Novel Coronavirus 2019 nCoV Sudah Tiba di Malaysia?

Belum reda kes Influenza merebak dan menyebabkan kematian di Malaysia, kini dunia digemparkan dengan wabak Novel Coronavirus 2019 nCoV. Wabak merbahaya ini dipercayai bermula dari Wuhan, China.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita fahami terlebih dahulu apakah itu Novel Coronavirus 2019 nCoV?

Novel Coronavirus 2019 nCoV

Wuhan, China adalah punca bermulanya strain virus terbaru dinamakan sebagai "Novel Coranavirus 2019 nCoV" adalah dari keluarga strain virus SARs-CoV dan MERs-CoV.

nCoV bermakna 'novel Coronavirus' dan CoV bermakna Coronavirus. 'Novel Virus' bermakna virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).



Bagaimana Virus Ini Bermula?

Sehingga 22 Januari 2020, terdapat sejumlah 448 kes yang disahkan dijangkiti 2019 nCoV dengan kebanyakan daripadanya dilaporkan oleh negara China dan tidak hanya terhad kepada penduduk setempat Wuhan. Sembilan daripada 448 kes tersebut merupakan kes dari luar negara China.

Kes-kes yang dilaporkan dari luar Wuhan, China mempunyai sejarah perjalanan melawatinya sejurus sebelum mereka jatuh sakit dan disahkan dijangkiti oleh virus tersebut.

Musuh yang tersembunyi adalah virus yang berada di dalam haiwan dan berjangkit kepada manusia, kemudian disebarkan sesama manusia. Dikalangan saintis kita memanggil virus tersebut sebagai “the hidden enemies”. Penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus ini, malah bacteria atau parasite yang berpunca dari haiwan ini kita panggil “zoonosis” atau zoonotic disease.

Bangsa China memakan hampir apa sahaja yang merayap dibumi juga terbang di angkasa. Malah di Wuhan tempat dikatakan bermulanya virus ini adalah pasar menjual binatang liar dinamakan Huanan Seafood Market yang juga menjual 112 jenis binatang liar yang hidup.


Virus SARs yang muncul pada tahun 2003, turut membunuh Dr Carlo Urbani dari WHO (World Health Organisation) yang pertama kali menemuinya dari pesakit bangsa Amerika yang dimasukkan ke hospital di Hanoi, bermula dari kucing civet— antara binatang kegemaran sebagai makanan (delicacy) di China selain daripada mereka juga sangat suka memakan anjing dan kucing biasa. Anjing terutamanya dibuat sup dan dimakan dimusim sejuk kerana dikatakan boleh memanaskan badan.

Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.

"Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda," tertera bersama senarai harga pemborong, "Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai", tambahnya lagi.

Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.


Bermula 10 Jan hingga 18 Feb, 450 juta bangsa China akan melakukan 3 ribu juta perjalanan merayakan tahun baru China. Ia terjadi pada masa yang paling kritikal, penghijrahan sementara manusia terbesar didunia. Wuhan adalah salah satu hub perjalanan seterusnya di Tengah negara China.

Setakat ini tidak ada “vaccine” untuk memusnahkan Coronavirus. Ada vaccine dalam percubaan di US dan China tetapi tidak mencukupi untuk semua penduduk. Dalam bahasa yang mudah tidak ada ubat untuk melawan penyakit akibat serangan Coronavirus yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan. 

Ia boleh menjadi pandemic atau wabak keseluruh dunia kerana perhubungan moden antara manusia yang pantas. Di US hari ini, satu kes jangkitan telah dapat dikesan di Washington, seorang lelaki berumur dalam 30an yang baru kembali dari Wuhan kini berada di hospital. Setakat ini jangkitan telah juga dapat dikesan di Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Australia.

Coronavirus boleh membiak sangat cepat melalui proses “clone” dengan menyalin DNA induknya. Mereka tidak ada jantan betina, sebaliknya memecahkan dirinya menjadi jumlah yang banyak dalam masa yang singkat melalui proses yang dipanggil “mitosis”.

Korea Utara telah menyekat semua pelancung dari memasuki negaranya, dari China atau bukan dari China.



يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ 

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al Baqarah ayat 168.


Gejala & Cara Jangkitan Novel Coronavirus 2019 nCoV

Sehingga kini cara jangkitan  2019 nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

Terdapat kemungkinan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission). Namun siasatan yang dijalankan oleh pertunuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai pihak yang terlibat masih tidak dapat memberikan jawapan yang jelas serta tidak dapat mengenalpasti bagaimana sebenarnya jangkitan virus tersebut menular kepada manusia.



Novel Coronavirus 2019 nCoV Sudah Tiba di Malaysia?

Menurut Astro Awani, terdapat 4 kes disyaki 2019 nCoV di Malaysia telah dikesan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan empat kes disyaki dijangkiti koronavirus (NCoV) dikesan di negara ini.


Ia selepas pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan berhubung kes berkenaan.



Kesemua suspek dimasukkan ke wad pengasingan bagi membolehkan rawatan dan penyiasatan lanjut dijalankan.



Ujian makmal ke atas sampel milik tiga orang pesakit pertama bagaimanapun didapati negatif bagi jangkitan n-CoV, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan di Sabah dan telah dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di negeri itu pada Rabu.


“Bagi baki satu lagi kes disyaki 2019-nCoV yang dimasukkan ke wad pengasingan di sebuah hospital di Sabah semalam (Rabu), beliau berada dalam keadaan stabil.


“Sampel bagi kes itu telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan. Keputusan ujian bakal diperolehi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Persiapan Kerajaan Kita Bagi Menyekat Penularan Virus Ini.

Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh KKM, justeru langkah kesiapsiagaan dan respon berikut terus diperkukuhkan:

  1. Tatacara mengenainya yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan baru-baru ini. Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV;
  2. KKM juga telah memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa, dan sekiranya terdapat pengembara yang disyaki, beliau akan dirujuk untuk pemeriksaan selanjutnya;
  3. KKM juga bekerjasama dengan lain-lain agensi yang berkaitan di Pintu Masuk Antarabangsa bagi membolehkan pengesanan pantas pengembara yang bergejala;
  4. Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes yang disyaki dirujuk serta dikendalikan dengan memenuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi;
  5. Terdapat sebanyak 26 buah hospital KKM yang telah dikenalpasti di seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki tersebut – yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut;
  6. Sampel yang diperolehi daripada pesakit akan dihantar untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), yang merupakan makmal sedia ada yang berkeupayaan untuk menjalankan ujian tersebut;
  7. Sekiranya terdapat kes disyaki 2019-nCoV yang dikesan daripada mana-mana fasiliti kesihatan, kes akan dilaporkan / dinotifikasi dengan segera kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan;
  8. Bersiap sedia dengan Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) di peringkat daerah yang akan diaktifkan sekiranya terdapat pemakluman mengenai kes yang disyaki 2019-nCoV daripada hospital merawat – bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan; dan
  9. Penggunaan personal protective equipment (PPE) bagi semua anggota kesihatan yang terlibat terus diberikan penekanan dan simpanan stok (stockpile) termasuklah ubat-ubatan bagi menghadapi kejadian wabak sentiasa dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasiliti kesihatan masing-masing.

KKM mengambil kesempatan ini untuk menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke Wuhan, China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga, orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di Wuhan dan selepas pulang ke Malaysia:

  • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
  • Untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Ambil peduli Insyallah segalanya akan selamat.

Post a Comment

19 Comments

  1. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah Taala daripada wabak ini. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Takut yer...semoga Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rabbal Alamin..moga kita semua dilindungi Allah dari wabak merbahaya ini

      Delete
  3. Virus ni kan menjadi ketakutan sebab takde lagi penawarnya..sebab masih ada lagi pihak mereka memakan dan menjual binatang rakus macam tu..gile sangat kan sampai nak makan binatang macamtu...

    Kita mampu menjaga kebersihatn dan amik langkah penjagaan..moga kita semua di lindungi...aaminn..

    ReplyDelete
  4. Virus yang berpunca dari haiwan belum ada lagi ubat/penawarnya.

    Allah, serius geli tengok cara pemakanan budaya depa. Bukan nak menghina, tapi masih banyak lagi haiwan/benda hidupan lain yang boleh di makan 😥

    Islam dah menggariskan panduan untuk umatnya. Alhamdulillah, makan berpada² dan pilih yang berkhasiat.

    Semoga kita semua terlindung dari wabak Novel Coronavirus ni. Aamiin3x

    ReplyDelete
  5. Memang tahun 2020 ni penuh dengan pelbagai kejadian. Baru Januari dah macam-macam jadi. Takut pulak bila nak sampai ke december tu. Entah apa pulak yg jadi. :(

    ReplyDelete
  6. Jagalah diri anda, kalau pergi travel yang perlukan kita naik public transport yang akan ada traveller luar, pakai mask sebaik-baiknya & praktis handwash.. Semoga Allah lindungi kita semua & permudahkan kita jumpa penawar

    ReplyDelete
  7. hope the virus wont spread anymore and hope 2020 be a better year.

    ReplyDelete
  8. Sekarang kene berjaga jaga, alert dengan persekitaran, kita yang perlu amalkan langkah pencegahan. Takut nyaaaa.. Semoga smua dilindungi dan virus ini akan hilang

    ReplyDelete
  9. We really need to take precautious to virus like this! I wish the cure is out soon so that no more ppl die!

    ReplyDelete
  10. Seram rasa sekarang nak2 yg ada baby. Mcm2 virus. Xlekang lg virus influenza dtg pulak yg ni. Tak blh trime dek akal derang mkn binatang mcm tu. Allahu. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah. Jaga kebersihan dan makan mkanan yg bersih halal dan sihat

    ReplyDelete
  11. Semoga kita semua terlindung dari wabak Novel Coronavirus ni.. Nak pergi mana-mana pun rasa takut je.. sebab cara jangkitan pun macam mudah sangat kena dan tiada penawar.. moga kita dijauhkan dari virus apa sekalipun,, Aamiiinn..

    ReplyDelete
  12. Tak bole di terima akal betul..makan yang pelik2...lebih2 lagi makan kucing dan anjing...sedih klu tengok diorg buat macamtue kat binatang.

    ReplyDelete
  13. Bunyinya lebih parah dari SARS dan MERS. Takutnyaaaaa. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak penyakit berjangkit.

    ReplyDelete
  14. Moga kita semua mengambil langkah berjaga-jaga sedaya yang kita mampu. Jangan la gatal nak ke zoo plak masa nie kan

    ReplyDelete
  15. Virus ninmmg cepat jer tersebar. Sekelip.mata. peringatan untuk kita agar lebih berjaga-jaga

    ReplyDelete
  16. Takut skrg ni mcm2 wabak... Ni h1n5 pulak dekat hunan.. Adudu... Tanda2 akhir zaman skrg ni... Xpaham la semua binatang yg mxm tu pun nak makan.. Aiyo

    ReplyDelete
  17. Takutnya sekarang. Banyak virus dikesan. Tapi yang kali ni cepat orang ambil langkah berjaga-jaga dengan adanya media sosial. Berita sampai cepat dan langkah pencegahan boleh dilakukan. Moga kita semua dijauhkan dari virus ni.

    ReplyDelete