Berbelanja di atas talian adalah menjadi perkara lumrah di alaf baru ini. Namun pernahkah anda berbelanja secara virtual? Baru-baru ini aku telah didedahkan dengan satu aplikasi yang bernama 'Beecomb' dimana aplikasi ini telah memperkenalkan ekspo 3D virtual.
Apakah Itu Ekspo 3D Virtual Beecomb?
Kedengaran agak janggal bila kita pergi ke ekspo di musim-musim Covid-19 melanda dunia ni kan? Pelbagai kaedah perlu diaplikasikan seperti penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka, pemeriksaan suhu badan dan sebagainya. Aku sendiri secara jujur jika tiada keperluan, aku memang elakkan untuk keluar rumah.
Memahami situasi yang melanda satu dunia ini, pihak Beecomb telah mewujudkan 1 aplikasi dimana kita tidak lagi diperlukan untuk menghadiri ekspo di sesuatu tempat tertentu, malah kita hanya perlu duduk di rumah dan menghadiri ekspo secara virtual!
Mesti kalian tertanya bagaimanakah ekspo secara virtual? Adakah sama seperti berbelanja di atas talian? Secara amnya, kaedahnya lebih kurang sama dimana kita harus memuat turun sesuatu aplikasi dan berbelanja namun aplikasi Beecomb ini dijadikan dengan lebih menarik dan kita sendiri akan merasa seolah-olah kita sendiri menghadiri ekspo tersebut dan memilih barang keperluan yang kita inginkan dengan lebih mudah.
Bagaimana Untuk Menghadiri Ekspo 3D Virtual Pertama di Malaysia Ini?
Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu memuat turun aplikasi 'Beecomb' di Google Play, Apple Apps Store atau Huawei dan seperti biasa anda akan diminta untuk mendaftar & kemudian akan disambungkan terus kepada beberapa pilihan.
Sekarang ini terdapat Ekspo Beecomb 3D Virtual F&B yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 bermula 10 pagi hingga 10 malam. Apa yang perlu anda lakukan adalah menekan tombol pada yang tertera 'Beecomb 3D Virtual F&B' tersebut dan anda bakal dibawa meneroka ekspo tersebut!
Lebih menarik ialah aplikasi ini dibangunkan sekan-akan 'game' yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang! Jadi, aku sangat pasti bukan hanya ibu bapa yang akan minat menghadiri ekspo 3D virtual ini malah anak-anak juga pasti berminat untuk menghadiri ekspo ini.
Jadi..Bagaimana Untuk Membeli?
Seperti permainan 'game' anda hanya perlu menggerakkan kedua-dua jari dan terokailah ekspo tersebut! Terdapat pelbagai barangan dijual di sini antaranya Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, Mask Are A Must dan banyak lagi.
Jika anda kurang familiar dengan jenama di atas jangan bimbang kerana di sini terdapat 57 booth termasuk booh Nestle, Kimball dan sebagainya.
Untuk membuat sebarang pembelian, anda hanya perlu menekan tombol yang bersimbol "i" ditengah-tengah antara simbol 'surat' dan 'troli' dan anda akan dibawa ke paparan berikutnya yang membolehkan anda untuk memilih barangan sekaligus membeli barangan di ekspo 3D virtual ini.
Apa yang lebih menariknya ialah aku difahamkan bahawa barangan yang terdapat di ekspo 3D virtual ini harganya adalah lebih murah berbanding harga pasaran dan pastilah kualiti adalah yang terbaik! Pengalaman aku sendiri, ini adalah sesuatu yang menarik di norma baru di mana kita tidak lagi perlu melakukan penjarakan fizikal atau memeriksa suhu badan kerana ekspo ini diadakan secara virtual malah kita dapat menggunakannya tanpa batasan.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk beramai-ramai serbu ke Ekspo 3D Virtual pertama di Malaysia ini dengan memuat turun aplikasi Beecomb. Cepat tau! Sebab untuk ekspo F&B ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2020 sahaja
2 Comments
Menarik kan apps ni..senang je sekarang nk pergi expo secara virtual je..takyah lah bersesak sesak..paling tidak terlanggar avatar lain je dalam ni haha..jom shopping :)
ReplyDeleteSalam, blogwalking here. done follow blog ini. Memang hebat teknologi kini. dah semakin ikut macam cerita Steven Spielberg berjudul Ready One Player.huhu. Menjimatkan masa dan memudahkan pembelian. huhu. :)
ReplyDelete