Siapa Kata Melayu Malas? 13,000 Rakyat Malaysia Cuba Nak Ubah Hidup..

Nak ubah hidup untuk menjadi lebih berjaya adalah impian setiap orang! Aku pasti setiap dari kita memang berusaha sehabis mungkin untuk cuba mengubah hidup kita. Bukankah Allah berfirman :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
Jadi, sudah jelas terang dan nyata bukan betapa kita wajib cuba untuk mengubah hidup kita?

13,000 Rakyat Malaysia Cuba Nak Ubah Hidup?

Mungkin memahami konsep "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka" bertempat di Setia Alam Convention Centre, seramai 13,000 orang telah berkumpul dibawah bumbung yang sama untuk sama-sama mengikuti program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 pada 25-27 Januari 2020.


Program anjuran RichWorks International ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia malah turut dihadiri oleh mereka yang datang dari Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Dengan pengalaman selama 12 tahun bermula 2008, RichWorks yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman bukanlah asing lagi buat rakyat Malaysia khususnya. Mereka telah melahirkan beribu-ribu jutawan Melayu melalui bimbingan mereka dalam bidang keusahawanan.


Aku sendiri turut serta menghadiri Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni. Maklumlah sebagai usahawan sangat rugi rasanya kalau tak turut serta dalam program yang banyak membantu usahawan untuk menjadi jutawan ni. 

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku menghadiri program anjuran RichWorks yang diasaskan oleh Dr. Azizan Osman ni. Aku pernah menghadiri program beliau yang dinamakan Intensif Menarik Magnet Kekayaan (IMKK) pada tahun 2016. Dan impaknya sangat besar pada perniagaan aku. Mana taknya, ketika IMKK 2016 lepas Dr. Azizan banyak menekankan tentang 'BUAT JE'. Lepas habis kursus 3 hari 2 malam yang ketika itu berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam aku memang all out dan 'BUAT JE'.

Gambar kenangan masa IMKK 2016

Dan Alhamdulillah selepas aku all out pada ketika itu jualan Minz Sambal Hitam Pahang turut meningkat paling kurang RM10,000 sebulan dan produk aku mula masuk event-event besar seperti MAHA, Perhimpunan Agong UMNO, Mood Republik dan sebagainya. Malah turut diundang ke beberapa stesen TV untuk menghiasi program seperti Selamat Pagi Malaysia, BNC, ruangan SME di Astro Awani malah turut menghiasi beberapa ruangan majalah dan akhbar tempatan termasuk Utusan Malaysia. (Maaf, ini bukan cerita bangga diri tapi just nak sharing dengan korang betapa impak menuntut ilmu itu memang sangat besar pada mereka yang berniaga).


Nizam, pengasas Jamumall antara pelanggan aku ketika di Mood Republik yang datang berulangkali membeli Min'z Sambal Hitam Ikan Talang


Apa Itu Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 & Kenapa Impaknya Sangat Besar?

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Selama 12 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, RichWorks dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Aku di hari pertama program #NUH2020

Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan, ini kerana Dr. Azizan sendiri pernah melalui liku hidup sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan peluang beliau untuk cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Korang tau tak betapa ramainya jutawan yang dilahirkan melalui program anjuran RichWorks International ni? Malah jutawan sedia ada pun masih berguru dengan Dr. Azizan Osman. Masa IMKK 2016 yang lepas antara yang turut menghadiri adalah jutawan kosmetik iaitu Dato' Vida dan Dato' Aliff Syukri. Dan ketika NUH2020 ini berlangsung ramai jutawan kelahiran RichWorks International turut berkongsi cerita kejayaan mereka antaranya Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty, Siti Noor Sabrina dari Mamasab Bakery yang memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah hingga mencapai jualan 15.4 juta pada tahun lepas dalam masa 2 tahun dan ramai lagi.




Siapa Dr. Azizan Osman?

Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.


Visi Dr.Azizan Osman hari ini adalah :

  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia.
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200,000 setahun.
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.
Terus terang, dulu sebelum aku mengenali Dr.Azizan secara dekat melalui program IMKK..aku agak skeptikal. Maklum lah..terlalu banyak kata-kata negatif terhadap beliau yang aku dengar. Tapi bila aku sendiri pergi mengikuti program IMKK pada tahun 2016, pandangan aku terhadap beliau berubah 360 darjah! Sangat berbeza dari apa yang dikatakan. Jadi, bagi korang yang belum pernah pergi kemana-mana program beliau aku nasihatkan pergilah! Takkan rugi 1 sen pun. Malah korang akan nampak impaknya andai korang betul-betul ikut dan bertindak pantas! FAST ACTION FAST RESULT!!.

Aku di hari ke-2 program #NUH2020

Seriously aku sangat sukakan program yang bukan sahaja mengajar teori-teori marketing malah menekankan tentang sifat kehambaan yang wajib patuh pada Penciptanya. Dr.Azizan sangat menekankan hubungan dengan Allah. Sebab itu dalam sesi pembelajaran selama 3 hari, ada 1 hari yang akan diadakan sesi berselawat dan bedoa. Bayangkan doa kita diamainkan oleh 13,000 orang yang hadir. MasyaAllah moga-moga segala doa dan hajat yang kita niatkan akan dimakbulkan.

Teringat kata-kata beliau yang paling menusuk hati aku "MANA MUNGKIN KITA MISKIN BILA KITA BERTUHANKAN YANG MAHA KAYA". Ya Allah..kata-kata tu buat aku terfikir betapa selama ini kita sering tersilap sangka saat kita tidak lagi menjadi kaya. Sebenarnya bukan Allah tak bagi kita kaya tapi mungkin usaha dan doa kita belum cukup kuat.

Hari ke-3 gais!!! Program #NUH2020



Menurut Dr.Azizan, antara penyumbang faktor tak boleh nak ubah hidup adalah kerana :

1.
Ego

2.
Skeptikal

3.
Takut

4.
Rasa tak layak

5.
Rasa tak yakin

6.
Suka bertangguh

7.
Suka beri alasan

8.
Suka tunggu dulu

9.
Ikut / tertarik pada perkara negative

10.
Tidak bersungguh-sungguh

11.
Malas

12.
Suka salahkan takdir


Menurut Dr.Azizan lagi, kita patut bijak menguruskan kewangan kita dan memastikan setiap pendapatan kita dimasukkan pada tabung-tabung yang ditetapkan. Untuk kali ini aku tak boleh nak berkongsi panjang lebar tentang keperluan setiap tabung jadi aku kongsikan ringkasannya saja dulu ye.

Financial Freedom Account (FFA)

Tabung 1
Masukkan 10% dari gaji ke tabung FFA

Tabung 2
Masukkan 5 % ke tabung Charity

Tabung 3
Masukkan 10% ke tabung Education (untuk diri sendiri)

Tabung 4
Masukkan 55% ke tabung necessity

Tabung 5
Masukkan 10% ke tabung Long Term Saving

Tabung 6
Masukkan 10% ke tabung Fun


Perdana Menteri Malaysia Turut Hadir ke NUH2020

Korang, seriously aku tak pernah lagi menghadiri mana-mana seminar atau program-program pembelajaran yang mempunyai kehadiran sehingga 13,000 orang termasuk menteri! Korang tau tak siapa yang menjadi bukan tetamu tapi sebagai pelajar yang turut hadir? YB Datuk Seri Rina Harun iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar pun turut hadir tau!


Dan yang paling mengejutkan ialah pada hari kedua NUH2020 berlangsung, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri turut datang melawat. Aku yakin bahawa Tun pasti buka mata betapa Melayu bukan lagi bangsa pemalas malah antara yang paling ramai terlahirnya jutawan di Malaysia yang menjadi antara penyumbang terbesar cukai pada negara!.


Tentang RichWorks International

Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

Kalau korang berminat untuk join next program Nak Ubah Hidup, korang boleh layari laman web www.NakUbahHidup2020.com


Post a Comment

21 Comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah. Tumpang berbangga dengan pencapaian yg sangat memberangsangkan 😁

    ReplyDelete
  2. Financiam freedom tu menarik dan best topiknya. Suka dengan cara perancangan macan tu

    ReplyDelete
  3. Financiam freedom tu menarik dan best topiknya. Suka dengan cara perancangan macan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. FFA ~ huhu berjaya buat 6 tabung ni mmg hebat laaa

      Delete
  4. Tun M pun ada....suka kalau ada kata2 motivasi yang boleh menyuntik semangat kita. Sesekali pergi event macam ni baru la terinspirasi kan...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah ramai betul yang mengikuti event Dr. Azizan ni ye..teringin juga nak join nak juga ubah hidup ni..tabung FFA tu mcm menarik..insyallah akan dipraktikan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah betui orang melayu bukan malas tapi akan bertindak bila dah keluar dari zon selesa... kan kita selalu minta banyan kerajaan... tapi sekarang masing masing dah tercabar kan.. tu la keluar dari zon selesa..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah betui orang melayu bukan malas tapi akan bertindak bila dah keluar dari zon selesa... kan kita selalu minta banyan kerajaan... tapi sekarang masing masing dah tercabar kan.. tu la keluar dari zon selesa..

    ReplyDelete
  8. Baru ja jumpa dekat Datuk Rina Harun tu masa dia turun Penang hari tu utk program dengan KKIW... kita tumpang mengekor husband kita ja time tu..dpt join event mcm ni best la kak...
    Bokeh gak tau rahsia org2 yg berjaya ni kan

    ReplyDelete
  9. point 3 4 5 tu mungkin betul dan ada pada diri saya yang lain2 boleh diatasi ....lain orang lain keupayaan dia ...thats why dalam dunia ni ada org kuat ada org lemah tak lain tak bukan untuk saling melengkapi

    ReplyDelete
  10. Tak pernah attend DAO punya program. Teringin jugak nak pergi program DAO ni

    ReplyDelete
  11. part macam mana nak activatekan kolam jiwa tu memang best!

    ReplyDelete
  12. Wah hebat program Ni sampai Tun m pun hadir. Memang serinok dengar motivasi dari dr Azizan... pernah ikuti ceramahnya.. memang bagus disertai usahawan.

    ReplyDelete
  13. Nak berubah tu kena ada dalam diri sendiri dulu, orang lain hanya akan bagi bantuan bila kita mula nak mencari titik perubahan

    ReplyDelete
  14. memang banyak ilmu perniagaan dan ilmu dalam kehidupan yang boleh belajr daripada program ni. masuk ni dah dua kali saya join program ni :)

    ReplyDelete
  15. Yang FFA pada saya paling penting kot sebab tak ramai yang mampu buat macam tu dan tak ramai yang terfikir nak buat macam tu

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah seronok menjadi sebahagian dari Melayu yang tidak malas

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah melayu terus bangkit. Semoga Kak Min kaya dan berjaya!

    ReplyDelete
  18. Ramai yang nak berjaya. Cuma tidak mengetahui cara. Ramai juga yang dah start bisnes. Tanya org sebelah, mesti ada perniagaan mereka buat. kedai makan, servis cuci cuci dan produk kecantikan. Saya nak set setahun sekali pergi event motivasi macam ni. Untuk naikkan semangat.

    ReplyDelete
  19. Emi asalnya nak join jugak haritu. Tapi tarikh pulak tak okay. Balik kampung

    ReplyDelete
  20. Betul tu. Ramai yang nak berjaya dan ramai juga yang dah berjaya jadi usahawan pada usia muda. Tahniah saya ucapkan

    ReplyDelete