3 Pembunuhan Kejam di Dunia Yang Dilakukan Oleh Ahli Keluarga Sendiri

Kehidupan berkasih sayang adalah fitrah setiap insan di dunia. Apatah lagi bila kita mempunyai keluarga. Orang yang paling kita sayang adalah ibu, bapa, adik beradik, anak dan pasangan. Namun lain yang terjadi di dalam 3 kes yang menggemparkan seluruh dunia ini.

Jom aku bawakan kisah 3 pembunuhan kejam di dunia yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.


1. Jennifer Pan

Dilahirkan di dalam keluarga yang mewah dan berjaya, Jennifer Pan telah didapati bersalah kerana membunuh ibunya serta percubaan membunuh bapanya sendiri. Kejadian berlaku pada 8 November 2010 apabila 911 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian rompakan.


Panggilan tersebut telah dibuat oleh Jennifer Pan sendiri yang ketika itu kononnya sebagai mangsa kejadian rompak. Setibanya polis di tempat kejadian, ibu Jennifer iaitu Bich Ha telah pun meninggal dunia akibat ditembak dalam jarak dekat di kepala manakala bapanya Huei Han berada dalam keadaan cedera parah dan koma.

Menurut pernyataan Jennifer bahawa terdapat 3 orang lelaki berkulit hitam telah menceroboh masuk ke kediaman mereka dan mula bertindak ganas. Namun pihak polis agak meragui kenyataan Jennifer yang mendakwa telah menelefon 911 dalam keadaan tangan terikat. Setelah soal siasat dijalankan akhirnya terbongkar kisah bahawa kejadian rompakan dan pembunuhan itu telah dirancang oleh Jennifer sendiri.

Sebenarnya polis mula mengesyaki Jennifer bukan sahaja kerana keterangannya yang agak meragukan tetapi ketika pengebumian ibunya dijalankan, Jennifer sedikit pun tidak menunjukkan rasa sedih dan sebarang emosi dimana keadaan ini sangat tidak normal bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.

Bagi memahami motif sebenar dalam kes ini, maka sejarah keluarga Pan harus diselidiki. Huei Han dan Bich Ha adalah berasal daripada Vietnam. Mereka berdua yang berhijrah ke Kanada pada tahun 1979  dan mempunyai dua orang anak iaitu Felix dan Jennifer. Diringkaskan cerita, hasil kerja keras Huei Han dan Bich Ha telah berjaya membina kehidupan yang stabil untuk keluarga mereka dan dikategorikan mempunyai kehidupan yang mewah.

Namun Huei Han dan Bich Ha sangat garang dan terlalu tegas dalam mendidik anak-anak mereka menyebabkan Jennifer membesar dalam keadaan membenci kedua ibu bapanya. Kerana ketegasan yang terlampau mereka dalam mendidik anak-anak, Jennifer turut 'terpaksa' berbohong tentang penilaian pemeriksaan dan surat tawaran kemasukan ke university kerana Jennifer bukan seorang yang bijak seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya.

Dek kerana kebencian mendalam dan tidak tahan terlalu dikongkong akhirnya Jennifer yang ketika itu baru berusia awal 20-an mula mengupah 3 orang lelaki berkulit hitam dan merancang kejadian rompakan dan pembunuhan terhadap ibu bapanya dengan dibantu oleh teman lelakinya sendiri iaitu Daniel Chi-Kwong Wong yang juga seorang pengedar dadah.

Berikutan kejadian itu, ibu Jennifer meninggal serta merta di tempat kejadian manakala bapanya Huei Han sedar selepas 3 hari koma dan menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku dan sememangnya Jennifer adalah dalangnya. 

Keputusan perbicaraan mahkamah pada akhirnya menyaksikan Jennifer, Daniel dan dua daripada pembunuh upahan tersebut yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh telah menerima hukuman penjara seumur hidup. Seorang lagi pembunuh upahan pula dipenjarakan selama 18 tahun susulan pengakuan awal penglibatannya dalam kes tersebut. Pada masa sama, Jennifer juga dilarang untuk berhubungan lagi dengan mana-mana anggota keluarganya.



 Sebelum Jennifer dihumban ke dalam penjara, Huei Han memberitahu :

"I hope my daughter Jennifer thinks about what happened to her family and can become a good honest person."

 

2. Chris Watts

Kisah keluarga Watts ini viral baru-baru ini apabila Netflix menayangkan dokumentari mengenai keluarga ini. Keluarga Watts mula menjadi perhatian apabila seorang isteri yang sedang mengandung bersama 2 orang anak perempuannya hilang.


Polis menyiasat kejadian tersebut apabila mendapat report kehilangan Shanan daripada rakan baik Shanan sendiri. Polis mengunjungi kediaman Watts dan Chris Watt iaitu sebagai suami pada mulanya nampak seakan memberi kerjasama. 

Namun akhirnya kes terbongkar apabila Chris gagal dalam ujian poligraf dan ditahan pihak polis. Chris akhirnya membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh isteri dan kedua anaknya kerana dia telah jatuh cinta dengan perempuan lain. 


Apa yang paling menyayat hati, menurut pengakuan Chris ketika di dalam penjara, ketika dia ingin membunuh anaknya yang bernama Bella, Bella telah berkata "No daddy..no.." namun dia tanpa belas kasihan tetap membunuh anaknya itu dengan melemaskan anaknya menngunakan selimut sebelum menghumban mayat anak-anaknya ke dalam tangki minyak mentah di mana tempat dia bekerja.

Cerita penuh mengenai keluarga Watts ini boleh dibaca di entry aku yang terdahulu https://www.bebelancikmin.com/2020/10/american-murder-family-next-door-angkat.html


3. Menendez Brothers

Jose Menendez adalah seorang Eksekutif Korporat yang terkenal dan kaya di Beverly Hills, California. Berkahwin pada tahun 1963 dengan Mary Louise Kitty Anderson dan dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Joseph Lyle Menendez (10/10/1968) dan Erik Galen Menendez (27/11/1970) .



Kehidupan awal keluarga ni pada mulanya nampak normal je seperti keluarga-keluarga yang lain di mana 2 orang anak mereka dibesarkan dan dimanjakan seperti kebanyakan keluarga di luar sana. Sehinggalah pada 20 Ogos 1989, Lyle dan Erik telah menghubungi 911 dan melaporkan tentang kematian kedua ibu bapa mereka.

Dalam masa 6 bulan sejak kematian ibu bapa mereka, adik beradik Menendez telah berbelanja sebanyak 1 Juta Dollar dan mula menarik perhatian pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut yang akhirnya membawa kepada penangkapan dua beradik ini.

Mereka akhirnya mengaku telah melakukan pembunuhan terhadap kedua ibu bapa mereka dengan kejam. Mereka berdua telah menembak mati kedua ibu bapa mereka dengan alasan mereka telah didera malah telah dicabul oleh ayah mereka. Namun selepas perbicaraan, mereka telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.



Itulah 3 kisah tragis pembunuhan yang telah dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Terdapat beribu kes yang seakan sama terjadi seluruh dunia malah di Malaysia turut beberapa kes yang melibatkan pembunuhan yang dilakukan oleh ahli keluarga terdekat.

Apa pun, berdolah kita moga kita dan keluarga kita dijauhkan dari perkara-perkara buruk sebegini. Semoga hidup kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T




Post a Comment

25 Comments

  1. speechless baca kes2 macamni. apa lah kat fikiran diaorang masa bunuh darah daging sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorang ni sama ada psiko atau mmg pendendam

      Delete
  2. kebanyakkan semua ni sbb mental abuse kan .. scary la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most of the cases mmg ada kes trauma sebab pernah kena abuse so membesar dgn penuh dendam huhu

      Delete
  3. Kesian sebenarnya. Mereka membesar dalam keadaan yang teruk juga. Sudahnya bila dah kawen jadi pembunuh dan penjenayah. Akak kena buat video ulasan macam youtuber tu. Siap ada bunyi muzik misteri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dari sehari ke sehari dok berangan nk up kat youtube tp tak buat2 sbb lg suka menulis dr bercakap😂😂😂

      Delete
  4. speechless baca kes cam ni.. kekadang takut jugak. semoga kita semua dijauhi dari kes2 macam ni.


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  5. apoooo bunuh sebab nak kaya pastu kena tangkap. senang kejap pastu merana selamanya. main la korang dua beradik dalam penjara tu sampai abg jamil mampos

    ReplyDelete
  6. wow this is something different. humans can be so inhumane sometimes

    ReplyDelete
  7. Xleh hadam la org2 mcm bi punya perangai.. life diorg ni mcmn. Sabggup bunuh ibu bapa sendiri.. wife n anak sendiri..

    ReplyDelete
  8. Moga dijauhkan kita semua dari pelbagai masalah dan kebencian yang boleh memudaratkan kita dan ahli keluarga kita.

    ReplyDelete
  9. tak tercapai dek akal kenapa perlu bunuh. reason tak munasabah lansung. memang tak normal. moga Allah pelihara kita semua aamiin

    ReplyDelete
  10. memang seram eks2 macam ni. saya nak baca pun macam seram dan ngeri. semoga dijauhkan daripada kes2 mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Kat Malaysia pon banyak kan. Hmmm. Teringat plak yg baru2 ni bayi mati dilumur garam tu. Tak boleh la dengar kes2 mcmni. Boleh jdi trauma keluarga tu

    ReplyDelete
  12. Saya banyak baca novel crime thriller, memang kalau ikut statistik, kes bunuh kebanyakannya dilakukan oleh org yg dikenali/rapat dengan mangsa. Ngeri!

    ReplyDelete
  13. Huishhh.. dahsyat betul cerita diorang ni. Memang tak sangka bila ahli keluarga sendiri yang membunuh. Moga dijauhkanlah daripada kita dengan perkara macam ni

    ReplyDelete
  14. Yang kes ketiga tu nad ade tgk dekat astro 732..memg nampak happt, tapi rupnya peenh ken cabul dengan bpk sendiri.. Ayoyo.

    ReplyDelete
  15. Sedih juga cerita bunuh membunuh ni. Semoga kita dijauhkan perkara macam ni

    ReplyDelete
  16. Kalau tengok sejarah. Ini sebabnya dibesarkan dalam keadaan yang tertekan menyebabkan emosi anak berkecamuk

    ReplyDelete
  17. Geram tapi kesian... mula dua kali tengok tutup tutup tengok, sebab emosi sangat cite ni, Sis takut terbawak-bawak...tapi bila dah ramai yang review, last habiskan juga nengok sampai ke sudah...

    ReplyDelete
  18. Kes-kes macam ni happen kat family yang agak berjaya kan.. Sungguh kejam especially kes yang kedua.. sedih sebab ayah lemaskan anak walaupun dah merayu.. menyesal ke tidak mereka bila duduk dalam penjara dan fikir balik apa yang mereka telah lakukan.. perghh.. cant imagine that.

    ReplyDelete
  19. Takutnya baca fakta artikel ttg pembunuhan oleh ahli keluarga.. mmg sadis dan menakutkan.. harap kejadian seperti ini tidak terjadi d kawasan sekitar lingkungan AM.. takut nak pikir n berdepan dgn situasi seperti ini

    ReplyDelete
  20. Sedih baca kisah macam ni. Harap2 dijauhkanlah daripada kita semua. Pentingnya didikan agama dalam keluarga ni, dan parents pun kena selalu bertolak ansur dengan anak jugak. Ni semuanha berlaku sebab mental health.

    ReplyDelete
  21. Kes2 ni dikira tekanan perasaan dan sakit mental yg terlampau dgn layanan keluarga sendiri yg membuatkan mereka berani buat mcm tu tanpa berfikir masa depan mereka

    ReplyDelete
  22. Semua cerita pembunuhan ni femes .. kak pip Ada tengok dokumentari dorang. Kesian kat mangsa yg tak berdosa.

    ReplyDelete