Persekolahan Norma Baharu

Rabu lepas, sesi persekolahan selepas PKP mula berlangsung seperti biasa. Namun terdapat beberapa langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi demi mengekang wabak virus Covid-19. Selepas beberapa bulan kita 'dikurung' demi keselamatan diri, kini kita terpaksa menghadapi kenyataan yang kita perlu hidup dengan Covid-19 sekiranya kita tidak mahu kehidupan kita terjejas.

Namun begitu, demi mengekang penularan wabak merbahaya ini kita disarankan untuk mematuhi beberapa langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Norma Baharu ke Sekolah : Saranan Kepada Warga Sekolah


Berikut adalah saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada warga sekolah bagi memulakan sesi persekolahan norma baharu.

1. Saringan kesihatan di pintu masuk

Pihak sekolah disarankan untuk membuat saringan kesihatan di pintu masuk sekolah. Bacaan suhu adalah wajib diambil bagi memastikan kesemua warga sekolah adalah sihat untuk memulakan sesi pembelajaran.

717 pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor | Harian Metro
Gambar Ihsan : Harian Metro

2. Kerap mencuci tangan

Umum mengetahui bahawa wabak Covid-19 boleh dikekang sekiranya kita melakukan penjagaan kendiri dan antaranya adalah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau sanitizer.

Cuci tangan hingga 10 kali sehari kurangkan risiko dijangkiti COVID-19 -  ismaweb

3. Pematuhan penjarakan sosial seperti di bilik PdP, bilik mesyuarat, dewan makan asrama dan pondok menunggu.

Pelbagai pendekatan diambil untuk memulakan pelajaran di musim Covid-19 –  Malaysia Dateline
Gambar Ihsan : Malaysia Dateline

4. Amalan etika batuk dan bersin yang betul (tutup mulut ketika setiap kali batu dan bersin).

5. Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

6. Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.

7. Buka tingkap dan pintu bilik bagi pengudaraan yang baik.

8. Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun disediakan.



Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin ketika sidang media diadakan berkenaaan pembukaan semula sekolah ;

1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.

2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.
3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti ko-kurikulum adalah tidak dibenarkan.

4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

5. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

6. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.

7. Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

8. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

10. Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.

11. Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai 2020. Ini termasuk pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat perkembangan.

12. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri.


13. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka disarankan untuk mematuhi tarikh cadangan pembukaan semula oleh KPM dengan mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.

Pemeriksaan suhu badan, makan dalam kelas antara garis panduan KPM |  Nasional | Berita Harian
Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan (Gambar Ihsan : Berita Harian)

Post a Comment

0 Comments