotel Review | Royale Chulan Seremban
Duplex Suite



Oleh kerana Royale Chulan Seremban adalah hotel lama, maka di setiap bilik air terdapat bathtub disediakan di mana agak jarang hotel-hotel baru sekarang menyediakan bathtub di dalam bilik air.

Bilik yang aku menginap selama 3 hari 2 malam adalah Deluxe Room. Biliknya luas dan cantik cuma agak sunyi juga jika menginap seorang.


Hotel Review | Royale Chulan Seremban


Untuk bilik yang aku duduk ni ;

  • 35 sqm
  • Smoking or non-smoking
  • Super king size bed, Twin bed, or Triple bed (connecting room available upon request)
  • Separate bath & shower unit 

Manakala dari segi fasiliti yang disediakan pula adalah ;

  • Air Conditioning
  • Cable Television
  • Private toilet and bath
  • Coffee/Tea maker
  • Mini bar
  • Telephone with IDD
  • Wi-Fi internet access
  • Room Safe
  • Hairdryer
  • Work desk
  • Voicemail Sysytem
  • Daily newspaper
  • Electronic door locks
  • Iron and Ironing Board

Bagi mereka yang sukakan kolam renang, kolam renang yang besar serta penuh dekorasi turut disediakan di Hotel Royale Chulan Seremban ini.


Hotel Review | Royale Chulan Seremban


Harga untuk setiap bilik adalah berbeza namun harga bermula dari RM140++. Waktu check-in adalah pada pukul 3.00 petang manakala waktu check-out adalah pada pukul 12.00 tengahari. Jika anda ingin menginap di sini pastikan anda sudah melengkapi 2 dose vaksin kerana pihak hotel hanya menerima tetamu yang sudah lengkap di vaksin. Kad pengesahan vaksinasi perlu ditunjukkan beserta kad pengenalan anda.


Oleh kerana aku datang ketika hotel baru memulakan operasi selepas PKP, keadaan agak sedikit kelam kabut ketika pendaftaran masuk dan ketika waktu sarapan. Mungkin kerana tidak cukup kakitangan kerana aku difahamkan ketika ini banyak hotel mengalami masalah kekurangan staff berikutan pandemik yang melanda dunia.


Jika  anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hotel Royale Chulan Seremban, bolehlah menghubungi mereka di ;

Alamat : Royale Chulan Seremban
Jalan Dato A.S Dawood, 70100,
Seremban, Negeri Sembilan



Post a Comment

2 Comments

  1. wahh cantik jgk hotel ni ye.. harga pon ok..

    ReplyDelete
  2. Datang sini membaca, nanti plan nak ke N9 so bolehlah try stay sini haaa

    ReplyDelete