Kelebihan Menjalani Rawatan Kecantikan Fotona 4D Lifting

by - Thursday, July 23, 2020

Topik kecantikan adalah satu topik yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan. Topik kecantikan akan kekal 'evergreen' sepanjang zaman.. Kenapa? Kerana secara fitrahnya manusia memang sukakan kecantikan tanpa mengira bangsa, agama mahupun jantina.

Bercerita tentang soal kecantikan, di usia yang sudah menjangkau 40-an.. Untuk kekal kelihatan muda adalah impian setiap orang. Begitu juga aku, langsung tidak terkecuali untuk tetap kelihatan cantik, muda dan anggun. Disebabkan itu, baru-baru ini aku pergi menjalani rawatan Fotona 4D Lifting atau Non-invasive laser face lifting di Toscana Medi Clinic.


Apakah Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting?


Buat pengetahuan semua, Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting atau Fotona 4D Lifting adalah sejenis rawatan muka yang mudah, tanpa kesakitan akibat suntikan atau pembedahan. Berikutan dunia semakin moden, kini peralatan juga semakin canggih. Fotona 4D direka khas untuk prosedur laser tanpa pembedahan bertujuan menegangkan kulit muka yang mengendur sambil memperbaiki ton dan tekstur kulit.


Facial Remodeling 4D and 6D with Fotona Laser - Centro Médico Estético Dr  Cárdenas


Bagaimana Ia Berfungsi?


Keunikan Fotona 4D ialah teknologi laser 4 langkah yang menegangkan kulit dari dalam. Fotona 4D menggunakan dua panjang gelombang berbeza (Er:YAG and Nd:YAG) dan kombinasi unik empat laser untuk menangani penuaan wajah.

Empat rawatan laser – SMOOTH®, FRAC3®, PIANO® and SupErficial™ – menyasarkan kedua-dua rongga mulut bahagian muka dan dalam. Dengan cara ini, laser boleh merawat struktur penghubung kulit di bahagian dalam, di bahagian tengah dan di permukaan, serta merawat ketidaksempurnaan kulit yang berbeza.

Kombinasi berkuasa ini membolehkan pengecutan ketebalan penuh kolagen untuk menegangkan dan menganjalkan kulit (mengurangkan kedutan) dengan berkesan tanpa memerlukan suntikan. Pendekatan menyeluruh untuk anti-penuaan ini akhirnya menghasilkan kesan menegangkan wajah untuk kulit yang awet muda.
Dr.Ko Skin Specialist (4D Laser facelift & Nightlase Fotona ...
Penerangan bagaimana rawatan ini berfungsi.

Apakah Kelebihan Fotona 4D Lifting?


Fotona 4D menawarkan segala-galanya yang anda perlukan dari pakej rawatan muka hanya dengan satu sesi dan keberkesanannya:


SMOOTHLIFTIN™
Mengembalikan keanjalan di bahagian yang mengendur untuk kesan menegangkan wajah dengan serta-merta

FRAC3®
Menggalakkan penghasilan kolagen untuk menegangkan tisu muka

PIANO®
Mengurangkan pigmentasi, parut dan kedutan untuk ton and tekstur yang lebih baik

SupErficial™
Rawatan pengelupasan laser mikro yang lembut untuk mengurangkan garis-garis halus dan liang roma


Oleh kerana tiada suntikan digunakan, Fotona 4D mencetuskan pengeluaran kolagen semula jadi dalam tubuh untuk menegangkan dan memperbaiki kulit. Hasilnya adalah semula jadi dan serta-merta tanpa memerlukan masa pemulihan.

Fotona 4D merupakan pilihan sebagai prosedur tidak invasif yang pantas, selamat dan tidak menyakitkan. Setiap laser boleh disesuaikan, ia boleh dilaraskan untuk memberi tahap rawatan mengikut keperluan khusus keadaan kulit anda. Lantas, tiada tenaga berlebihan dipindahkan ke dalam kulit dan dapat mengurangkan risiko kerosakan haba pada permukaan kulit.


Siapa Yang Perlu Menjalani Rawatan Fotona 4D Lifting?


Fotona 4D ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berikut :

  • Penuaan kulit : Kedutan, kehilangan keanjalan, kulit mengendur
  • Menegangkan kulit dan mengurangkan kekenduran kulit
  • Lipatan nasolabial
  • Ton dan tekstur kulit yang tidak sekata

Selepas prosedur, kulit anda mungkin berwarna merah jambu dan sensitif kepada cahaya matahari semasa proses penyembuhan. Pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan krim pelindung matahari di semua bahagian rawatan dan mengelakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari untuk hasil yang lebih baik. 


Pengalaman Aku Menjalani Rawatan Fotona 4D Lifting


Selasa lepas sempat aku ke klinik aesthetic kegemaran aku iaitu Toscana Medi Clinic (jika anda mengikuti artikel-artikel aku yang terdahulu pasti anda menyedari yang aku suka mendapatkan rawatan di Toscana ini).

Menyedari bahawa kulit muka tidak remaja lagi dan dengan badan yang sedikit berisi semenjak PKP ini, aku memang ke sana dengan hajat untuk mendapatkan rawatan yang mampu menganjalkan kulit dan atas nasihat Dr. Lashela Dharmadass, aku bersetuju untuk membuat rawatan Fotona 4D Non-invasive laser face lifting.

Sesi pertama sebelum memulakan rawatan sudah pasti la kulit muka dibersihkan tanpa sebarang makeup yang tersisa.




Selepas kulit muka dibersihkan, sesi rawatan Fotona 4D dimulakan dengan SMOOTHLIFTIN™ Intraoral iaitu rawatan dimulakan dari dalam mulut dan rawatan ini berfungsi untuk :

  • Merawat pipi dan bibir dari dalam
  • Mengetatkan dan menegangkan kulit dari dalam
  • Mengembalikan kegebuan wajah untuk menghilangkan lipatan nasolabial
  • Menggebukan seperti bahan pengisi tetapi tahan lebih lama
  • Hasil biasanya boleh dilihat dengan serta merta
Kemudian rawatan diteruskan dengan FRAC3® Rejuvenation yang berfungsi untuk :
  • Merangsang kolagen dari luar ke dalam
  • Meresap ke dalam untuk penegangan bersinergi
  • Menegangkan dengan berkesan pada bahagian muka atau tubuh
  • Mengalakkan penyembuhan luka

Langkah ketiga pula ialah PIANO® Skin Tightening yang bertindak untuk : 
  • Menyasarkan ketidaksempurnaan kulit pada lapisan dalam
  • Mengurangkan bintik gelap dan kemerahan
  • Tidak invasif dan meninggalkan parut seperti parut jerawat
  • Memperbaiki tekstur dan ton kulit serta kedutan

Dan yang terakhir adalah SupErficial™ Light Peel yang berfungsi untuk :
  • Rawatan pengelupasan menggunakan laser mikro yang lembut
  • Mengurangkan ketidaksempurnaan permukaan kulit
  • Mengurangkan garis halus dan liang roma
  • Melicinkan kulit untuk wajah yang lebih halus

Selepas habis kesemua sesi, muka kemudiannya direhatkan dan disejukkan dengan topeng muka.

Aku ada sediakan video ketika rawatan untuk anda semua lebih memahami rawatan yang aku jalani ini. Dan semoga perkongsian ini bermanfaat terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan kulit dari luar dan dalam.



Sakitkah Ketika Rawatan Sedang dijalankan?

Ramai yang akan bertanyakan soalan "sakitkah ketika rawatan?" dan ini jawapan aku :

1. Ketika sesi SMOOTHLIFTIN™ dijalankan tiada langsung kesakitan dirasai hanya ada rasa sedikit panas yang suam di dalam mulut dan juga tidak meninggalkan sebarang kesan seperti kemerahan dan sebagainya.

2. Ketika sesi FRAC3® berlangsung pula terasa sedikit panas-panas suam dan ini akan meninggalkan sedikit kesan kemerahan/merah jambu lebih kurang selama 30 minit selepas rawatan.

3. Ketika sesi PIANO® pula, terasa sedikit seperti digigit semut namun masih boleh bertahan (tidak terlalu sakit).

4. Ketika sesi SupErficial™ ada sedikit ketidakselesaan ketika rawatan terutama dibahagian bibir kerana kulit bibir lebih nipis dan sensatif berbanding kulit muka dan kulit muka adak sedikit kemerahan untuk 1 hari dan kulit akan kering selama 1 minggu dan aku dinasihatkan untuk memakai sunblock & tidak terlalu terdedah pada sinaran matahari.


Ini contoh hasil testimoni yang ditunjukkan selepas rawatan dijalankan. Macam aku, aku belum boleh tunjukkan hasil lagi sebab baru je sehari buat rawatan ni..hehe..

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh hubungi pihak Toscana Medi Clinic di :

Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866


Artikel berkaitan

3 comments

  1. Menarik betul rawatan kali ni.. guna mesin fotona kan. Memang banyak kegunaan dia. Boleh Qiss cuba rawatan ni nanti

    ReplyDelete
  2. Bestnya manjakan diri, reward diri sendiri kann...umur dah 44thn ni memang rasa nak buat semua je rawatan, nak bagi anjal kulit muka tu, tapi tu leee, bukan tak rajin, kosnya pun boleh tahan juga kan.. tapi kalau ada pakej, berbaloi kann..

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala buat rawatan muka berbaloi kan. Sekarang dah mudah ada mesin moden. Makin awet muda la cik min lepasni

    ReplyDelete