Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Nak ubah hidup untuk menjadi lebih berjaya adalah impian setiap orang! Aku pasti setiap dari kita memang berusaha sehabis mungkin untuk cuba mengubah hidup kita. Bukankah Allah berfirman :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
Jadi, sudah jelas terang dan nyata bukan betapa kita wajib cuba untuk mengubah hidup kita?

13,000 Rakyat Malaysia Cuba Nak Ubah Hidup?

Mungkin memahami konsep "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka" bertempat di Setia Alam Convention Centre, seramai 13,000 orang telah berkumpul dibawah bumbung yang sama untuk sama-sama mengikuti program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 pada 25-27 Januari 2020.


Program anjuran RichWorks International ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia malah turut dihadiri oleh mereka yang datang dari Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Dengan pengalaman selama 12 tahun bermula 2008, RichWorks yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman bukanlah asing lagi buat rakyat Malaysia khususnya. Mereka telah melahirkan beribu-ribu jutawan Melayu melalui bimbingan mereka dalam bidang keusahawanan.


Aku sendiri turut serta menghadiri Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni. Maklumlah sebagai usahawan sangat rugi rasanya kalau tak turut serta dalam program yang banyak membantu usahawan untuk menjadi jutawan ni. 

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku menghadiri program anjuran RichWorks yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman ni. Aku pernah menghadiri program beliau yang dinamakan Intensif Menarik Magnet Kekayaan (IMKK) pada tahun 2016. Dan impaknya sangat besar pada perniagaan aku. Mana taknya, ketika IMKK 2016 lepas Dr. Azizan banyak menekankan tentang 'BUAT JE'. Lepas habis kursus 3 hari 2 malam yang ketika itu berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam aku memang all out dan 'BUAT JE'.

Gambar kenangan masa IMKK 2016

Dan Alhamdulillah selepas aku all out pada ketika itu jualan Minz Sambal Hitam Pahang turut meningkat paling kurang RM10,000 sebulan dan produk aku mula masuk event-event besar seperti MAHA, Perhimpunan Agong UMNO, Mood Republik dan sebagainya. Malah turut diundang ke beberapa stesen TV untuk menghiasi program seperti Selamat Pagi Malaysia, BNC, ruangan SME di Astro Awani malah turut menghiasi beberapa ruangan majalah dan akhbar tempatan termasuk Utusan Malaysia. (Maaf, ini bukan cerita bangga diri tapi just nak sharing dengan korang betapa impak menuntut ilmu itu memang sangat besar pada mereka yang berniaga).


Nizam, pengasas Jamumall antara pelanggan aku ketika di Mood Republik yang datang berulangkali membeli Min'z Sambal Hitam Ikan Talang


Apa Itu Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 & Kenapa Impaknya Sangat Besar?

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Selama 12 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, RichWorks dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Aku di hari pertama program #NUH2020

Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan, ini kerana Dr. Azizan sendiri pernah melalui liku hidup sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan peluang beliau untuk cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Korang tau tak betapa ramainya jutawan yang dilahirkan melalui program anjuran RichWorks International ni? Malah jutawan sedia ada pun masih berguru dengan Dr. Azizan Osman. Masa IMKK 2016 yang lepas antara yang turut menghadiri adalah jutawan kosmetik iaitu Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri. Dan ketika NUH2020 ini berlangsung ramai jutawan kelahiran RichWorks International turut berkongsi cerita kejayaan mereka antaranya Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty, Siti Noor Sabrina dari Mamasab Bakery yang memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah hingga mencapai jualan 15.4 juta pada tahun lepas dalam masa 2 tahun dan ramai lagi.




Siapa Dr. Azizan Osman?

Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.


Visi Dr.Azizan Osman hari ini adalah :

  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia.
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200,000 setahun.
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.
Terus terang, dulu sebelum aku mengenali Dr.Azizan secara dekat melalui program IMKK..aku agak skeptikal. Maklum lah..terlalu banyak kata-kata negatif terhadap beliau yang aku dengar. Tapi bila aku sendiri pergi mengikuti program IMKK pada tahun 2016, pandangan aku terhadap beliau berubah 360 darjah! Sangat berbeza dari apa yang dikatakan. Jadi, bagi korang yang belum pernah pergi kemana-mana program beliau aku nasihatkan pergilah! Takkan rugi 1 sen pun. Malah korang akan nampak impaknya andai korang betul-betul ikut dan bertindak pantas! FAST ACTION FAST RESULT!!.

Aku di hari ke-2 program #NUH2020

Seriously aku sangat sukakan program yang bukan sahaja mengajar teori-teori marketing malah menekankan tentang sifat kehambaan yang wajib patuh pada Penciptanya. Dr.Azizan sangat menekankan hubungan dengan Allah. Sebab itu dalam sesi pembelajaran selama 3 hari, ada 1 hari yang akan diadakan sesi berselawat dan bedoa. Bayangkan doa kita diamainkan oleh 13,000 orang yang hadir. MasyaAllah moga-moga segala doa dan hajat yang kita niatkan akan dimakbulkan.

Teringat kata-kata beliau yang paling menusuk hati aku "MANA MUNGKIN KITA MISKIN BILA KITA BERTUHANKAN YANG MAHA KAYA". Ya Allah..kata-kata tu buat aku terfikir betapa selama ini kita sering tersilap sangka saat kita tidak lagi menjadi kaya. Sebenarnya bukan Allah tak bagi kita kaya tapi mungkin usaha dan doa kita belum cukup kuat.

Hari ke-3 gais!!! Program #NUH2020



Menurut Dr.Azizan, antara penyumbang faktor tak boleh nak ubah hidup adalah kerana :

1.
Ego

2.
Skeptikal

3.
Takut

4.
Rasa tak layak

5.
Rasa tak yakin

6.
Suka bertangguh

7.
Suka beri alasan

8.
Suka tunggu dulu

9.
Ikut / tertarik pada perkara negative

10.
Tidak bersungguh-sungguh

11.
Malas

12.
Suka salahkan takdir


Menurut Dr.Azizan lagi, kita patut bijak menguruskan kewangan kita dan memastikan setiap pendapatan kita dimasukkan pada tabung-tabung yang ditetapkan. Untuk kali ini aku tak boleh nak berkongsi panjang lebar tentang keperluan setiap tabung jadi aku kongsikan ringkasannya saja dulu ye.

Financial Freedom Account (FFA)

Tabung 1
Masukkan 10% dari gaji ke tabung FFA

Tabung 2
Masukkan 5 % ke tabung Charity

Tabung 3
Masukkan 10% ke tabung Education (untuk diri sendiri)

Tabung 4
Masukkan 55% ke tabung necessity

Tabung 5
Masukkan 10% ke tabung Long Term Saving

Tabung 6
Masukkan 10% ke tabung Fun


Perdana Menteri Malaysia Turut Hadir ke NUH2020

Korang, seriously aku tak pernah lagi menghadiri mana-mana seminar atau program-program pembelajaran yang mempunyai kehadiran sehingga 13,000 orang termasuk menteri! Korang tau tak siapa yang menjadi bukan tetamu tapi sebagai pelajar yang turut hadir? YB Datuk Seri Rina Harun iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar pun turut hadir tau!


Dan yang paling mengejutkan ialah pada hari kedua NUH2020 berlangsung, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri turut datang melawat. Aku yakin bahawa Tun pasti buka mata betapa Melayu bukan lagi bangsa pemalas malah antara yang paling ramai terlahirnya jutawan di Malaysia yang menjadi antara penyumbang terbesar cukai pada negara!.


Tentang RichWorks International

Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Kalau korang berminat untuk join next program Nak Ubah Hidup, korang boleh layari laman web www.NakUbahHidup2020.com


Share
Tweet
Pin
21 comments
Belum reda kes Influenza merebak dan menyebabkan kematian di Malaysia, kini dunia digemparkan dengan wabak Novel Coronavirus 2019 nCoV. Wabak merbahaya ini dipercayai bermula dari Wuhan, China.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita fahami terlebih dahulu apakah itu Novel Coronavirus 2019 nCoV?

Novel Coronavirus 2019 nCoV

Wuhan, China adalah punca bermulanya strain virus terbaru dinamakan sebagai "Novel Coranavirus 2019 nCoV" adalah dari keluarga strain virus SARs-CoV dan MERs-CoV.

nCoV bermakna 'novel Coronavirus' dan CoV bermakna Coronavirus. 'Novel Virus' bermakna virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).



Bagaimana Virus Ini Bermula?

Sehingga 22 Januari 2020, terdapat sejumlah 448 kes yang disahkan dijangkiti 2019 nCoV dengan kebanyakan daripadanya dilaporkan oleh negara China dan tidak hanya terhad kepada penduduk setempat Wuhan. Sembilan daripada 448 kes tersebut merupakan kes dari luar negara China.

Kes-kes yang dilaporkan dari luar Wuhan, China mempunyai sejarah perjalanan melawatinya sejurus sebelum mereka jatuh sakit dan disahkan dijangkiti oleh virus tersebut.

Musuh yang tersembunyi adalah virus yang berada di dalam haiwan dan berjangkit kepada manusia, kemudian disebarkan sesama manusia. Dikalangan saintis kita memanggil virus tersebut sebagai “the hidden enemies”. Penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus ini, malah bacteria atau parasite yang berpunca dari haiwan ini kita panggil “zoonosis” atau zoonotic disease.

Bangsa China memakan hampir apa sahaja yang merayap dibumi juga terbang di angkasa. Malah di Wuhan tempat dikatakan bermulanya virus ini adalah pasar menjual binatang liar dinamakan Huanan Seafood Market yang juga menjual 112 jenis binatang liar yang hidup.


Virus SARs yang muncul pada tahun 2003, turut membunuh Dr Carlo Urbani dari WHO (World Health Organisation) yang pertama kali menemuinya dari pesakit bangsa Amerika yang dimasukkan ke hospital di Hanoi, bermula dari kucing civet— antara binatang kegemaran sebagai makanan (delicacy) di China selain daripada mereka juga sangat suka memakan anjing dan kucing biasa. Anjing terutamanya dibuat sup dan dimakan dimusim sejuk kerana dikatakan boleh memanaskan badan.

Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.

"Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda," tertera bersama senarai harga pemborong, "Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai", tambahnya lagi.

Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.


Bermula 10 Jan hingga 18 Feb, 450 juta bangsa China akan melakukan 3 ribu juta perjalanan merayakan tahun baru China. Ia terjadi pada masa yang paling kritikal, penghijrahan sementara manusia terbesar didunia. Wuhan adalah salah satu hub perjalanan seterusnya di Tengah negara China.

Setakat ini tidak ada “vaccine” untuk memusnahkan Coronavirus. Ada vaccine dalam percubaan di US dan China tetapi tidak mencukupi untuk semua penduduk. Dalam bahasa yang mudah tidak ada ubat untuk melawan penyakit akibat serangan Coronavirus yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan. 

Ia boleh menjadi pandemic atau wabak keseluruh dunia kerana perhubungan moden antara manusia yang pantas. Di US hari ini, satu kes jangkitan telah dapat dikesan di Washington, seorang lelaki berumur dalam 30an yang baru kembali dari Wuhan kini berada di hospital. Setakat ini jangkitan telah juga dapat dikesan di Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Australia.

Coronavirus boleh membiak sangat cepat melalui proses “clone” dengan menyalin DNA induknya. Mereka tidak ada jantan betina, sebaliknya memecahkan dirinya menjadi jumlah yang banyak dalam masa yang singkat melalui proses yang dipanggil “mitosis”.

Korea Utara telah menyekat semua pelancung dari memasuki negaranya, dari China atau bukan dari China.



يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ 

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al Baqarah ayat 168.


Gejala & Cara Jangkitan Novel Coronavirus 2019 nCoV

Sehingga kini cara jangkitan  2019 nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

Terdapat kemungkinan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission). Namun siasatan yang dijalankan oleh pertunuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai pihak yang terlibat masih tidak dapat memberikan jawapan yang jelas serta tidak dapat mengenalpasti bagaimana sebenarnya jangkitan virus tersebut menular kepada manusia.



Novel Coronavirus 2019 nCoV Sudah Tiba di Malaysia?

Menurut Astro Awani, terdapat 4 kes disyaki 2019 nCoV di Malaysia telah dikesan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan empat kes disyaki dijangkiti koronavirus (NCoV) dikesan di negara ini.


Ia selepas pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan berhubung kes berkenaan.



Kesemua suspek dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan.



Ujian makmal ke atas sampel milik tiga orang pesakit pertama bagaimanapun didapati negatif bagi jangkitan n-CoV, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan di Sabah dan telah dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di negeri itu pada Rabu.


“Bagi baki satu lagi kes disyaki 2019-nCoV yang dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di Sabah semalam (Rabu), beliau berada dalam keadaan stabil.


“Sampel bagi kes itu telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan. Keputusan ujian bakal diperolehi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Persiapan Kerajaan Kita Bagi Menyekat Penularan Virus Ini.

Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh KKM, justeru langkah kesiapsiagaan dan respon berikut terus diperkukuhkan:

  1. Tatacara mengenainya yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan baru-baru ini. Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV;
  2. KKM juga telah memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa, dan sekiranya terdapat pengembara yang disyaki, beliau akan dirujuk untuk pemeriksaan selanjutnya;
  3. KKM juga bekerjasama dengan lain-lain agensi yang berkaitan di Pintu Masuk Antarabangsa bagi membolehkan pengesanan pantas pengembara yang bergejala;
  4. Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes yang disyaki dirujuk serta dikendalikan dengan memenuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi;
  5. Terdapat sebanyak 26 buah hospital KKM yang telah dikenalpasti di seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki tersebut – yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut;
  6. Sampel yang diperolehi daripada pesakit akan dihantar untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), yang merupakan makmal sedia ada yang berkeupayaan untuk menjalankan ujian tersebut;
  7. Sekiranya terdapat kes disyaki 2019-nCoV yang dikesan daripada mana-mana fasiliti kesihatan, kes akan dilaporkan / dinotifikasi dengan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan;
  8. Bersiap sedia dengan Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) di peringkat daerah yang akan diaktifkan sekiranya terdapat pemakluman mengenai kes yang disyaki 2019-nCoV daripada hospital merawat – bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan; dan
  9. Penggunaan personal protective equipment (PPE) bagi semua anggota kesihatan yang terlibat terus diberikan penekanan dan simpanan stok (stockpile) termasuklah ubat-ubatan bagi menghadapi kejadian wabak sentiasa dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasiliti kesihatan masing-masing.

KKM mengambil kesempatan ini untuk menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke Wuhan, China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga, orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di Wuhan dan selepas pulang ke Malaysia:

  • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
  • Untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Ambil peduli Insyallah segalanya akan selamat.
Share
Tweet
Pin
19 comments
Aku pasti ramai di luar sana pernah dengar tentang Sindrom Down tapi aku tak pasti sejauh mana korang mengetahui tentang Sindrom Down ni. Sebagai orang yang mempunyai ahli keluarga yang Sindrom Down, suka aku nak berkongsi tentang sindrom ini.

Bagi yang mengenali aku pasti mengetahui yang aku mempunyai seorang kakak dan adik Sindrom Down. Kiranya aku memang lahir ditengah-tengah antara mereka. Syukur dilahirkan dalam keluarga yang menyayangi, kami sememangnya dididik dari kecil untuk menyayangi 2 insan istimewa di dalam kelurga kami ini.


Namun, seperti yang diketahui ramai..tak mudah sebenarnya membesarkan dan menjaga mereka yang dilahirkan Sindrom Down ini (terima kasih buat abang-abang aku terutama abang yang sulung juga pada kakak-kakak aku yang sentiasa menjaga kakak dan adik aku ini dengan penuh kesabaran). Perlukan kesabaran dan juga perlu belajar tentang apa kehendak mereka. Tapi sebelum aku menulis lebih lanjut, jom aku terangkan sedikit apakah yang dinamakan Sindrom Down ini.

Mengenali Sindrom Down

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.

Kakak (Adah) & Adik aku (Alee)
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom piwaian. Ciri-ciri fizikal termasuklah :

  • Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan
  • Mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata
  • Anggota lebih pendek, 
  • Otot lemah
  • Lidah terjulur.
  • Pertumbuhan yang lambat
  • Pertuturan yang tidak jelas
Masalah kesihatan berkait dengan penghidap Sindrom Down termasuk :

  • Risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital
  • Penyakit gastroesophageal reflux
  • Jangkitan telinga (otitis) berulang
  • Obstructive sleep apnea
  • Kegagalan thyroid

Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masalah biasa, rawatan perubatan apabila diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan Sindrom Down boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Bagaimana Menghadapi Tantrum Mereka?

Anak-anak yang menghidap Sindrom Down ni sebenarnya sama macam kita. Mereka juga mempunyai emosi mereka sendiri sama seperti kita..tak ada bezanya. Adakala mreka sedih, adakala mereka gembira, marah, sakit hati dan sebagainya. 

Mereka juga punya rasa cinta! Sama macam kita yang normal, mereka juga tahu ye tentang perkahwinan dan sebagainya. Sebab tu layan lah mereka selayaknya sepertimana kita dilayan sebab mereka juga manusia macam kita.

Cuma yang membezakan antara mereka dan kita ialah pertumbuhan dan perkembangan mereka agak lambat. Misalnya, adik aku ketika berusia 20-an dia masih lagi bermain kereta mainan sebab mereka memang seakan kanak-kanak. Kakak aku sendiri sehingga kini kalo diberi teddy bear memang gembiranya sama macam masa zaman kanak-kanak kita menerima anak patung dari bapa!

Sebab itu untuk membesarkan dan menjaga anak-anak syurga ini perlukan vitamin C,S dan K. Ha..apa itu vitamin C, S & K ini?

C - Cinta
Cintai dan sayangilah mereka sepenuhnya sebab mereka juga akan merasai  apa yang kita rasa.

S - Sabar
Sabar menghadapi kerenah mereka. Mereka tidak sempurna dan terkadang mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, jadi selaku orang yang normal kita seharusnya lebih bijak dan bersabar.

K - Kreatif
Kreatif adalah kunci untuk membantu mereka untuk bertindak. Sebagai penjaga mahupun ibu bapa, kita hendaklah selalu kreatif dalam membantu perkembangan dan pembesaran mahupun ketika mereka tantrum. Kreatif bermaksud korang perlu lakukan sesuatu bagi membantu mereka.


Dulu, kita tidak didedahkan tentang sindrom down. Malah zaman dahulu mereka juga tidak dihantar ke sekolah (sebab masa dulu belum ada sekolah pendidikan khas, kalau ada pun terlalu terpencil jumlahnya atau mungkin terlalu jauh dari kediaman). 

Kakak dan adik aku sendiri tidak dihantar ke sekolah tapi mak, abah dan kami membantu mereka. Mereka diajar untuk menjaga didir sendiri seperti mandi, gosok gigi, lipat baju, kemaskan katil dan sebagainya. Yang kami tak ajar cumalah memasak sebab kami ingin mengelakkan mereka dari bahaya api.


Berbalik pada menghadapi tantrum. Sebenarnya ketika mereka tantrum adalah sangat tidak adil sekiranya mereka dihukum atau dimarahi apatah lagi dirotan. Kita boleh meminta mereka untuk bersabar dan mungkin sesekali boleh dimarah (marah sebagai tanda mengajar) tapi kebanyakan masa mereka sebenarnya perlu dibantu.

Kadang mereka tantrum kerana mereka lapar atau bagi yang perempuan terkadang mereka tantrum kerana mereka sedang mengalami fasa-fasa kehadiran haid. Kakak aku dan adik aku dulu memang suka mengamuk kadang-kadang sampai pecah gelas dibaling. 


Tapi pokoknya perlu banyakkan bersabar dan bersyukur. Kenapa aku cakap begini? Sebab bila tengok kehidupan mereka yang punya anak autisme terkadang lebih lagi mencabar. Tengok sahaja macam mana Iman Wan membesarkan Adam, pada aku Adam tu memang tahap sangat mencabar. Begitu juga macam mana pelakon Zarina Zainuddin menghadapi Azil dan Azal (Azil lagi mencabar). Kedua mereka memang aku sangat salute! Mereka sampai tahap cedera dek kerana tantrum anak mereka. Jadi aku bersyukur sebab adik dan kakak aku tidak sampai ke tahap itu. Mereka paling tak cuma menjerit (seakan didera walhal tak ada sape sentuh mereka) dan setakat baling-baling barang.

Apa yang aku tulis ini sekadar perkongsian. Harap tulisan ini dapat sedikit membantu mereka yang ingin mengetahui tentang apakah itu dinamakan Sindrom Down. Akhir kata, terimalah mereka seadanya. Ajar anak-anak kita untuk menerima dan menghormati mereka sepertimana anak-anak menghormati kita, ajar pasangan untuk menerima mereka selaku ahli keluarga dan didik hati kita untuk sentiasa bersifat Ihsan pada mereka.



Share
Tweet
Pin
30 comments
Aku pasti Tahun Baru Cina adalah saat yang dinanti-natikan oleh semua orang. Mana kan tidak..pada cuti Tahun Baru Cina lah kita biasanya dapat bercuti bersama keluarga. Bagi yang meraikannya pula, saat ini lah dapat berkumpul dan luangkan saat-saat terindah sambil mencipta memori baru.

Dah merancang nak makan besar di mana? Apa kata tahun ini kita cipta kelainan dengan makan besar bersama keluarga di Marrybrown. Sempena Tahun Baru Cina ini Marrybrown  telah berkongsi 'fortune' dengan menghidangkan Fortune Burger untuk semua.


Menurut Dato' Joshua Liew, selaku Chief Executive Officer di Marrybrown 

“Chinese New Year is when family and friends gathered to catch up with one another. Like any true Malaysian, it is vital that good food is available to ensure abundance for the year, and we want to make certain of that by having options between savoury and spice fillings to choose from for our Fortune Burgers. After all, Fortune is made to be shared with everyone!” 


Fortune Meal

Untuk Tahun Baru Cina kali ini Marrybrown telah memperkenalkan 'Fortune Meal' yang menghidangkan 2 jenis burger iaitu :

  • Cheese Burger
  • Black pepper Burger
Bagi mereka yang sukakan rasa keju, Cheese Burger patut menjadi pilihan korang. Macam aku sendiri, memang aku memilih Cheese Burger sebab disebalik rasa daging ayam yang empuk dan 'juicy' terdapat sayuran serta sudah pastinya keju yang kaya dengan rasa enak dan sempurna.

Burger yang dimasak sempurna ini sudah pasti memenuhi citarasa mereka yang cintakan keju. Anak-anak pasti memilih burger ini sebagai hidangan mereka!


Bagi mereka yang sukakan rasa pedas pula, aku cadangkan untuk korang memilih Black pepper Burger. Black Pepper Burger yang dihidangkan di sini didatangkan dengan cendawan butang serta sos lada hitam istimewa. Gabungan rasa ayam empuk yang masih berjus dengan roti yang di stim sudah pastinya menambat selera mereka yang sukakan makanan pedas.

Tapi suka aku nak ingatkan di sini yang Black Pepper Burger ni memang terasa pedasnya ye! Bagi mereka yang tak gemar makanan pedas, aku tak cadangkan untuk korang mencuba burger ini.


Dan buat pengetahuan korang, setiap burger ini didatangkan dengan set yang diberi nama Fortune Meal. Apa yang ada dalam setiap set ini? Boleh rujuk di bawah ye :-

Fortune Meal (RM14.60)

√ Fortune Burger (Cheese / Blackpepper)

√ Golden Fortune Fries

√ Minute Maid Refresh Orange ®





Berbaloikan? Dengan RM14.60 korang boleh menikmati hidangan lengkap burger bersama kentang goreng dan air dari Minute Maid.


Menurut Dato' Joshua lagi “At Marrybrown, we are always looking to serve our customers with the tastiest food on every occasion that will give them the feeling of contentment and satisfaction. For this Chinese New Year, we hope that the Year of the Rat brings our fellow Malaysians prosperity, good health and plenty of wealth,” 

Jadi, tunggu apa lagi korang..jom la serbu Marrybrown sekarang sebab aku dengar yang promosi ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun untuk maklumat lanjut korang boleh layari :

Website : https://marrybrown.com/
Facebook : https://web.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/


Share
Tweet
Pin
20 comments
Murtad bukanlah isu baru di Malaysia. Malah murtad berlaku sejak bertahun-tahun lamanya namun dek kerana murtad adalah isu sensitif nampaknya tak banyak pendedahan tentang murtad, natijah mahupun solusi untuk mengatasinya.


Sebelum aku pergi lebih dalam, suka aku nak berkongsi dengan korang apakah yang dinamakan MURTAD? Buat pengetahuan, murtad itu boleh berlaku dengan 3 perkara iaitu :

1. Murtad Melalui Iktiqod/keyakinan

Seperti orang yang meragui kewujudan Allah, orang yang meyakini Allah duduk di atas arasy, bertempat, berarah, Allah ada tangan, kaki, betis, beranggota selainnya, atau orang yang meyakini Allah itu bergerak, berpindah randah, berubah, berjisim, turun, naik, mengambil lapang, bersisi, berhajat kepada makhluk dan seumpamanya. Begitu juga orang yang meraguinya.

Atau orang meragui Rasulullah adalah nabi atau orang yang meyakini para Rasul itu kafir sebelum kenabian, atau orang yang meyakini Para Nabi dan Rasul itu melakukan dosa-dosa seperti zina atau seumpamanya.

Atau orang yang meyakini alam ini qodim yakni tiada permulaan bagi kewujudanya (seumpama keyakinan Ahli Falsafah) begitu juga orang yang meyakini bahawasanya Nabi Adam itu adalah kera sepertimana  teori Darwin dan seumpamanya.


2. Murtad Melalui Perbuatan

Seperti orang yang melemparkan Al Quran dalam tong sampah dengan sengaja, memijak Al Quran dengan sengaja, atau perbuatan menulis Ayat suci dengan air kencing atau najis (seperti mana yang di lakukan ahli sihir) atau menyembah berhala dan seumpamanya.

Atau berjenaka dengan mendirikan solat dengan tujuan mempersendakanya walaupun bergurau atau seumpama denganya



3. Murtad Melalui Percakapan

Orang yang mencaci dan mencela Allah seperti orang yang menyalahkan takdir apabila ibunya meninggal dunia contohnya dia berkata "Ya Allah.. kenapalah kau takdirkan aku begini, padahal aku solat 5 waktu tetapi kenapa musibah ini kau kehendaki bagiku?" Orang ini terkeluar daripada Islam. 

Atau orang yang mempersendakan hukum dengan menghalalkan perkara yang di haramkan contohnya seorang lelaki sedang minum arak, lalu datang kawannya dan berkata "Wei, kenapa kau minum air yang haram ini??" dan jawab lelaki itu " siapa kata haram?? Air ini halal lah".. Walaupun bergurau lelaki ini tetap jatuh ke dalam murtad atau terkeluar daripada Islam. 

Begitu juga orang yang mempersendakan azab Allah. Contoh seorang itu berkata " Dalam neraka nanti aku akan bakar satay, senang sebab api dah marak."  Orang ini jatuh murtad walaupun dia bergurau. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

‎وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

Dan jika kamu tanyakan kepada
mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman - Surah At Taubah ayat 65-66


Ini bermaksud kita tidak dibolehkan berjenaka bila ia berkaitan dengan akidah. Jadi, berhati-hatilah ketika bergurau, jangan sampai membawa kepada kekufuran.



Apakah Natijah Akibat Perbuatan Murtad?

Setiap kelakuan ada natijahnya! Apakah natijah atas perbuatan yang dijanjikan neraka ini?

  • Semua amalan kebaikan pelaku daripada balikh seperti solatnya, puasanya, sedekahnya, hajinya, umrahnya dan seumpanya(amalan soleh) tertolak menjadi kosong tanpa amalan dan maka hendaklah dia kembali kepada islam dengan mengucap syahadah dengan niat kembali kepada islam.
  • Tidak boleh beristighfar saat mana pelaku untuk kembali kepada islam, kerana Allah tidak mengampuni dosa-dosa orang yang kafir.
  • Tidak sah amal ibadah seperti puasa, haji, solat 5 waktu, dan seumpanya bagi orang yang murtad
  • Tidak sah nikah sekiranya pelaku ingin bernikah (dalam keadaan dia murtad)
  • Terbatal nikah sebelum berlaku persetubuhan wajib dia kembali pada islam berserta meninggalkan perbuatan riddahnya dan bernikah semula.
  • Begitu juga setelah berlaku persetubuhan jika dia tidak kembali pada islam dalam tempoh iddah maka wajib dia menikahi semula isterinya.
  • Sekiranya mereka yang murtad ini bersama dengan pengantin perempuan maka dia di kira zina dan sekiranya memiliki anak dalam hasil tersebut maka anaknya itu anak zina dan tidak boleh berbinkan si bapa.
  • Haram makan sembelihan orang yang murtad
  • Orang yang murtad Tidak boleh mewarisi atau di warisi harta
  • Jika dia mati TIDAK BOLEH di solatkan keatasnya, tidak Wajib di mandikan jenazahnya, Tidak Wajib di kafankan dan TIDAK BOLEH di tanam di perkuburan Islam.

Dan matinya orang yang murtad adalah mati sebagai orang yang kafir, dia di campakan dalam neraka yang dasarnya paling bawah dan kekaal di seksa selama-lamanya.
Dan kaedahnya : Bahawasanya setiap keyakinan, perbuatan atau percakapan yang menunjukan penghinaan terhadap Allah, Rasul-rasulNya, malaikat-malaikatNya, Syiar-syiarNya, Tanda-tanda Agamanya, janji baikNya, Janji burukNya maka ianya adalah kekufuran (terkeluar pada islam),
oleh itu setiap orang hendaklah berwaspada yang demikian dan berusaha menjauhinya walau dengan apa jua sekalipun.


Bagaimana untuk kembali kepada Islam?


Bagi orang yang murtad untuk kembali kepada Islam Wajib dia bersyahadah DI SERTAKAN NIAT KEMBALI KEPADA ISLAM. Dan boleh sahaja dia bersyahadah dengan bahasa selain arab yang mana jika dia memahami maknanya sebagai contoh bahasa Melayu
"Aku Bersaksi Bahawasanya Tiada yang Berhak Di Sembah Melainkan Allah dan Aku Bersaksi Bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah Pensuruh Allaah"


Wajib kita memelihara keislaman kita daripada terputusnya keislaman kita. Sebab itulah wajib kita belajar ilmu fardhu ain agar kita tahu apakah itu kekufuran agar kita dapat mengelak daripada tergelincirnya kita kepada kekufuran.

Wallahuallam

Share
Tweet
Pin
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates