Wajibkah Pengeluaran i-Sinar Dikenakan Zakat? Panduan Zakat KWSP

Berikutan tentang permohonan i-Sinar yang boleh dibuat mulai hari ini, (Baca lanjut di sini https://www.bebelancikmin.com/2020/12/permohonan-i-sinar-boleh-dibuat-mulai.html) ada perkara penting yang perlu diambil peduli iaitu kewajipan menunaikan zakat.


Zakat KWSP

Umum mengetahui bahawa wang KWSP adalah wang hasil dari simpanan pekerjaan dari usia muda hingga usia persaraan. Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Berikutan dengan pengumuman Kerajaan Malaysia tentang pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bagi membantu meringankan beban akibat Covid-19, dijangkakan seramai 8 juta pencarum bakal menikmati wang ini bermula Januari 2021.




FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.


Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (selepas pindaan) Mengenai Isu Pembersihan تَصْفِيَّة (Tasfiyyah)

Keuntungan Pelaburan Akaun KWSP

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 Jumlah pengeluaran KWSP yang wajib dizakatkan adalah keseluruhannya (pokok + dividen + bonus) TANPA perlu diasingkan (tidak perlu pembersihan) pulangan dividen atau bonus yang tidak patuh syariah. Ini kerana para penyimpan diwajibkan mencarum oleh pihak kerajaan tanpa ada pilihan (ijbari). Penyimpan juga tidak wajar dibebankan ke atas sesuatu tindakan kerajaan yang di luar kawalan mereka.

“Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain”

Fatir : 18 dan Al-An’aam 164

Kaedah fiqh تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ iaitu “tindakan pemerintah terhadap rakyat harus terikut dengan kemaslahatan” membenarkan pengurusan wang rakyat oleh kerajaan mengikut Akta KWSP 1991. 

Namun sekiranya nanti, KWSP sudah menyediakan pilihan pelaburan secara patuh shariah, maka penyimpan yang tidak memilih pelaburan tersebut perlulah membersihkan /menyucikan bahagian yang haram / syubhah tersebut ke Baitulmal.


Jenis Zakat KWSP

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

 

  • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain

  • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP


Contoh Pengiraan Zakat KWSP


Encik Lukman mengeluarkan wang i-Sinar sebanyak Rm10,000 ;

 

Jumlah zakat yang dikenakan : RM10,000 X 2.5% = RM250.00


Dalil Wajib Zakat

 Dalil Al-Quran:

 

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤

 

يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا۟ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ ۝٣٥

 

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

 

(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

 

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

 

(Hadis riwayat Abu Daud)

 Rujukan : Zakat Selangor


Pengecualian Zakat KWSP di Musim Covid-19?

Dalam situasi terdesak musim Covid-19 ini, Institusi Zakat dan Jawatankuasa Syariah KWSP setuju zakat KWSP di kecualikan. 

Pengecualian ini adalah dengan alasan pengeluaran dibuat disebabkan mereka tiada sumber pendapatan lain.

Namun begitu adalah diingatkan bahawa pengecualian ini hanya tertakluk bagi mereka yang benar-benar terdesak dan langsung tiada pendapatan lain selain dari pengeluaran i-Sinar atau i-Lestari.

Diharapkan artikel ini bermanfaat dan membantu anda dalam membuat pengiraan zakat untuk pengeluaran i-Sinar anda. Asingkan terlebih dahulu bahagian zakat anda sebelum anda menggunakan wang tersebut. Ingat! Zakat adalah kewajipan dan tanggungjawab seluruh umat Islam. 

Post a Comment

15 Comments

  1. Doakan pengeluaran i sinar tuh lulus dulu kak nanti kita g bayar zakat ya.

    ReplyDelete
  2. Thank you mengingatkan. Semoga dapat ringankan beban mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. Terimma kasih diatas peringatan untuk kita . Memang kita ni sering alpa, cuma ingat watu bulan puasa aja nak bayar zakat fitrah kan.

    Bagus pekongsian Cik Min ni

    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  4. Zakat ni wajib untuk umat Islam. Terima kasih atas peringatan ☺️

    ReplyDelete
  5. Hahahaa ni artikel untuk kita suri rumah baru nak keluar i-sinar ke kak? PZS dah keluar memo oii. Ayuhh kita menunaikan zakat. Semoga kehidupan kita diberkati dan wang tersebut dapat membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Zakat mmg wajib bila dah ada pendapatan. Makna zakat itu sendiri maksud menyucikan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan peringatan. Mujur juga ada pengecualian bagi mereka yang terdesak sewaktu Covid ni.

    ReplyDelete
  8. Eh ada pengecualian juga eh kepada yang terdesak dan betul-betul memerlukan. Kalau ikutkan amaun RM250 tu tak banyak mana. Hopefully yang keluarkan tu tak lupa bayar zakat mereka

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak min, zakat ni menyucikan pendapatan kita. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas peringatan bersama. Di kala ramai orang asyik nak keluarkan duit KWSP, sampai lupa pula nak bayar zakat. Terima kasih untuk info ni

    ReplyDelete
  11. Interesting, rasanya ramai yang masih tak tahu tentang Zakat KWSP ni, good sharing la kak Min.. sure ramai yang excited keluarkan duit ni then lupa about this.. renovation rumah, tajaan kahwin dan macam2 lagi in their mind :) if Nell pun sure macam tue juga...

    ReplyDelete
  12. Very good info for my Muslim friends. I will share it with them.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah, Suami uruskan dah semuanya, kadang Sis cuma bertanya dan beri peringatan aje, sebab takut terlupa kan..

    ReplyDelete
  14. good to learn the updates about zakat. very interesting piece of information indeed. thanks for sharing about this!

    ReplyDelete
  15. Iyalah..kalao dah dpt kuar duit, jgn lupa tunaikan zakat. Tu en Luqy ek?

    ReplyDelete