5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak

Memiliki tubuh yang langsing serta kesihatan yang baik walaupun makan banyak adalah idaman setiap manusia terutama dari golongan hawa. Umum mengetahui bahawa kaum hawa sangat mengidamkan utuk memliliki tubuh yang langsing dalam masa yang sama boleh makan apa saja. Aku juga tidak terkecuali memiliki impian sebegitu, miliki badan langsing dalam masa yang sama boleh makan banyak.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak

Tetapi kedengaran agak mustahilkan? Manalah mungkin kita dapat berbadan sihat dan langsing jika kita makan banyak. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya impian itu bukanlah mustahil jika anda mengikuti tips berikut ;


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak 


1. Jaga Portion Makanan

Sebenarnya kita boleh makan apa sahaja asalkan kita berpada-pada dan menjaga portion makanan kita. Kerana itu kita sering dicadangkan untuk mengambil portion makanan suku, suku, separuh. Tapi apakah maksud suku, suku, separuh tu? 


Isikan suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan lain-lain. Suku pinggan lagi isikan karbohidrat seperti nasi dan separuh pinggan lagi penuhkan dengan sayuran dan buah-buahan


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


2. Bersenam

Bersenam sememangnya menjadi saranan untuk mendapatkan badan yang sihat dan kekal langsing. Sebenarnya tak perlu bersusah pergi ke gym jika alasan anda tidak bersenam kerana tiada masa atau tiada gym berdekatan anda, memadai anda hanya berjalan kaki selama 30 minit itu pun sudah mencukupi. 


Dengan bersenam anda akan mendapat banyak kebaikan seperti ;

  • Meningkatkan kecergasan fizikal
  • Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.

  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Melambatkan osteoprosis.
  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak



3. Minum Air Kosong

Pengambilan air kosong dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak. Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism yang menemukan bahawa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita. Andrea Giancoli N., MPH, RD, dan jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyampaikan bahawa minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya. Pengambilan air kosong secara berkala juga akan membantu mengawal berat badan anda.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


4. Biasakan Minum Teh Hijau

Umum mengetahui bahawa teh hijau terlalu banyak kebaikannya. Selain mencantikkan kulit, teh hijau juga mampu untuk membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, kandungan ECGC dalam teh hijau mampu membakar lemak lebih cepat dan  mengurangkan nafsu makan


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


5. Mengambil Makanan Tambahan Yang Berkhasiat

Bukan semua orang suka makan sayur atau buah-buahan. Jadi, sebagai langkah alternatif untuk kekal sihat walaupun makan banyak adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti makanan sunnah. Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seperti mana definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.

 

Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak / pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

 

Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. Dan antara makanan sunnah yang dianjurkan ialah Jintan Hitam atau Habbatus Sauda. Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan antitumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


Kerana itu aku memilih Afyaa Hayyiba yang diperkaya dengan ramuan eksklusif Thymocid® ektrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat dan Polypeptide-k (PPk™) ekstrak Biji Peria buatan Malaysia. Selain ektrak Habbatus Sauda dan ektrak biji Peria, kandungan lain yang terdapat dalam Afyaa Hayyiba ialah ekstrak Gymnema Sylvestre, ekstrak Kulit Kayu Manis, ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


Siapa yang memang follow aku sejak dahulu mesti tahu aku seorang yang sering travel dan sangat suka memasak dan berkongsi resipi-resipi masakan. Kedua-dua hobi dan kegemaran aku ini sebenarnya melibatkan stamina. Jangan tak tahu! Memasak juga memerlukan tenaga dan stamina ye! Sebab itu aku mengamalkan Afyaa Hayyiba ini tambahan pula aku seorang yang suka makan dan kurang bersenam.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


Antara manfaat Afyaa Hayyiba ialah ;

  • Meningkatkan imuniti
  • Meningkatkan stamina
  • Mengurangkan keradangan
  • Mengurangkan tekanan oksidatif
  • Mempercepatkan penyembuhan luka

Apa yang lebih menarik, Afyaa Hayyiba ini diformulasikan khas buat mereka yang ;

  • Mahu mengoptimumkan kesihatan keseluruhan
  • Sering mengambil makanan dan minuman yang bergula
  • Mengamalkan diet tidak sihat
  • Jarang bersenam 
  • Umur pertengahan
  • Mengidamkan makanan sunnah dalam diet

Dan dah tentulah Afyaa Hayyiba ini berstatus halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Secara jujurnya kenapa aku memilih Afyaa Hayyiba ini adalah kerana ia diasaskan oleh Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, jadi lebih yakin sebenarnya..maklumlah diasaskan oleh seorang doktor yang terkemuka di Malaysia ni kan!


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak



Itulah dia sedikit tips yang sempat aku kongsikan buat kali ini. 5 tips untuk kekal sihat walaupun makan banyak. Insyallah lain kali aku kongsi pula tips kecantikan. Oh ye! Bercakap soal kecantikan, Afyaa turut mengeluarkan Afyaa Ryndu iaitu tablet untuk kecantikan yang diformulasikan dari ;

Red Orange Complex™ dari Itali

·         Meminimumkan sensitiviti kulit

·         Mengurangkan kemerahan dan hiperpigmentasi

·         Membaikpulih penampilan kulit

Ekstrak Yis Torula dari Jepun

·         Mengandungi keupayaan untuk mencerahkan kulit

·         Menggalakkan penghasilan kolagen

·         Merencat penghasilan melanin

·         Melawan radikal bebas

Ekstrak Biji Anggur

·         Bertindak secara langsung terhadap sel kulit

Superoxide Dismutase (SOD)

·         Membantu menghalang tanda-tanda penuaan pramatang

·         Mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit

Vitamin C

·         Membantu mengurangkan pengoksidaan kulit, pigmentasi tidak sekata dan menggalakkankesihatan kolagen

Zink Sitrat

·         Bertindak sebagai factor bersama bagi enzim penting (SOD) yang terlibat dalam fungsi system pertahanan antioksidan yang baik.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


Manakala manfaat Afyaa Ryndu pula adalah untuk ;

  • Menaikkan seri wajah
  • Mengekalkan keanjalan
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Menggalakkan kesihatan kulit
  • Melawan radikal bebas

5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak


Caranya hanya perlu mengambil 1 atau 2 biji tablet sehari. Sedap! Itu jaminan aku. Sebab ada setengah tablet tu rasanya kurang enak, berlainan dengan Afyaa Ryndu yang bukan sahaja baik untuk kulit malah rasanya sedap.


5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak



Aku dah amalkan selama 2 minggu pengambilan Afyaa Hayyiba dan Afyaa Ryndu ni dan secara jujur untuk Afyaa Ryndu aku belum lah lagi merasai perubahan tapi untuk Afyaa Hayyiba memang rasa lebih bertenaga.

Untuk Afyaa Hayyiba biasanya aku akan ambil pagi selepas aku  berjogging. Memang rasa lain la stamina tu! Tak mudah penat dan semput. Manakala untuk Afyaa Ryndu aku akan ambil sebelum sarapan. 


Jika anda berminat untuk mencuba produk Afyaa yang diasaskan oleh Dato' Dr. Sheikh Muszafar ni anda boleh la layari ;

Laman web : https://afyaa.com/
Facebook : afyaaofficial
Instagram : afyaaofficial


Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus betul produk ni ada habbatus sauda yang mempunyai banyak khasiat. Oh baru tahu diasaskan oleh angkasawan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..memang bagus. Sy tgh consume ni sekarang n mmg puas ati

      Delete
  2. Ohh wow...now I know KAK min secret tips to stay healthy :) Gonna learnt them all. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. wah boleh amalkan ni.. utk kekalkan momentum agar terus sihat dan ceria

    ReplyDelete
  4. Sis suka produk yang boleh mengelakkan keradangan, bagus tau, sebab kalau kita salah makan, boleh jadi radang perut.. nanti boleh cuba ni..

    ReplyDelete