Memiliki tubuh yang langsing serta kesihatan yang baik walaupun makan banyak adalah idaman setiap manusia terutama dari golongan hawa. Umum mengetahui bahawa kaum hawa sangat mengidamkan utuk memliliki tubuh yang langsing dalam masa yang sama boleh makan apa saja. Aku juga tidak terkecuali memiliki impian sebegitu, miliki badan langsing dalam masa yang sama boleh makan banyak.
Tetapi kedengaran agak mustahilkan? Manalah mungkin kita dapat berbadan sihat dan langsing jika kita makan banyak. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya impian itu bukanlah mustahil jika anda mengikuti tips berikut ;
5 Tips Untuk Kekal Sihat Walaupun Makan Banyak
1. Jaga Portion Makanan
Sebenarnya kita boleh makan apa sahaja asalkan kita berpada-pada dan menjaga portion makanan kita. Kerana itu kita sering dicadangkan untuk mengambil portion makanan suku, suku, separuh. Tapi apakah maksud suku, suku, separuh tu?
Isikan suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan lain-lain. Suku pinggan lagi isikan karbohidrat seperti nasi dan separuh pinggan lagi penuhkan dengan sayuran dan buah-buahan
2. Bersenam
Bersenam sememangnya menjadi saranan untuk mendapatkan badan yang sihat dan kekal langsing. Sebenarnya tak perlu bersusah pergi ke gym jika alasan anda tidak bersenam kerana tiada masa atau tiada gym berdekatan anda, memadai anda hanya berjalan kaki selama 30 minit itu pun sudah mencukupi.
Dengan bersenam anda akan mendapat banyak kebaikan seperti ;
- Meningkatkan kecergasan fizikal
Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
- Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
- Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.
- Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
- Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
- Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.
- Melambatkan osteoprosis.
- Berpeluang bergaul dengan orang ramai.
3. Minum Air Kosong
Pengambilan air kosong dapat meningkatkan kemampuan tubuh
untuk membakar lemak. Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology
Clinical and Metabolism yang menemukan bahawa air kosong dapat meningkatkan
metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita. Andrea Giancoli N., MPH, RD,
dan jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyampaikan bahawa
minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda
sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya. Pengambilan air kosong
secara berkala juga akan membantu mengawal berat badan anda.
4. Biasakan Minum Teh Hijau
Umum mengetahui bahawa teh hijau terlalu banyak kebaikannya. Selain mencantikkan kulit, teh hijau juga mampu untuk membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, kandungan ECGC dalam teh hijau mampu membakar lemak lebih cepat dan mengurangkan nafsu makan
5. Mengambil Makanan Tambahan Yang Berkhasiat
Bukan semua orang suka makan sayur atau buah-buahan. Jadi, sebagai langkah alternatif untuk kekal sihat walaupun makan banyak adalah dengan mengambil makanan tambahan seperti makanan sunnah. Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seperti mana definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.
Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak /
pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. Dan antara makanan sunnah yang dianjurkan ialah Jintan Hitam atau Habbatus Sauda. Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan antitumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan.
Kerana itu aku memilih Afyaa Hayyiba yang diperkaya dengan ramuan eksklusif Thymocid® ektrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat dan Polypeptide-k (PPk™) ekstrak Biji Peria buatan Malaysia. Selain ektrak Habbatus Sauda dan ektrak biji Peria, kandungan lain yang terdapat dalam Afyaa Hayyiba ialah ekstrak Gymnema Sylvestre, ekstrak Kulit Kayu Manis, ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium.
Siapa yang memang follow aku sejak dahulu mesti tahu aku seorang yang sering travel dan sangat suka memasak dan berkongsi resipi-resipi masakan. Kedua-dua hobi dan kegemaran aku ini sebenarnya melibatkan stamina. Jangan tak tahu! Memasak juga memerlukan tenaga dan stamina ye! Sebab itu aku mengamalkan Afyaa Hayyiba ini tambahan pula aku seorang yang suka makan dan kurang bersenam.
Antara manfaat Afyaa Hayyiba ialah ;
- Meningkatkan imuniti
- Meningkatkan stamina
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan tekanan oksidatif
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Mahu mengoptimumkan kesihatan keseluruhan
- Sering mengambil makanan dan minuman yang bergula
- Mengamalkan diet tidak sihat
- Jarang bersenam
- Umur pertengahan
- Mengidamkan makanan sunnah dalam diet
Red
Orange Complex™ dari Itali |
·
Meminimumkan sensitiviti kulit ·
Mengurangkan kemerahan dan hiperpigmentasi ·
Membaikpulih penampilan kulit |
Ekstrak
Yis Torula dari Jepun |
·
Mengandungi keupayaan untuk mencerahkan kulit ·
Menggalakkan penghasilan kolagen ·
Merencat penghasilan melanin ·
Melawan radikal bebas |
Ekstrak
Biji Anggur |
·
Bertindak secara langsung terhadap sel kulit |
Superoxide
Dismutase (SOD) |
·
Membantu menghalang tanda-tanda penuaan
pramatang ·
Mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit |
Vitamin
C |
·
Membantu mengurangkan pengoksidaan kulit,
pigmentasi tidak sekata dan menggalakkankesihatan kolagen |
Zink
Sitrat |
·
Bertindak sebagai factor bersama bagi enzim
penting (SOD) yang terlibat dalam fungsi system pertahanan antioksidan yang
baik. |
- Menaikkan seri wajah
- Mengekalkan keanjalan
- Melindungi kulit daripada sinaran UV
- Menggalakkan kesihatan kulit
- Melawan radikal bebas
5 Comments
Bagus betul produk ni ada habbatus sauda yang mempunyai banyak khasiat. Oh baru tahu diasaskan oleh angkasawan negara.
ReplyDeleteYe betul..memang bagus. Sy tgh consume ni sekarang n mmg puas ati
DeleteOhh wow...now I know KAK min secret tips to stay healthy :) Gonna learnt them all. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletewah boleh amalkan ni.. utk kekalkan momentum agar terus sihat dan ceria
ReplyDeleteSis suka produk yang boleh mengelakkan keradangan, bagus tau, sebab kalau kita salah makan, boleh jadi radang perut.. nanti boleh cuba ni..
ReplyDelete