American Murder : The Family Next Door Angkat Kisah Pembunuhan Sebenar Seorang Suami & Bapa 'penyayang'?

by - Sunday, October 11, 2020

Viral 1 dunia apabila 30 September lepas Netflix telah mengeluarkan sebuah dokumentari bertajuk American Murder : The Family Next Door yang menggunakan footage sebenar bukannya lakonan semula tentang kisah pembunuhan keluarga Watts.

American Murder : The Family Next Door mengungkap kisah sebenar pembunuhan seorang isteri yang sedang mengandung bersama 2 orang anak dan ironinya ialah pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh suaminya sendiri.




Siapakah Keluarga Watts?

Keluarga Watts adalah sebuah keluarga yang diketuai oleh Christopher Lee Watts (lahir pada 1985), Shan'ann Cathryn Watts (lahir pada 10/01/1984), Bella Marie Watts (lahir pada 17/12/2013) dan Celeste Cathryn Watts (lahir pada 17/07/2015).



Chris dan Shan'ann telah bertemu pada sekitar tahun 2010 sebelum melangsungkan perkahwinan pada 3 November 2012. Mereka kemudiannya telah membeli sebuah rumah 5 bilik di Frederik, Colorado, Amerika Syarikat dan mereka telah diisytiharkan bankupsi pada tahun 2015.


Kronologi Pembunuhan

Kejadian dikatakan berlaku pada 13 Ogos 2018 dimana hari ketika Shan'ann baru pulang ke rumah kediaman mereka selepas bekerja di luar daerah.

Rakan sekerja Shan'ann, Nickole Atkinson telah menghantar Shan'ann ke kediaman Watts pada 13 Ogos 2018 sekitar pukul 1.48 pagi. Itu kali terakhir Nickole Atkinson melihat Shan'ann.

Keesokkan harinya kerana gagal menghubungi Shan'ann, Nickole Atkinson mula merasa bimbang dan curiga kerana Shan'ann bukan sahaja tidak menghadiri temujanji bersama doktor malah Shan'ann dikatakan tidak pernah tidak dapat dihubungi oleh Nickole.



Bimbang sesuatu terjadi, Nickole terus ke kediaman Watts dan kemudiannya melaporkan pada pihak polis.

Polis ketika menyiasat ke kediaman Watts mendapati kesemua barangan Shan'ann masih di rumah termasuk telefon bimbit miliknya, jadi kemungkinan Shan'ann lari meninggalkan rumah adalah mustahil. 

Menurut Chris Watts, beliau langsung tidak mengetahui kemana Shan'ann membawa anak-anak mereka malah Chris Watts turut merayu supaya isterinya pulang ke rumah.

" Jika awak masih di luar sana pulanglah.. kalau ada sesiapa yang menculik isteri saya pulangkanlah mereka kerana saya masih memerlukan mereka di sisi saya"

 


Itu antara kata-kata Chris Watts ketika diwawancara setelah kisah kehilangan isteri dan anak-anaknya tersebar. Namun keadaan berubah apabila pada tanggal 15 Ogos 2018, Chris gagal dalam ujian poligraf. Chris didapati tidak bercakap benar dan berikutan itu Chris telah ditahan polis.

Akhirnya Chris mengaku telah membunuh isterinya dengan mencekik Shan'ann di atas katil tidur milik mereka. Namun dalam kenyataan Chris, beliau membunuh Shan'ann kerana Shan'ann telah membunuh kedua puteri mereka. Bagaimanapun kenyataan Chris akhirnya berubah dan mengakui bahawa dia turut membunuh anak-anak mereka.

Pada hari kejadian pasangan ini bertengkar kerana Chris ingin memutuskan hubungan mereka. Dalam pertengkaran tersebut Shan'ann dikatakan mengugut Chris sekiranya terjadi apa-apa pada hubungan mereka Chris tidak lagi akan dapat bertemu anak-anak mereka. 

Kediaman keluarga Watts

Chris lalu mencekik leher isterinya hingga tidak bernyawa. Kemudian mayatnya dibalut dengan selimut dan dimasukkan ke dalam kereta. Anak-anak mereka yang terjaga turut bertanya apa yang telah terjadi kepada ibu mereka namun Chris memberitahu bahawa ibu mereka sakit dan perlu segera dibawa ke hospital.

Chris Watts membawa mayat isterinya bersama kedua anaknya menuju ke kawasan lapang tempat penyimpanan minyak di mana dia bekerja. Sebaik tiba di sana Chris membunuh kedua-dua anaknya dengan cara melemaskan mereka menggunakan selimut dan kemudiannya mayat mereka dicampak ke dalam tangki penyimpanan minyak manakala mayat Shan'ann telah ditanam di kawasan berdekatan. Apa yang lebih menyedihkan ialah ketika Shan'ann dibunuh, dia sedang mengandungkan anak ke-3 mereka dan usia kandungan sudah mencecah 15 minggu.


Apakah Motif Pembunuhan Tersebut?

Chris dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang juga rakan sekerjanya yang bernama Nichol Kessinger. 



Menurut pernyataan Nichol Kessinger, dia tidak mengetahui bahawa Chris mempunyai keluarga. Malah Chris dikatakan tidak pernah mengenakan cincin perkahwinan selama mereka berhubungan.


Hukuman Ke Atas Chris Watts

Chris didakwa atas 9 pertuduhan iaitu ;

  • 3 tuduhan pembunuhan kelas pertama
  • 2 tuduhan pembunuhan kelas pertama kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  • 3 tuduhan menjejaskan mayat
  •  Tuduhan menamatkan kehamilan

Chris mengaku kesemua tuduhan tersebut dan terselamat daripada hukuman mati sebaliknya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol.



Ketika ini Chris sedang menjalani hukuman di Wisconsin dan mengaku telah menyesali segala perbuatan kejamnya terhadap keluarganya sendiri. Manakala hubungannya dengan perempuan simpanannya terhenti setelah dia dipenjarakan.




Artikel berkaitan

22 comments

  1. Kejamnya husband dia. Husband jenis apakah. Kesian wife dia.

    ReplyDelete
  2. Tgh hangat cerita ni rupanya.. mcm menarik untuk ditontonni..boleh layan ni

    ReplyDelete
  3. Tak sangka kan seorang yang dekat seperti suami wanita itu adalah pembunuh. Pandai pula tu menutup sisi gelap aktiviti dia. Tengok kat Netflix memang tak bergerak saya. Mind-blowing.

    ReplyDelete
  4. Benci laki bodoh nie. Rawlins rasa Nicole tu terlampau banyak mempengaruhi dia untuk menamatkan hubungan dengan keluarganya sampai dia bunuh keseluruhan keluarganya.

    ReplyDelete
  5. Bodoh lah..
    Cikza tgk dokumentari cite tu, sumpah nangis bila part ayah and mak shanann tu cakap, sampai adik lelaki dia pun x tecakap dah.. Rasa cikza nicole tu dah pregnant, biasalah dah bosan dengan bini, buat apa pun dah x nampak, yang nmpak mistressss je yg betul.

    ReplyDelete
  6. Alamak ramai dah habis tengok, Sis baru suku jalan je nengok sebab biasa le tengok dengan Suami, ada jee nak di alihnya channel..dengki...

    ReplyDelete
  7. Indeed ni antara dokumentari yang tak boleh dilupakan even dah bertahun2 lepas kan, since memang kejam betul si suami tu. Pada qeela, dia tu psycho betul. No wonder even from the start masa first polis dtg rumah tu dah nampak dia mcm something fishy je gayanya. Reaction dia tu not normal. At last memang betul, dia tak boleh pakai hmm

    ReplyDelete
  8. Documentary nie agak viral Di kalangan international bloggers. Menarik juga kisah nyer ya.

    ReplyDelete
  9. Ini sempet viral dan menjadi perbincangan untuk tahun ini. Dari sini banyak yang berpendapat, tiada yang bisa menebak orang hanya dari fisiknya.

    ReplyDelete
  10. LH dah add dalam list dah cerita ni kat netflix. Tapi serious lah! 😱 Kejam!

    ReplyDelete
  11. Tak sanggup nak tengok nnti kita plak sakit hati stress. Hanya sebab perempuan lain. Takde hati perut langsung masa buat pembunuhan.

    ReplyDelete
  12. Wah..saya suka tengok rancangan yg genre mcm ni. Tp malangnya takde Netflix

    ReplyDelete
  13. Uish. Mcm best jalan cerita ni. Kisah benar pulak tu. tapi kesian si isteri jadi mangsa kan. Nanti nak layan dkt neflix baru nampak real sikit

    ReplyDelete
  14. What a tragedy! Tragis sungguh kisah ni. Macam2 kisah dunia di akhir zaman ni. Sebab itulah kita yang ada agama ini dituntut selalu berdoa dan mohon yang baik2 dalam perkahwinan. Doa itu senjata orang mukmin. We never know what will happen next. Wallahualam.

    ReplyDelete
  15. Serious kejam bethol, suami jenis apa ni.. nak ada affair perlu ke sampai gadaikan 4 nyawa ended up apa pun takde, by the time dilepaskan dari penjara pun dah tua.. all alone in this world... hurm.. nak tengok la nanti bila kelapangan di Netflix.. btw, kak Min, ada pertanyaan nak tanya.. tapi Kit DM jer nanti.. :)

    ReplyDelete
  16. Nampak ramai yang share. Adik pun ajak tengok. Tapi sedihnyaaaaaaaa. Knp boleh sampai dibutakan begitu?

    ReplyDelete
  17. Motif dia bunuh just sebab kantoi ada affair dgn rakan sekerja ka ? hari tu tgk byk betul orang post about issue ni, tapi hari ni baru baca first artikel... i will dig more hehe ..thank you for sharing

    ReplyDelete
  18. yang ni pun ada dalam watch list kat netflix. belum ada kesempatan nak tengok. paling best bila takde lakonan, semua footage asli.

    ReplyDelete
  19. suka betol dia dengan citer2 macam ni tau. haish.. seram pulak kita. sib baik x baca time malam. kesiannya

    ReplyDelete
  20. This is one of the must watch movie, time CMCO noi memang ada masa nak layan.

    ReplyDelete
  21. za mmg ikut cerita dia ni sejak 2018 kat crime watch. sedih gila tengok tau. sampai hati dia bunuh anak dia ...

    ReplyDelete
  22. kenapa la kejam sampai macam tu sekali? samapi bunuh isteri yang sedang pregnant, sanggup bunuh anak2 yang masih kecil.. giler .. nak ada hubungan dengan perempuan lain pergi jelah.. dah itu pilihan ko, bini marah dan tak bagi tengok anak2 pun sebab salah ko.. last2 masuk penjara.. apa pun tak dapat.. adoi.. emooo tetiba..

    ReplyDelete