Bertempat di Brixton 23, Bukit Bintang hari ini Vivo telah melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Vivo V17 yang bakal berada di pasaran pada 21 Disember 2019 ini.


Menariknya tentang Vivo V17 ini ialah ia telah dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan diluar imaginasi mereka! Menurut Raymond Lee, Pakar Produk Vivo Malaysia "V17 mewakili pemahaman kami tentang kepeluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5 kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi."

Menurut beliau lagi "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas untuk rakyat Malaysia."


Keistimewaan V17

Aku sendiri dah mencuba V17 dan yang membuatkan V17 sangat istimewa ialah kerana ciri-cirinya yang sangat bersesuaian dengan kehendak pengguna masakini. Jom aku kongsikan ciri-ciri V17 ini :

  • Reka Bentuk Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan paling nipis dalam industri


  • Kamera AI Quad 48MP & kamera depan 32MP. Serious la korang yang kamera V17 ni memang sangat superb ye! bayangkan dengan kamera depan 32MP ditambah pula dengan pilihan fotografi professional korang boleh pilih pelbagai jenis mode seperti Super Night Mode dan Super Night Selfie yang membuatkan gambar selfie korang letops walaupun dalam gelap ye! Hehe..tapi paling aku suka sebab ada sticker juga disediakan, so korang boleh la amik gambar comel-comel cam gambar-gambar yang aku amik ni..hehe..


  • Kapasiti bateri yang besar (4500mAh)
  • Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM
  • Ultra Game Mode khas untuk gamer
  • Datang dalam 2 warna menarik iaitu Admiral Blue & Crystal White

Manakala untuk spesifikasinya pula korang boleh rujuk di bawah ni ni : 

Basic
Processor
Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core processor
Storage
8GB RAM + 256GB ROM
Battery
4500mAh with Dual-Engine Fast Charging (9V 2A)
Operating System
Funtouch OS 9.2 (based on Android 9.0)
Body
Dimensions
159.01 x 74.17 x 8.54mm
Weight
176g
Display
Screen
6.44” FHD+
Type
Super AMOLED Ultra O Screen
Touch Screen
Capacitive multi-touch
Biometric recognition
In-Display Fingerprint Scanning Technology
Camera
Camera
Front : 32MP Front Camera
Rear : 48MP + 8MP (Wide-Angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro)
Photography Modes
Rear : Super Night Mode, Ultra Stable Video, Portrait Bokeh, Portrait Light Effects, AR Stickers, Pose Masters, Filters, AI Makeup, Super EIS for videos, Super Wide-Angle (Photo+Video), Super Macro, Portrait Framing, AI HDR, Burst, SLO-MO, PRO Mode, Panorama, AI Scene Recognition, DOC, Take Photo, Video Record and etc.
Connectivity
USB (Type-C), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 5.0), GPS, OTG
Sensors
Accelerometers, Ambient Light Sensor, Proximity Sensor, E-Compass, Gyroscope
Items in the box
V17, Earphone, Documentation, Type-C to USB Cable, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case, Protective Film (applied)

Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi u olsssss..gi la pre-order Vivo V17 ni sebab V17 ini akan berada di pasaran pada 21 Disember 2019 nanti tau! Harga cuma RM1,699 u olsss!!