Permohonan i-Sinar Boleh Dibuat Mulai Hari Ini : Panduan Lengkap Permohonan Baharu i-Sinar

by - Monday, December 21, 2020

Umum mengetahui bahawa permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar boleh dibuat mulai 20hb Disember 2020. Namun permohonan hanya boleh dibuat secara online. Berikut adalah panduan permohonan baharu i-Sinar.



Panduan Lengkap Permohonan Baharu i-Sinar

1. Pemohon wajib memohon melaui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit. Pastikan nombor MyKad/MyPR serta nombor telefon bimbit adalah betul



3. Tekan 'Teruskan'


4. (i) Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP




4. (ii) Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan

5. Tetapkan Amaun Pilihan




6. Tetapkan Bayaran Bulanan Pertama dan tekan TERUSKAN




7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi




8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN




9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan √

 sebelum tekan HANTAR



10. Permohonan anda diterima dan akan diproses


Semoga panduan ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang masih keliru tentang bagaimana ingin membuat permohonan baharu i-Sinar. Apa pun sebelum membuat permohonan, fikirkan terlebih dahulu bagaimana untuk membelanjakan wang anda secara berhemah dan semoga wang itu dapat membantu mengurangkan keperitan hidup yang dialami.

Bagi mereka yang berkemampuan, jangan lupa untuk menunaikan zakat KWSP. Untuk penerangan lanjut boleh baca di sini https://www.bebelancikmin.com/2020/12/panduan-zakat-kwsp.html

Artikel berkaitan

3 comments

  1. nice sharing.berita baik bg pemegang akaun kwsp kan

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak daftar nih. Nak keluarkan berapa ya. Hehe

    ReplyDelete
  3. Ala elya tak byk la gandaan tu. I nk pakai duit i boleh tak? Hehe. Dah apply gak.

    ReplyDelete