Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pagi Isnin 10 Februari 2019 kita dikejutkan dengan berita kematian pelawak terkenal tanahair kita iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun.


Abam dikhabarkan meninggal secara mengejut di kediamannya di Gombak. Menurut isteri Allahyarham, beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan untuk menunaikan solat subuh. Berita kematian mengejut ini dimaklumkan kepada Gempak oleh pelawak Ali, iaitu adik Allahyarham. 

"Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas." kataya gagal mengawal emosi.

Menurut Hidayah, isteri Allahyarham "beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

"katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi..pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun  tak ada tindak balas daripada dia," katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Pada aku secara peribadi, ini adalah berita kematian paling mengejutkan setelah pemergian pelawak Yus pada 30 November 2015. Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman


نَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Post a Comment

3 Comments

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah buat keluarga Abam.
    Terkejut dapat berita ni tadi. Macam tak sangka je kan. :(

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun. Ramai yg terasa ketiadaan Abam

    ReplyDelete
  3. semoga ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi..
    insyallah..

    ReplyDelete