Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-63, Vivo Malaysia telah menghadiahkan buah tangan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menghasilkan filem pendek sebagai tanda perpaduan yang bertajuk 'KITA'




Filem pendek berdurasi 9 minit ini dihasilkan dengan rakaman hanya menggunakan kecanggihan teknologi telefon pintar Vivo X50 Pro dan gimbal semata-mata. Tidak seperti kebiasaan filem yang dihasilkan menggunakan video dan peralatan yang lebih mahal, filem 'KITA' hanya dirakam menggunakan Vivo X50 Pro dan hasilnya setanding filem-filem yng lainnya dari segi kualiti.

Filem ini bertujuan untuk memperingati pelbagai budaya Malaysia yang menampilkan peristiwa sebenar mengenai persahabatan antara empat pelajar dari pelbagai bangsa dan budaya. Filem ini adalah mengenai perbezaan yang wujud antara manusia dan bagaimana individu, tempat dan situasi dapat membantu menjalin hubungan dan persefahaman di antara orang - menunjukkan kehidupan individu yang berbeza menyeberang jalan secara tidak sengaja, bertembung dengan keadaan, dan disatukan oleh satu perkara yang mereka miliki : identiti mereka sebagai rakyat Malaysia

Menurut Mr. Mike Xu selaku CEO Vivo Malaysia "Perpaduan antara masyarakat inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan unik, walaupun terdapat perbezaan etnik dan budaya, kita bersatu sebagai rakyat Malaysia, kita berusaha keras, berpengetahuan dan berkepakaran kita untuk mengatasi jatuh bangun"

 

Buat pengetahuan, lagu tema untuk filem 'KITA' ini telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tanahair iaitu Shila Amzah yang dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Mandarin. 

Berkesempatan untuk menyaksikan sendiri 'KITA' arahan Mr. Ho Yuhang pada Khamis lepas, filem ini benar-benar menggamit kenangan zaman persekolahan. Kisah sekumpulan pelajar nakal, kisah tentang minat dan keazaman dan juga kisah tentang penyatuan jiwa yang cintakan seni yang akhirnya menyatukan perpaduan antara kaum.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini Vivo telah memperhebatkan usaha pada sektor fotografi peranti mereka, dan usaha mereka telah terbukti berkesan dan inovasi telah berkembang dengan pesat dengan kedatangan terbaru X50 Pro. Dikenali sebagai telefon pintar utama fotografi, X50 Pro mengintegrasikan teknologi fotografi profesional dan industri terkemuka.

Filem ini dibuat dengan menggunakan sepenuhnya fitur X50 Pro, seperti Sistem Kamera Gimbal bawaan yang menawarkan pengalaman videografi serba lengkap, yang memungkinkan pengguna untuk mengambil video yang jelas ketika bergerak walaupun pada waktu malam. Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberikan kestabilan yang meningkat untuk kamera utama di mana ini berguna dengan kebanyakan adegan dalam filem pendek dimungkinkan.

X50 Pro membawakan kualiti yang luar biasa dengan ciri maju lain seperti Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60x Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide angle, Super Macro Functions dan lain-lain yang membantu mencapai keperluan serba lengkap ketika mengambil gambar dengan berbeza sudut untuk pemandangan yang pelbagai.



Share
Tweet
Pin
1 comments

Berbelanja di atas talian adalah menjadi perkara lumrah di alaf baru ini. Namun pernahkah anda berbelanja secara virtual? Baru-baru ini aku telah didedahkan dengan satu aplikasi yang bernama 'Beecomb' dimana aplikasi ini telah memperkenalkan ekspo 3D virtual.


Apakah Itu Ekspo 3D Virtual Beecomb?

Kedengaran agak janggal bila kita pergi ke ekspo di musim-musim Covid-19 melanda dunia ni kan? Pelbagai kaedah perlu diaplikasikan seperti penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka, pemeriksaan suhu badan dan sebagainya. Aku sendiri secara jujur jika tiada keperluan, aku memang elakkan untuk keluar rumah. 

Memahami situasi yang melanda satu dunia ini, pihak Beecomb telah mewujudkan 1 aplikasi dimana kita tidak lagi diperlukan untuk menghadiri ekspo di sesuatu tempat tertentu, malah kita hanya perlu duduk di rumah dan menghadiri ekspo secara virtual! 

Mesti kalian tertanya bagaimanakah ekspo secara virtual? Adakah sama seperti berbelanja di atas talian? Secara amnya, kaedahnya lebih kurang sama dimana kita harus memuat turun sesuatu aplikasi dan berbelanja namun aplikasi Beecomb ini dijadikan dengan lebih menarik dan kita sendiri akan merasa seolah-olah kita sendiri menghadiri ekspo tersebut dan memilih barang keperluan yang kita inginkan dengan lebih mudah.

Bagaimana Untuk Menghadiri Ekspo 3D Virtual Pertama di Malaysia Ini?

Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu memuat turun aplikasi 'Beecomb' di Google Play, Apple Apps Store atau Huawei dan seperti biasa anda akan diminta untuk mendaftar & kemudian akan disambungkan terus kepada beberapa pilihan. 



Sekarang ini terdapat Ekspo Beecomb 3D Virtual F&B yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 bermula 10 pagi hingga 10 malam. Apa yang perlu anda lakukan adalah menekan tombol pada yang tertera 'Beecomb 3D Virtual F&B' tersebut dan anda bakal dibawa meneroka ekspo tersebut!

Lebih menarik ialah aplikasi ini dibangunkan sekan-akan 'game' yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang! Jadi, aku sangat pasti bukan hanya ibu bapa yang akan minat menghadiri ekspo 3D virtual ini malah anak-anak juga pasti berminat untuk menghadiri ekspo ini.


Jadi..Bagaimana Untuk Membeli?

Seperti permainan 'game' anda hanya perlu menggerakkan kedua-dua jari dan terokailah ekspo tersebut! Terdapat pelbagai barangan dijual di sini antaranya Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, Mask Are A Must dan banyak lagi.


Jika anda kurang familiar dengan jenama di atas jangan bimbang kerana di sini terdapat 57 booth termasuk booh Nestle, Kimball dan sebagainya.




Untuk membuat sebarang pembelian, anda hanya perlu menekan tombol yang bersimbol "i" ditengah-tengah antara simbol 'surat' dan 'troli' dan anda akan dibawa ke paparan berikutnya yang membolehkan anda untuk memilih barangan sekaligus membeli barangan di ekspo 3D virtual ini.


Apa yang lebih menariknya ialah aku difahamkan bahawa barangan yang terdapat di ekspo 3D virtual ini harganya adalah lebih murah berbanding harga pasaran dan pastilah kualiti adalah yang terbaik! Pengalaman aku sendiri, ini adalah sesuatu yang menarik di norma baru di mana kita tidak lagi perlu melakukan penjarakan fizikal atau memeriksa suhu badan kerana ekspo ini diadakan secara virtual malah kita dapat menggunakannya tanpa batasan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk beramai-ramai serbu ke Ekspo 3D Virtual pertama di Malaysia ini dengan memuat turun aplikasi Beecomb. Cepat tau! Sebab untuk ekspo F&B ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2020 sahaja


Peluang Menangi Voucher Tunai RM300

Ini pula berita baik untuk semua kerana Beecomb Sdn.Bhd bermurah hati untuk memberikan voucher tunai bernilai RM300 jika anda memuat turun aplikasi mereka. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1. Like FB Page mereka https://www.facebook.com/BeecombSdnBhd
2. Isikan username Beecomb anda diruangan komen di post Beecomb yang berkaitan voucher tunai ini
3. Kongsikan post berkenaan dan tag 3 orang rakan anda (pastikan profile anda dipublickan)


Bukan itu sahaja! Anda turut boleh merebut peluang untuk membeli Premium Burnt Cheese Cake pada harga RM8.31sempena tarikh kemerdekaan negara kita oleh Bake Touch Signature di Booth A2 (harga asal RM118) . Rebut peluang keemasan ini kerana stok adalah terhad!



Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai ekspo 3D virtual pertama di Malaysia ini anda boleh layari :

Laman web : http://www.beecomb.com.my/beecomb-about
Facebook : https://www.facebook.com/BeecombSdnBhd
Instagram : https://www.instagram.com/beecomb_swarm/



Share
Tweet
Pin
2 comments

Siapa je yang tidak mengenali kisah Cinderella, Snow White, Little Mermaid dan sebagainya. Sedari kecil kita telah disogokkan dengan kisah-kisah yang membuat kita terbuai-buai dengan pengakhiran cerita yang sangat mengagumkan.

Tapi, tahukah anda bahawa versi asal cerita-cerita dogeng tersebut sebenarnya bukanlah seindah yang diceritakan kepada kita? Jom aku kongsikan beberapa versi asal kisah dongeng tersebut.


1. Snow White

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng snow white

Mengikut versi dongeng yang sering kita dengar ialah tentang Snow White yang telah melarikan diri dari ibu tirinya dan bersembunyi di rumah milik 7 lelaki kerdil. Lelaki-lelaki kerdil ini melindungi Snow White sebelum ibu tirinya datang menyamar sebagai nenek tua dan memberikannya epal beracun. Kemudian Snow White dibangunkan setelah menerima kucupan dari seorang putera raja yang kacak.

Namun, mengikut versi asal tulisan Grimm Brothers, pemburu yang sepatutnya membunuh Snow White telah membunuh seekor beruang dan membawa pulang paru-paru dan hatinya untuk dimakan oleh ratu (ibu tiri Snow White). Ibu tirinya percaya bahawa paru-paru dan hati tersebut adalah milik Snow White lantas memakannya dengan secubit garam.

Selepas mendapat tahu Snow White masih hidup , dia mencarinya di hutan dengan menyamar. Setelah 3 kali percubaan bunuh barulah ibu tirinya berjaya memberikan Snow White epal beracun. Setelah Snow White 'mati', mayatnya kemudian diletakkan di dalam sebuah keranda lut sinar. Kemudian sehingalah pada suatu hari datang seorang putera raja yang bermalam di rumah orang kerdil dan meminta keranda lut sinar yang terdapat Snow White di dalamnya untuk dibawa pulang ke istana.

Dalam perjalanan pulang, kaki hulubalang-hulubalang yang membawa keranda tersebut tersadung dan menyebabkan keranda terjatuh dan mayat Snow White tercampak & terguling hingga menyebabkan epal beracun yang dimakannya terkeluar. Disebabkan itu Snow White kembali terjaga dan kemudiannya mengahwini putera raja berkenaan. Manakala ibu tirinya dijatuhkan hukuman supaya memakai kasut besi yang panas dan dipaksa menari hingga mati.

kalian boleh merujuk pada petikan novel asalnya yang berbunyi ;

Then he said, "Let me have it as a gift, for I cannot live without seeing Snow White. I will honor and prize her as my dearest possession."

As he spoke in this way the good dwarfs took pity upon him, and gave him the coffin. And now the king's son had it carried away by his servants on their shoulders. And it happened that they stumbled over a tree-stump, and with the shock the poisonous piece of apple which Snow White had bitten off came out of her throat. And before long she opened her eyes, lifted up the lid of the coffin, sat up, and was once more alive.

"Oh, heavens, where am I?" she cried.


The king's son, full of joy, said, "You are with me." And he told her what had happened, and said, "I love you more than everything in the world, come with me to my father's palace, you shall be my wife."

And Snow White was willing, and went with him, and their wedding was held with great show and splendor. But Snow White's wicked step-mother was also bidden to the feast. When she had arrayed herself in beautiful clothes she went before the looking-glass, and said,

"Looking-glass, looking-glass, on the wall,

Who in this land is the fairest of all?"

The glass answered,

"Oh, queen, of all here the fairest art thou,

But the young queen is fairer by far as I trow."

Then the wicked woman uttered a curse, and was so wretched, so utterly wretched that she knew not what to do. At first she would not go to the wedding at all, but she had no peace, and had to go to see the young queen. And when she went in she recognized Snow White, and she stood still with rage and fear, and could not stir. But iron slippers had already been put upon the fire, and they were brought in with tongs, and set before her. Then she was forced to put on the red-hot shoes, and dance until she dropped down dead.


Rujukan : Versi Asal Novel Snow White


2. Cinderella

Let's Talk About Cinderella - mxdwn Movies

Siapa je yang tidak pernah bermimpi menjadi Cinderella yang akhirnya menjadi seorang wanita bertuah yang mengahwini putera raja? Mengikut kisah dongeng yang sering kita dengar Cinderella seorang anak tiri yang diperlakukan kejam oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya. Namun akhirnya ditolong oleh pari-pari hingga akhirnya berjaya ke majlis tari menari anjuran istana dengan memakai sepatu kaca yang kemudiannya sepatu itu tertinggal dan pihak istana mula mencari pemilik sepatu kaca yang akhirnya menemukan mereka dengan Cinderella. Akhirnya Cinderella hidup bahagia bersama putera raja.

Namun menurut novel asal Cinderella hasil tulisan Grimm Brothers, ketika pencarian pemilik sepatu kaca itu berlangsung kedua kakak tiri Cinderella telah dipaksa memotong bahagian tumit kaki dan jari mereka demi untuk memuatkan kaki mereka ke dalam sepatu kaca tersebut. Manakala ketika majlis perkahwinan Cinderella berlangsung, kedua kakak tirinya yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut telah dipatuk mata mereka oleh burung merpati sehingga buta.

Berikut adalah petikan dari novel asal tulisan Grimm Brothers ;


The two sisters were happy to hear this, for they had pretty feet. With her mother standing by, the older one took the shoe into her bedroom to try it on. She could not get her big toe into it, for the shoe was too small for her. Then her mother gave her a knife and said, "Cut off your toe. When you are queen you will no longer have to go on foot."

The girl cut off her toe, forced her foot into the shoe, swallowed the pain, and went out to the prince. He took her on his horse as his bride and rode away with her. However, they had to ride past the grave, and there, on the hazel tree, sat the two pigeons, crying out:

Rook di goo, rook di goo!

There's blood in the shoe.

The shoe is too tight,

This bride is not right!

Then he looked at her foot and saw how the blood was running from it. He turned his horse around and took the false bride home again, saying that she was not the right one, and that the other sister should try on the shoe. She went into her bedroom, and got her toes into the shoe all right, but her heel was too large.

Then her mother gave her a knife, and said, "Cut a piece off your heel. When you are queen you will no longer have to go on foot."


The girl cut a piece off her heel, forced her foot into the shoe, swallowed the pain, and went out to the prince. He took her on his horse as his bride and rode away with her. When they passed the hazel tree, the two pigeons were sitting in it, and they cried out:


Rook di goo, rook di goo!

There's blood in the shoe.

The shoe is too tight,

This bride is not right!

He looked down at her foot and saw how the blood was running out of her shoe, and how it had stained her white stocking all red. Then he turned his horse around and took the false bride home again.

"This is not the right one, either," he said. "Don't you have another daughter?"


"No," said the man. "There is only a deformed little Cinderella from my first wife, but she cannot possibly be the bride."


Rujukan : Versi Asal Novel Cinderella


 3. Sleeping Beauty

The Sleeping Beauty Problem – 1000-Word Philosophy: An ...

Kisah Sleeping Beauty yang terkena sumpahan dimana jarinya tertusuk jarum/selumbar yang menyebabkan si puteri rebah dan kemudiannya sumpahannya terungkai setelah mendapat ciuman dari seorang putera yang kacak.

Namun tahukah anda bahawa kisah sebenar Sleeping Beauty ini adalah lebih sadis dan kejam? Mengikut novel asal tulisan Giambattista Basile setelah Sleeping Beauty yang bernama Talia tertidur (tidak sedarkan diri selepas terkena sumpahan) seorang raja telah melalui kawasan tempat tinggal Talia. Dipendekkan cerita setelah melihat Talia tidak sedarkan diri raja tersebut telah memperkosa Talia hingga Talia telah dikuniakan sepasang kembar.

Talia cuma tersedar dari sumpahan apabila anak kembarnya menghisap jarinya hingga selumbar/jarum yang tertusuknya terkeluar. Akhir cerita Talia berkahwin dengan raja yang memperkosanya.

After a time, it happened by chance that a king was out hunting and passed that way. One of his falcons escaped from his hand and flew into the house by way of one of the windows. It did not come when called, so the king had one of his party knock at the door, believing the palace to be inhabited. Although he knocked for a length of time, nobody answered, so the king had them bring a vintner's ladder, for he himself would climb up and search the house, to discover what was inside. Thus he climbed up and entered, and looked in all the rooms, and nooks, and corners, and was amazed to find no living person there. At last he came to the salon, and when the king beheld Talia, who seemed to be enchanted, he believed that she was asleep, and he called her, but she remained unconscious. Crying aloud, he beheld her charms and felt his blood course hotly through his veins. He lifted her in his arms, and carried her to a bed, where he gathered the first fruits of love. Leaving her on the bed, he returned to his own kingdom, where, in the pressing business of his realm, he for a time thought no more about this incident.

 

Now after nine months Talia delivered two beautiful children, one a boy and the other a girl. In them could be seen two rare jewels, and they were attended by two fairies, who came to that palace, and put them at their mother's breasts. Once, however, they sought the nipple, and not finding it, began to suck on Talia's fingers, and they sucked so much that the splinter of flax came out. Talia awoke as if from a long sleep, and seeing beside her two priceless gems, she held them to her breast, and gave them the nipple to suck, and the babies were dearer to her than her own life. Finding herself alone in that palace with two children by her side, she did not know what had happened to her; but she did notice that the table was set, and food and drink were brought in to her, although she did not see any attendants.

 Rujukan : Novel Asal Sleeping Beauty



Share
Tweet
Pin
9 comments

Buat pengetahuan, kiropraktik adalah sejenis perubatan alternatif yang mengkhususkan dalam merawat tulang belakang dan sistem muskuloskeletal sekitarnya. Kiropraktor (ahli perawat) dapat membantu kita mengurangkan sakit belakang dan meningkatkan fungsi berkaitan dengan tulang belakang kita.




Sebenarnya rawatan kiropraktik ini bermula se-awal tahun 1895 lagi. Selepas itu rawatan ini telah menular serata pelusuk di Amerika Syarikat, Australia dan Negara-negara Eropah dan dianggap sebagai rawatan alternatif. Sejarah Kiropraktik: Di negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik . Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternative yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain.


Sejauh Mana Rawatan Kiropraktik Mampu Merawatnya?

Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan dengan otot, skeleton, dan sistem saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24 tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitif.

Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan sistem saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu system saraf.


Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan mendapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal.

Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerakan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut. 


Adakah ianya selamat untuk semua orang? 

Rawatan kiropraktik secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan kiropraktik adalah; mereka yang mengidap 'osteoporosis' (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, serban atau hilang daya angkat tangan atau kaki. mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang. mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).

Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai. 


Zero Pain Wellness Bantu Ramai Pesakit Melalui Kiropraktik

Sama seperti rawatan kiropraktik lain yang memegang konsep "Loosen", "Stretching", "Re-alignment"dan "Re-balancing" , Zero Pain Wellness membantu ramai pesakit dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi mereka.

Dengan barisan Juruterapi/Kiropraktor yang bertauliah yang memiliki Diploma di dalam Fisioterapi mahupun Diploma Sains Sukan, Zero Pain Wellness adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang boleh dipercayai dan diperakui tentang kepakaran mereka dalam merawat pesakit.



Antara penyakit yang mampu dirawat melalui rawatan kiropaktik di sini ialah :

  • Slip Disc (Merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit
  • Scoliosis (Tulang belakang membengkok)
  • Lordosis (salah satu kelainan tulang dimana tulang bahagian bawah melengkung lebih dari normal)

  • Khyposis (Tulang belakang melentur secara mencembung dengan melampaunya  atau membongkok  di bahagian toraks dan sakrum)

  • Muscle Strain (Otot terkoyak)
  • Abnormal Body Alignment
  • Herniation (Angin pasang)
  • Frozen Shoulder 
  • Mild Stroke
  • Joint & Nerve Problem


Bukan hanya sekadar menyediakan rawatan kiroprakrik, di Zero Pain Wellness mereka turut menyediakan rawatan berikut ;

  • Terapi Kanak-Kanak

Terapi kanak-kanak adalah bagi membantu melegakan masalah kerap berlaku pada kanak-kanak seperti masalah Kencing Malam (Enuresis), Kaki Pengkar (Bow Legged), GDD, Kepala Teleng (Torticolis), Lewat Becakap (Speech Delay), Hernia (Angin Pasang), Scoliosis (Tulang Senget), Semput, Ekzema, Sawan, Masalah Saraf, Austisma, Tonsil Bengkak, Kerap Sakit dan bermacam lagi masalah.

Rawatan terapi kanak-kanak ini akan dilakukan di dalam bilik khas untuk kanak-kanak dan dihiasi dengan hiasan yang mampu menarik perhatian kanak-kanak.


Untuk setiap sesi rawatan terapi kanak-kanak, masa yang diambil adalah antara 30-45 minit setiap sesi. Dan rawatan akan dimulakan selepas sesi konsultasi bersama Juruterapi bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh pesakit.


  • Urutan
Urutan yang dilakukan di Zero Pain Wellness adalah urutan saraf dimana ia menekan point-point penting dan bertujuan untuk melembutkan otot yang tegang dan melancarkan saluran darah.



  • Bekam

Terdapat 2 jenis bekam yang dijalankan di Zero Pain Wellness iaitu Bekam Angin uang bertujuan untuk melembutkan otit dan membuang angin di bawah kulit dan Bekam Darah yang bertujuan untuk mengeluarkan darah 'kotor' dan 'rosak' yang tidak diperlukan oleh tubuh kita

Harga & Pakej Rawatan


Harga yang ditawarkan di Zero Pain Wellness adalah sangat berpatutan. Jika anda hanya datang untuk mendapatkan konsultasi dan check up harganya cumalah RM20 sahaja manakala untuk rawatan pula bergantung pada jenis rawatan yang bersesuaian dengan penyakit anda di mana harga adalah serendah dari RM50 dan maksima adalah RM350

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan, anda boleh la mendapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :

Alamat : 1895 F2, Lorong Pondok 1,
Jalan Siswi Kanan, Kampung Sungai Kandis
Shah Alam

Tel : 011-31935233

Waktu Beroperasi : Isnin - Sabtu (10 pagi hingga 10 malam)

Facebook : Zero Pain Wellness Official


Share
Tweet
Pin
No comments
Sering terbersin di pagi hari, hidung kerap berair atau sering mengalami sakit kepala adalah antara simptom-simptom penyakit resdung. Aku sendiri penghidap resdung dan hidung akan sedikit sensitif dengan keadaan berhabuk dan sebagainya.

Pendek kata, aku telah mencuba pelbagai jenis kaedah rawatan bagi menghentikan masalah resdung yang aku hadapi ini. Baru-baru ini aku telah diperkenalkan dengan produk JoyMix Hello-Bong yang dikatakan mampu merawat penyakit resdung diperingkat awal dan diperingkat sederhana.


Buat pengetahuan, JoyMix Hello-Bong adalah formulasi unik yang dibuat dari jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit. Halla-Bong adalah spesisi oren tanpa biji khas yang ditanam terutamanya di Pulau Jeju di Korea.

hello bong jeju resize.jpg

Halla-Bong ini dikatakan mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Disebabkan itu, JoyMix Hello-Bong ini dihasilkan dari gabungan kebaikan kunyit dan oren yang penuh dengan pelbagai khasiat.

Bagaimana JoyMix Hello-Bong Mampu Merawat Penyakit Resdung?


Terdapat 3 peringkat resdung. JoyMix Hello-Bong mampu merawat resdung di peringkat yang pertama dan kedua. Sekiranya anda mengalami gejala di peringkat yang ketiga, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor.

Berikut adalah peringkat resdung dan saranan pengambilan JoyMix Hello-Bong

MILD STAGE

MODERATE STAGE

SEVERE STAGE

Runny nose- mucus white

Runny nose- mucus yellow

Runny nose- mucus Yellow to Green

Sneeze

Sneeze

Sneeze

No headache

Headache

Severe Headache

No cough

Cough 

Cough

Nose block- sometimes

Nose block- often

Nose block- always

Facial Pain- sometimes

Facial Pain- often

Facial pain always

Hearing- normal

Hearing -normal

Hearing- reduce

Recommend 1 sachet HelloBong

Recommend 2 sachet HelloBong with Antihistamine medicine

Need treatment from specialist doctor



Kelebihan Lain JoyMix Hello-Bong Selain Merawat Resdung

Selain untuk merawat resdung, terdapat pelbagai kelebihan jika mengambil JoyMix Hello-Bong ini, antaranya ialah :

  • Mengurangkan Keradangan Sendi 

JoyMix Hello-Bong berkesan untuk mengurangkan sakit sendi dan otot yang disebabkan oleh keradangan. Ia bermanfaat bagi orang dewasa yang lebih tua atau pesakit osteoartritis yang kehilangan tulang rawan dan mengalami kesakitan akibat pengisaran tulang. Individu yang mengalami rheumatoid arthritis, di mana membran sinovial sendi meradang, juga akan mengalami kelegaan. 

  • Sakit otot 

JoyMix Hello-Bong juga membantu dengan sakit otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan, misalnya selepas lari maraton atau melakukan senaman berat.

  • Meningkatkan sistem imunity badan

1) Radikal Bebas - Radikal Bebas dari bahan pencemar udara, makanan tidak sihat atau asap rokok, akan meningkatkan tekanan oksidatif badan. Radikal bebas boleh merosakkan tisu lemak, DNA, dan protein di dalam badan anda. Kerosakan itu boleh menyebabkan sebilangan besar penyakit dari masa ke masa. Ini termasuk:

 

·         Diabetes

·         Aterosklerosis  atau pengerasan saluran darah

·         Keadaan keradangan

·         Tekanan darah tinggi

·         Penyakit jantung

·         Penyakit neurodegeneratif, seperti Parkinson dan Alzheimer

·         Kanser

Tekanan oksidatif juga menyumbang kepada penuaan. Jadi Hello-Bong yang mempunyai antioksidan tinggi yang terbuat dari Halla-Bong Jeruk dan ekstrak kunyit  dapat menghilangkan radikal bebas dari tubuh kita. Ia akan mengekalkan keseimbangan radikal bebas dan antioksidan.

2) Pemulihan Tubuh Dengan Cepat Dari Penyakit

Apabila Virus atau Bakteria masuk ke dalam badan kita, sistem imun di dalam badan kita akan mencetuskan keradangan sel untuk melawan virus atau bakteria. Sebab itu kita akan mengalami demam atau sakit tekak disebabkan oleh sistem imun badan kita untuk melawan virus atau bakteria. Itu perkara biasa.

Tetapi dalam jangka masa yang panjang, keradangan yang berlebihan akan mula membunuh sel yang baik untuk tubuh kita. Itulah sebabnya badan kita akan merasa lemah dan letih setelah lama sakit. Joymix Hello-Bong dapat mengatur sel radang badan agar sel yang baik kita tidak akan terbunuh kerana terlalu banyak keradangan. Jadi, kita akan dapat pulih dari penyakit dengan cepat dan kembali kuat.

  • Menyejukkan badan

Mereka yang tinggal di Asia terutamanya percaya bahawa memakan makanan panas dan pedas seperti kari, durian, dan daging panggang meningkatkan suhu badan. Ia boleh menyebabkan sakit tekak, bisul, dan mulut bengkak. JoyMix Hello-Bong berfungsi lebih baik daripada teh dalam menyejukkan badan. Ia mengurangkan kesan sampingan daripada memakan makanan pedas dan mencegah kenaikan suhu badan. 


Reduce body heat.jpg

  • Mencegah nafas berbau

Mengkonsumsi satu paket JoyMix Hello-Bong sehari dapat menghilangkan bau mulut dari dalam badan anda.

15 Punca Mulut Berbau (Cara Menghilangkan Bau Mulut Dengan Cepat ...

  • Melindungi hati

JoyMix Hello-Bong mengandungi Curcuminoid dari ekstrak kunyit yang melindungi hati dari kerosakan dan menyahtoksin badan. Hati yang tidak berfungsi boleh menyebabkan gejala seperti lingkaran mata gelap, bau mulut dengan lidah yang dilapisi pada waktu pagi, masalah kulit, dan loya setelah memakan makanan yang kaya dengan lemak. Hello-Bong kaya dengan Vitamin C dan memberi kebaikan kunyit, yang dapat mengurangkan gejala ini dan membuat anda berasa lebih bertenaga.

liver s500.jpg

  • Mencegah Penyakit Kronik 
Keradangan di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti barah, serangan jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi. JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang dan dapat mencegah penyakit kronik


heartache-1846050_500.jpg


Siapa Yang Perlu Mengambil JoyMix Hello-Bong?


Pesakit Arthritis

JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis.

 

Individu Aktif

Individu aktif atau mereka yang aktif di dalam sukan  yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan akan mendapat manfaat daripada memakan JoyMix Hello-Bong.

 

Mereka yang Mementingkan Kesihatan

Orang biasa yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat boleh mengambil JoyMix Hello-Bong.

 


Bagaimana Cara Pengambilan JoyMix Hello-Bong?


Cara pengambilan JoyMix Hello-Bong ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mengoyakkan sepeket JoyMix Hello-Bong dan menuang ke dalam mulut anda. 



Setelah itu kemam perlahan-lahan. Oleh kerana JoyMix Hello-Bong ini didatangkan dalam bentuk serbuk, rasa segar buah oren pasti menambat rasa! Malah aku sendiri suka mengambil JoyMix Hello-Bong ini sebab terasa seolah-olah hanya memakan manisan ketika zaman kanak-kanak.


Setiap 30 sachet JoyMix Hello-Bong ini kini hanya dijual pada harga RM77 sekotak. Jika anda berminat untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap peket JoyMix Hello-Bong, anda boleh melayari :

Laman web : https://www.joypremix.com/products/hello-bong
Instagram : https://www.instagram.com/joymixsb/
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix


Share
Tweet
Pin
No comments

Membeli barangan keperluan harian sememangnya menjadi rutin bagi semua suri rumah. Tak ketinggalan, aku juga begitu dan seperti ibu-ibu lain di luar sana, memastikan keperluan harian mencukupi untuk seisi keluarga adalah satu kemestian. Apatah lagi jika berbicara soal kualiti, sudah pasti semua ibu-ibu menitikberatkan soal kualiti.

Di Segi Fresh, bukan sahaja kualiti malah jika anda berbelanja di sini anda juga akan mendapat barangan yang segar pada harga yang murah. Sebab itulah aku dan suami suka membeli barangan keperluan terutama keperluan dapur seperti lauk pauk dan sayuran di Segi Fresh.



Percaya tak jika aku cakap aku hanya berbelanja kurang dari RM200 dan aku sudah boleh menyimpan stock barangan dapur untuk lebih 2 minggu? Cuma bab ini agak subjektif sebab bergantung pada size keluarga. Tapi aku personally jika berbelanja barang dapur kurang RM200 di Segi Fresh, stock itu mencukupi sehingga lebih 2 minggu (aku hari-hari memang memasak).

Bukan itu sahaja, kebiasaannya aku akan pilih makanan laut seperti udang harimau, sotong, kerang dan sebagainya. Pendek kata kalau berbelanja kurang RM200 di Segi Fresh ni anda dah boleh 'makan besar'



Misalnya macam Sabtu lepas, aku berbelanja di Segi Fresh dan apa yang aku dapat adalah udang harimau yang besar (sebesar udang galah bersaiz sederhana), sotong segar, ikan susu sebesar lengan, ikan dowry dan banyak lagi dan kos keseluruhan (termasuk membeli barangan kering seperti tepung, santan kotak, gula dan sebagainya) cuma RM185 je (kurang dari RM200) dan semestinya stock ini pastinya sekurang-kurangnya cukup untuk sebulan (paling tidak lebih dari dua minggu)

Tengoklah senarai barangan yang aku beli ni..bukan sikit-sikit barangan yang aku beli ni ye..

Disebabkan aku beli udang harimau maka minggu ni aku memang aku asyik masak menu udang harimau je la sebab udang memang lauk kegemaran aku haha.. Hari tu, balik je dari Segi Fresh terus aku buat Masak Lemak Tempoyak Udang Harimau tambah pulak petai yang beli kat Segi Fresh jugak..perghh memang meleleh!



Sedikit Mengenai Segi Fresh


Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline 'Pilih Fresh, Pilih Segi' , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain.

Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai 42 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market ni, anda boleh lah dapatkan maklumat lanjut menerusi :

Laman web : http://segifresh.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket
Share
Tweet
Pin
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates