Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Umum mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia sedang menghadapi pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa. Dan pada hari ini, 28 Julai 2020 Datuk Seri Najib Razak telah pun dijatuhkan hukuman.

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri itu 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn.Bhd. Hakim turut memerintahkan Datuk Seri Najib Razak dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.


Kronologi kes SRC Najib | Astro Awani

Manakala bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Walau pun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Buat pengetahuan, Datuk Seri Najib Razak berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International. Beliau didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Dia didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya. Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015. Hukuman yang sepatutnya dijatuhkan selepas penghakiman dibuat pagi tadi, tertangguh selepas Muhammad Shafee memohon penangguhan untuk prosiding untuk rayuan sebelum hukuman dijatuhkan kepada Isnin depan.

Namun, permohonan itu dibantah V Sithambaram dengan hujah penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.

Susulan pertikaian isu berkenaan, prosiding ditangguhkan oleh hakim pada sebelah petang bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan masing-masing.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelah petang, hakim menolak permohonan Najib supaya rayuan bagi meringankan hukuman dan hukuman terhadapnya ditangguhkan dan didengar pada tarikh lain.

Mohd Nazlan mengarahkan Muhammad Shafee meneruskan rayuannya.

Dalam rayuannya mendapatkan hukuman ringan kepada Najib, Muhammad Shafee antara lain menyifatkan bekas perdana menteri itu menjadi mangsa tindakan bermotifkan politik.

Katanya, sebahagian besar wang berkenaan atau 99.9 peratus, tidak digunakan tertuduh bagi kepentingan peribadinya, sebaliknya bagi tujuan tanggungjawab sosial, kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau berkata, hanya 0.1 peratus digunakan bagi tujuan peribadi iaitu membaiki sebahagian daripada kediaman di Jalan Langgak Duta.

Muhammad Shafee berkata, Najib tidak mengetahui pemilik akuan penderma menyalurkan AS$681 juta ke dalam akaunnya.

Katanya, Najib memberi kerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan kes itu.

"Apa yang penting adalah, dalam semua siasatan tidak pernah sesekali ada aduan mengenai saksi yang diganggu," katanya.

Sementara itu, Sithambaram dalam hujahnya, berkata hukuman sewajarnya ke atas Najib membuktikan semua orang adalah sama dan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang di negara ini.

"Penyelewengan wang SRC International mencalar imej negara dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menerima kesan daripada itu. Ini adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa dan disabitkan di mahkamah.

"Oleh itu hukuman yang diberikan mesti menunjukkan graviti kesalahan yang dilakukan," katanya.

Sementara itu, Najib yang turut merayu dari dalam kandang tertuduh, mendakwa tidak mengetahui jumlah wang yang dimaksudkan dalam pertuduhan dikenakan terhadapnya itu.

"Sebagai orang Islam, Wallahi Wabillahi Watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu. "Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama sembilan tahun, negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat.

Dalam tempoh itu juga, katanya, pasaran saham mencapai kedudukan paras tertinggi dan berlaku pembangunan pesat melalui pengangkutan serta dan perumahan awam dalam skala besar.

Najib yang menjadi perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.


Kronologi Kes Najib Razak


Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes 'prima facie' terhadapnya.

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.

Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Kronologi kes Najib Tun Razak
Gambar Ihsan Bernama


Semoga apa yang telah terjadi ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bukan hanya kepada semua pemimpin negara tetapi juga buat diri sendiri. 

Rujukan : Berita Harian & Bernama
Share
Tweet
Pin
No comments
Topik kecantikan adalah satu topik yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan. Topik kecantikan akan kekal 'evergreen' sepanjang zaman.. Kenapa? Kerana secara fitrahnya manusia memang sukakan kecantikan tanpa mengira bangsa, agama mahupun jantina.

Bercerita tentang soal kecantikan, di usia yang sudah menjangkau 40-an.. Untuk kekal kelihatan muda adalah impian setiap orang. Begitu juga aku, langsung tidak terkecuali untuk tetap kelihatan cantik, muda dan anggun. Disebabkan itu, baru-baru ini aku pergi menjalani rawatan Fotona 4D Lifting atau Non-invasive laser face lifting di Toscana Medi Clinic.


Apakah Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting?


Buat pengetahuan semua, Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting atau Fotona 4D Lifting adalah sejenis rawatan muka yang mudah, tanpa kesakitan akibat suntikan atau pembedahan. Berikutan dunia semakin moden, kini peralatan juga semakin canggih. Fotona 4D direka khas untuk prosedur laser tanpa pembedahan bertujuan menegangkan kulit muka yang mengendur sambil memperbaiki ton dan tekstur kulit.


Facial Remodeling 4D and 6D with Fotona Laser - Centro Médico Estético Dr  Cárdenas


Bagaimana Ia Berfungsi?


Keunikan Fotona 4D ialah teknologi laser 4 langkah yang menegangkan kulit dari dalam. Fotona 4D menggunakan dua panjang gelombang berbeza (Er:YAG and Nd:YAG) dan kombinasi unik empat laser untuk menangani penuaan wajah.

Empat rawatan laser – SMOOTH®, FRAC3®, PIANO® and SupErficial™ – menyasarkan kedua-dua rongga mulut bahagian muka dan dalam. Dengan cara ini, laser boleh merawat struktur penghubung kulit di bahagian dalam, di bahagian tengah dan di permukaan, serta merawat ketidaksempurnaan kulit yang berbeza.

Kombinasi berkuasa ini membolehkan pengecutan ketebalan penuh kolagen untuk menegangkan dan menganjalkan kulit (mengurangkan kedutan) dengan berkesan tanpa memerlukan suntikan. Pendekatan menyeluruh untuk anti-penuaan ini akhirnya menghasilkan kesan menegangkan wajah untuk kulit yang awet muda.
Dr.Ko Skin Specialist (4D Laser facelift & Nightlase Fotona ...
Penerangan bagaimana rawatan ini berfungsi.

Apakah Kelebihan Fotona 4D Lifting?


Fotona 4D menawarkan segala-galanya yang anda perlukan dari pakej rawatan muka hanya dengan satu sesi dan keberkesanannya:


SMOOTHLIFTIN™
Mengembalikan keanjalan di bahagian yang mengendur untuk kesan menegangkan wajah dengan serta-merta

FRAC3®
Menggalakkan penghasilan kolagen untuk menegangkan tisu muka

PIANO®
Mengurangkan pigmentasi, parut dan kedutan untuk ton and tekstur yang lebih baik

SupErficial™
Rawatan pengelupasan laser mikro yang lembut untuk mengurangkan garis-garis halus dan liang roma


Oleh kerana tiada suntikan digunakan, Fotona 4D mencetuskan pengeluaran kolagen semula jadi dalam tubuh untuk menegangkan dan memperbaiki kulit. Hasilnya adalah semula jadi dan serta-merta tanpa memerlukan masa pemulihan.

Fotona 4D merupakan pilihan sebagai prosedur tidak invasif yang pantas, selamat dan tidak menyakitkan. Setiap laser boleh disesuaikan, ia boleh dilaraskan untuk memberi tahap rawatan mengikut keperluan khusus keadaan kulit anda. Lantas, tiada tenaga berlebihan dipindahkan ke dalam kulit dan dapat mengurangkan risiko kerosakan haba pada permukaan kulit.


Siapa Yang Perlu Menjalani Rawatan Fotona 4D Lifting?


Fotona 4D ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berikut :

  • Penuaan kulit : Kedutan, kehilangan keanjalan, kulit mengendur
  • Menegangkan kulit dan mengurangkan kekenduran kulit
  • Lipatan nasolabial
  • Ton dan tekstur kulit yang tidak sekata

Selepas prosedur, kulit anda mungkin berwarna merah jambu dan sensitif kepada cahaya matahari semasa proses penyembuhan. Pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan krim pelindung matahari di semua bahagian rawatan dan mengelakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari untuk hasil yang lebih baik. 


Pengalaman Aku Menjalani Rawatan Fotona 4D Lifting


Selasa lepas sempat aku ke klinik aesthetic kegemaran aku iaitu Toscana Medi Clinic (jika anda mengikuti artikel-artikel aku yang terdahulu pasti anda menyedari yang aku suka mendapatkan rawatan di Toscana ini).

Menyedari bahawa kulit muka tidak remaja lagi dan dengan badan yang sedikit berisi semenjak PKP ini, aku memang ke sana dengan hajat untuk mendapatkan rawatan yang mampu menganjalkan kulit dan atas nasihat Dr. Lashela Dharmadass, aku bersetuju untuk membuat rawatan Fotona 4D Non-invasive laser face lifting.

Sesi pertama sebelum memulakan rawatan sudah pasti la kulit muka dibersihkan tanpa sebarang makeup yang tersisa.




Selepas kulit muka dibersihkan, sesi rawatan Fotona 4D dimulakan dengan SMOOTHLIFTIN™ Intraoral iaitu rawatan dimulakan dari dalam mulut dan rawatan ini berfungsi untuk :

  • Merawat pipi dan bibir dari dalam
  • Mengetatkan dan menegangkan kulit dari dalam
  • Mengembalikan kegebuan wajah untuk menghilangkan lipatan nasolabial
  • Menggebukan seperti bahan pengisi tetapi tahan lebih lama
  • Hasil biasanya boleh dilihat dengan serta merta
Kemudian rawatan diteruskan dengan FRAC3® Rejuvenation yang berfungsi untuk :
  • Merangsang kolagen dari luar ke dalam
  • Meresap ke dalam untuk penegangan bersinergi
  • Menegangkan dengan berkesan pada bahagian muka atau tubuh
  • Mengalakkan penyembuhan luka

Langkah ketiga pula ialah PIANO® Skin Tightening yang bertindak untuk : 
  • Menyasarkan ketidaksempurnaan kulit pada lapisan dalam
  • Mengurangkan bintik gelap dan kemerahan
  • Tidak invasif dan meninggalkan parut seperti parut jerawat
  • Memperbaiki tekstur dan ton kulit serta kedutan

Dan yang terakhir adalah SupErficial™ Light Peel yang berfungsi untuk :
  • Rawatan pengelupasan menggunakan laser mikro yang lembut
  • Mengurangkan ketidaksempurnaan permukaan kulit
  • Mengurangkan garis halus dan liang roma
  • Melicinkan kulit untuk wajah yang lebih halus

Selepas habis kesemua sesi, muka kemudiannya direhatkan dan disejukkan dengan topeng muka.

Aku ada sediakan video ketika rawatan untuk anda semua lebih memahami rawatan yang aku jalani ini. Dan semoga perkongsian ini bermanfaat terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan kulit dari luar dan dalam.



Sakitkah Ketika Rawatan Sedang dijalankan?

Ramai yang akan bertanyakan soalan "sakitkah ketika rawatan?" dan ini jawapan aku :

1. Ketika sesi SMOOTHLIFTIN™ dijalankan tiada langsung kesakitan dirasai hanya ada rasa sedikit panas yang suam di dalam mulut dan juga tidak meninggalkan sebarang kesan seperti kemerahan dan sebagainya.

2. Ketika sesi FRAC3® berlangsung pula terasa sedikit panas-panas suam dan ini akan meninggalkan sedikit kesan kemerahan/merah jambu lebih kurang selama 30 minit selepas rawatan.

3. Ketika sesi PIANO® pula, terasa sedikit seperti digigit semut namun masih boleh bertahan (tidak terlalu sakit).

4. Ketika sesi SupErficial™ ada sedikit ketidakselesaan ketika rawatan terutama dibahagian bibir kerana kulit bibir lebih nipis dan sensatif berbanding kulit muka dan kulit muka adak sedikit kemerahan untuk 1 hari dan kulit akan kering selama 1 minggu dan aku dinasihatkan untuk memakai sunblock & tidak terlalu terdedah pada sinaran matahari.


Ini contoh hasil testimoni yang ditunjukkan selepas rawatan dijalankan. Macam aku, aku belum boleh tunjukkan hasil lagi sebab baru je sehari buat rawatan ni..hehe..

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh hubungi pihak Toscana Medi Clinic di :

Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866
Email : info@toscanamed.com
Website : http://www.toscanamed.com/clinic.php/
Facebook : https://www.facebook.com/toscanamed/


Share
Tweet
Pin
3 comments
Sebut sahaja Malaysia pasti ramai yang terbayangkan kepelbagaian menu dalam masyarakat majmuk yang aman sejahtera. Yang paling menarik ialah kesemua menu makanan yang ada di Malaysia ini menjadi makanan kegemaran tak kira kaum.


Misalnya Nasi Kandar, walaupun asalnya Nasi Kandar ini adalah menu 'favourite' di kedai mamak namun kesemua kaum termasuk Cina, India, Melayu dan lain-lain turut menggemari Nasi Kandar. Tapi tak semua yang suka lepak di kedai mamak. Misalnya, kakak sulung aku sendiri walaupun menggemari kari tetapi dia tidak akan makan di kedai mamak.

Jadi, bagi mereka yang sama seperti kakak sulung aku, kini anda boleh menikmati Nasi Kandar di Marrybrown kerana pada 16hb Julai yang lepas Marrybrown telah mengeluarkan menu kegemaran rakyat Malaysia ini.


Nasi Kandar MB

Sabtu lepas aku aku mencuba sendiri menu Nasi Kandar MB ni di Marrybrown cawangan IOI City Mall. Maklum la, asyik dengar orang cerita je yang menu ni sedap jadi teringin la nak merasai sendiri kelazatan Nasi Kandar MB ni.



Didatangkan dengan set nasi bersama ayam goreng, kuah kari, papadom, bendi dan air teh ais Heaven and Earth ternyata menu ini tidak mengecewakan. Rasa kuah karinya yang padu seakan kari di kedai mamak menjadikan menu Nasi Kandar MB ini terasa betul kandarnya!



Terdapat 2 jenis kombo yang disediakan oleh Marrybrown iaitu :

Nasi Kandar 2 pcs Chicken Combo (Harga Bermula Dari RM16.20)
Nasi putih, kuah kari, 2 ketul ayam, telur rebus, papadom, bendi dan air teh ais limau Heaven and Earth.

Nasi Kandar 1 pc Chicken Combo (Harga Bermula Dari RM12.70)
Nasi putih, kuah kari, 1 ketul ayam, telur rebus,  papadom, bendi dan air teh ais limau Heaven and Earth.




Menu ini boleh didapati di kesemua cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia. Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh dapatkan sebarang info di :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my






Share
Tweet
Pin
1 comments
Rabu lepas, sesi persekolahan selepas PKP mula berlangsung seperti biasa. Namun terdapat beberapa langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi demi mengekang wabak virus Covid-19. Selepas beberapa bulan kita 'dikurung' demi keselamatan diri, kini kita terpaksa menghadapi kenyataan yang kita perlu hidup dengan Covid-19 sekiranya kita tidak mahu kehidupan kita terjejas.

Namun begitu, demi mengekang penularan wabak merbahaya ini kita disarankan untuk mematuhi beberapa langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Norma Baharu ke Sekolah : Saranan Kepada Warga Sekolah


Berikut adalah saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada warga sekolah bagi memulakan sesi persekolahan norma baharu.

1. Saringan kesihatan di pintu masuk

Pihak sekolah disarankan untuk membuat saringan kesihatan di pintu masuk sekolah. Bacaan suhu adalah wajib diambil bagi memastikan kesemua warga sekolah adalah sihat untuk memulakan sesi pembelajaran.

717 pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor | Harian Metro
Gambar Ihsan : Harian Metro

2. Kerap mencuci tangan

Umum mengetahui bahawa wabak Covid-19 boleh dikekang sekiranya kita melakukan penjagaan kendiri dan antaranya adalah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau sanitizer.

Cuci tangan hingga 10 kali sehari kurangkan risiko dijangkiti COVID-19 -  ismaweb

3. Pematuhan penjarakan sosial seperti di bilik PdP, bilik mesyuarat, dewan makan asrama dan pondok menunggu.

Pelbagai pendekatan diambil untuk memulakan pelajaran di musim Covid-19 –  Malaysia Dateline
Gambar Ihsan : Malaysia Dateline

4. Amalan etika batuk dan bersin yang betul (tutup mulut ketika setiap kali batu dan bersin).

5. Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

6. Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.

7. Buka tingkap dan pintu bilik bagi pengudaraan yang baik.

8. Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun disediakan.



Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin ketika sidang media diadakan berkenaaan pembukaan semula sekolah ;

1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.

2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.
3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti ko-kurikulum adalah tidak dibenarkan.

4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

5. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

6. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

7. Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

8. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

10. Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.

11. Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai 2020. Ini termasuk pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat perkembangan.

12. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri.


13. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka disarankan untuk mematuhi tarikh cadangan pembukaan semula oleh KPM dengan mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.

Pemeriksaan suhu badan, makan dalam kelas antara garis panduan KPM |  Nasional | Berita Harian
Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan (Gambar Ihsan : Berita Harian)
Share
Tweet
Pin
No comments
Umum mengetahui bahawa dunia hampir lumpuh disebabkan serangan pandemik Covid-19. Semenjak itu, pelbagai langkah pencegahan wabak Covid-19 mula menjadi rutin harian kehidupan kita. Menjaga kebersihan, sering membasuh tangan, penjarakan sosial dan memakai topeng muka (mask) adalah perkara wajib yang kita lakukan sekarang.

6 Must-Have Household Products From Earth Home Malaysia

Berikutan itu, pengeluar racun serangga no.1 di Jepun mula mengeluarkan produk penjagaan rumah dan pencegahan serangga. Produk-produk berkenaan mula dipasarkan di Malaysia kini.

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.”

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.


Sedikit Mengenai Earth Corporation


Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran.

Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.  

Falsafah korporat “Bertindak Untuk Kehidupan” mencerminkan sasaran syarikat untuk sentiasa selari dengan pengguna, menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk keselamatan dan keselesaan sejagat, dan sentiasa “bertindak untuk hidup” dengan lebih harmoni dengan Bumi. 


6 Produk Keluaran Earth Corporation

terdapat 6 jenis produk yang telah dikeluarkan oleh Earth Corporation yang kini boleh didapati di Malaysia iaitu :

1.   Penyembur Fabrik NATUCAIR

Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90



2.   Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.
Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90



3.   ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60



4.    Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90



5.   Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90



6.   Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90


Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk Ini?

Pasti ramai yang tertanya bagaimanakah untuk mendapatkan kesemua produk yang aku ceritakan di atas. Buat pengetahuan, kesemua produk tersebut boleh didapati di :

  • AEON
  • Jaya Grocer
  • Ampang Grocers
  • de Market
  • Pasaraya Grand Union
  • Redtick
  • Urban Fresh
  • Sogo
  • Sunshine
  • TF Value Mart
  • Hero Supermarket
  • Lazada
  • Shopee
Untuk keterangan lanjut mengenai produk ini boleh la layari www.earth-my.com

Share
Tweet
Pin
No comments
Kuih Serabai adalah sejenis kuih tradisional yang agak jarang dijual namun boleh didapati ketika bulan Ramadhan. Kuih tradisional ini popular di beberapa negeri seperti Kedah, Melaka dan Sabah.

Diperbuat dari tepung beras dan rasanya seakan apam, dicicah dengan kuah/sos manis seperti kuah sirap gula melaka dan santan atau serawa durian. Aku turut difahamkan yang kuih ini juga boleh didapati di beberapa daerah di Indonesia dengan nama 'Kue Serabi'.



Jadi, untuk artikel kali ini aku ingin berkongsikan resipi kuih Serabai yang dikongsi oleh Chef Izwan iaitu Chef di Hotel Seri Malaysia Melaka.

Resipi Serabai Seri Melaka

Bahan-bahannya :

4 Cawan Tepung Beras
1 Cawan Nasi
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
2tsp Yis
4tsp Gula
Garam Secukup Rasa

Cara-caranya :

1. Kisar semua bahan dan campurkan kesemuanya.
2. Peram bahan yang dikisar selama 1 jam
3. Selepas 1 jam, panaskan acuan dan sapukan dengan sedikit minyak (untuk elakkan kuih melekat pada acuan)
4. Masukkan adunan ke dalam acuan (pastikan api perlahan)
5. Tutup acuan, dalam masa 2-3 minit buka penutup dan lihat adunan yang dimasukkan berwarna kekuningan tandanya adunan dah masak dan boleh diangkat.



Sedikit Tentang Hotel Seri Malaysia Melaka


Hotel Seri Malaysia Melaka baru memulakan operasi selepas PKPP diumumkan. Bagi anda yang ingin datang ke Melaka, aku cadangkan untuk anda semua menginap di  Hotel Seri Malaysia Melaka kerana di sini mereka bukan sahaja mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan malah bilik di Hotel Seri Malaysia Melaka ini  sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga.




No of rooms : 100
Room Catagories : Standard twin, Standard Queen, Deluxe, Family, Suite
Restaurant : Jonker Cafe
Other facilities & services :
✅ Wi-fi
✅ Surau
✅ Swimming Pool
✅ 24 Hours Reception
✅ 24 Hours CCTV
✅ Laundry & Dry Cleaning Services
✅ Safe Deposit Box
✅ Saturday Hi-Tea + Live Band
✅ Parking Space
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel Seri Malaysia Melaka, Insyallah aku akan buat 1 entri khas dimasa yang lain. Sementara itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Hotel Seri Malaysia di :-

Facebook : Hotel Seri Malaysia Melaka
Instagram : serimalaysiamelakahotel
Website : www.serimalaysia.com.my
Alamat : Hotel Seri Malaysia Melaka, Lot PT 12332, Lebuh Ayer Keroh, 75760 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06-2328460 / 016-7768460

Trip ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Gaya Travel dengan usahasama Hotel Seri Malaysia

Share
Tweet
Pin
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates