Jujur, aku sebelum ni tak pernah tahu yang filem-filem seram dari negara Turki tu betul-betul seram. Untuk peminat filem seram yang extreme macam aku ni agak susah sikit nak cari filem seram yang betul-betul seram.

Baru-baru ni aku layan la filem seram dari Turki dan ternyata ye memang seram dan ngeri. Seram filem Turki ni sebab diaorang memang gunakan unsur-unsur sihir maklum la memang ilmu hitam ni berasal dari Tanah Arab sejak zaman Nabi lagi..buktinya baca je kisah Nabi Musa.

Jom, aku sharekan 5 filem seram terbaik yang aku dah tonton setakat ini (yang memang mencapai piawaian tahap seram yang aku impikan). Tapi ingat ye..bagi korang yang penakut JANGAN SEKALI-KALI TENGOK filem-filem ni ye.

1. Siccin 1

Berkisar tentang dendam seorang perempuan yang impikan seorang lelaki idaman namun lelaki yang dah punya keluarga sendiri tersebut lebih memilih keluarganya dan dari situlah bermula dendam wanita tersebut sehingga menggenakan ilmu sihir terhadap keluarga lelaki idamannya.

5 Filem Seram Terbaik Turki


2. Siccin 2

Berkisarkan tentang kisah sebuah keluarga yang porak peranda sejak kematian bayi lelaki mereka dan bermula dari kejadian hitam itu, satu persatu kisah seram mula menghantui keluarga yang menyedihkan ini.

5 Filem Seram Terbaik Turki


3. Siccin 3

Kisah tentang seorang suami yang terlalu mencintai isterinya sehingga melakukan pemujaan demi mendapatkan kembali isteri kesayangannya. Satu per satu kejadian seram menghantui keluarga sang isteri.

5 Filem Seram Terbaik Turki



4. Siccin 4

Oh ye..sebelum aku pergi lebih lanjut suka aku nak ingatkan yang filem Siccin ini memang pernah viral dan antara filem seram terhebat Turki. Atas sambutan yang menggalakkan mereka mengeluarkan sehingga Siccin ke 6 tapi setiap kisah sangat berbeza antara 1 sama lain.

Siccin 4 ni tak kurang seramnya juga ye. Aku banyak kali terkejut dengan kehadiran hantu-hantunya. Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingan diri masing-masing sehingga mendatangkan kesan buruk pada generasi seterusnya


5 Filem Seram Terbaik Turki



5. Beddua

Antara kelima-lima filem di atas, aku rasa filem Beddua ni agak lain sedikit walaupun masih berkisar tentang ilmu hitam. Mengisahkan tentang 4 sahabat yang mana salah seorang dari mereka mengalami kecelakaan sehingga menyebabkan dia menjadi cacat. Namun selepas kejadian 3 orang sahabat yang lainnya sering  diganggu oleh makhluk halus.

Aku sukakan filem ini sebab diakhir ceritanya korang akan nampak kelainan. Aku malas nak jadi spoiler jadi korang tengoklah sendiri ye. Yang pasti filem ni buat korang tak senang duduk!


5 Filem Seram Terbaik Turki



Tu 5 filem seram yang pada aku memang seram lah. Seakarang aku tengah tengok 1 lagi movie. nanti apa-apa aku update semula ye. Hahaha..sekarang aku agak free nak layan semua filem-filem ni. Pada yang kenal aku mesti tahu aku memang sejenis yang sukakan filem-filem seram..